Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 22 Syawal,
Saya mendapat satu komen yang ditinggalkan oleh 'Man' di entri Batu Karang Hempedu: Sebab Saya Jalani Pembedahan. Tertarik dengan soalan yang ditinggalkan Man.
Katanya dia mengalami tanda-tanda seperti yang saya tuliskan di entri tersebut. Namun setiap kali mendapatkan rawatan, jawapan yang diterima adalah semuanya kerana gastrik!
Ya benar! Jika pesakit batu karang hempedu mendapatkan rawatan di klinik biasa, doktor memang akan mengaitkan sakit yang dialami pesakit dengan gastrik. Satu kerana berdasarkan apa yang diterangkan kepada doktor, seperti sakit di bahagian atas perut, terasa mual, terasa sebu/angin dalam perut dan lain-lain. Ini kerana simptomnya memang sama!
Lalu doktor akan membekalkan pesakit batu karang hempedu dengan ubat-ubat gastrik, namun sakit tidak pernah kurang malah makin sakit seakan menyucuk-nyucuk, biarpun telah memakan ubat yang dibekalkan.
Saya juga telah mengalami situasi yang sama ketika mendapatkan rawatan dulu. Saya juga menjalani rawatan endoskopik, kononnya bagi melihat tahap seriusnya "gastrik" saya. Namun ia juga tidak pernah meredakan sakit yang saya alami.
Apa yang saya boleh cadangkan kepada Man, pergilah ke poliklinik yang menyediakan kemudahan ultrasound. Ultrasound boleh dilakukan bagi mengesan kehadiran batu karang dalam hempedu. Jangan risau ia tidak menyakitkan! (prosedurnya sama seperti melihat bayi dalam kandungan ibu) Dan sudah tentu anda boleh terus ketahui sama ada terdapat batu di dalam hempedu atau tidak.
Jika benar ada batu yang dikesan melalui ultrasound tersebut, maka teruslah dapatkan rawatan yang sepatutnya. Rujuklah pada mana-mana hospital kerajaan/swasta. (atau minta doktor tersebut, tuliskan surat rujukan kepada mana-mana hospital yang boleh disarankan).
Jika tiada batu yang dikesan melalui ultrasound tersebut, mungkin ada sebab-sebab lain. Jika mampu, lakukanlah full medical check up. Orang kata full medical check up elok dilakukan setahun sekali, bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Tapi biasanya kita buat medical check up hanya ketika nak masuk menara gading atau memulakan pekerjaan... Betul tak?! (tapi saya pun tak buat medical check up setahun sekali... bila fikirkan kosnya... hm... memang tunggu sakitlah baru ke hospital...)
Moga apa yang saya tuliskan di sini dapat membantu Man. Moga segala urusan mendapatkan rawatan dipermudahkan Allah. Saya doakan juga agar semua pembaca blog saya ni, berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah. Amin...
Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Menu Sepanjang Berpantang
4. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
5. Perkongsian Pakar Pemakanan
6. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Menu Sepanjang Berpantang
4. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
5. Perkongsian Pakar Pemakanan
6. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan
Klik banner untuk dapatkan novel dan buku fiksyen. |
Entry yg penuh informasi...
ReplyDeleteBetul lah NK... tunggu nak masuk belajar/masuk keje jer buat medical check up... lain dari tu, mmg bercinta sikit... huhuhu
Tq nur... tpi betul la, mmg kita xkan buat full medical check up jika bukan kerana sambung belajar atau kerja...
Deleteperkongsian yang baik..
ReplyDeleteTq... utk manfaat bersama...
Deletesaya tak penah tahu pula kewujudan penyakit tu
ReplyDeleteapa penyebab ye kak sakit camni
bahaya ke?
betul juga kan, kena pilih klinik yg betul... kot idak, sakit lain pulak d ingatnyer...
ReplyDeletesekarng teknologi ada boleh guna kan.
ReplyDeletekak nak minta alamat
ReplyDeletenak bagi hadiah penghargaan dari blog saya
Dari soalan Man tadi juga dari keterangan terperinci pengalaman NK sendiri...dapat memberi info yang manfaat untuk semua...
ReplyDeleteTerima kasih.
Saya tak tahu nak cakap macamane tapi adik saya pergi klinik kesihatan s alam kemudian diberikan ubat lawas kencing. dan antibiotik. selepas makan ok kemudian sakit semula dan dr suruh bli antibiotic di farmasi lain sendiri. Kemudian x serasi antibiotic tu. sakit dia di bahagian kiri pinggang sekejap sakit sekejp tak pada bahagian kiri atas punggung tu. Sakit sangat dia tak tahan. Dah pergi hospital lain plak kene tggu nk order ultrasound tu 2 bulan kene tggu. Symptom batu karang tu mmg macamtu ke?
ReplyDeleteSymptom batu karang hempedu mungkin berbeza bagi pesakit. Ada antara pembaca blog saya yang juga mengidap batu karang hempedu mengalami penyakit kuning kerana hati mereka turut rosak.
DeleteSaya rasa elok dapatkan rawatan segera. Cari mana-mana poliklinik yang menawarkan rawatan Ultrasound. insyaAllah, moga semuanya dipermudahkan Allah.