Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, February 28, 2019

Ulasan Buku: Head With Serban

Ulasan buku: Head With Serban
Penulis: Najmi Nawawi
Terbitan: Komrad Buku
Tahun terbitan: 2015
Ketebalan buku: 137 muka surat
Harga: RM20.00


Dai adalah perkataan Arab yang merujuk kepada pendakwah.

Nampak berat perkataan 'dakwah', seperti ia hanya layak dilakukan oleh ustaz, ustazah, pendakwah mahupun para alim sahaja. Namun sebenarnya, ia adalah tanggungjawab setiap mukmin.

Perbuatan, cara komunikasi, cara menulis, tingkah laku mahupun apa jua yang kita lakukan adalah dakwah secara tidak langsung.

Senyum juga dakwah.

Menulis masuknya waktu solat di Facebook juga dakwah.

Berkongsi sesuatu yang menjadi manfaat kepada orang lain juga dakwah.

Belanja kawan makan juga dakwah.

Pendek kata, apa jua perkara baik yang kita lakukan dan bermanfaat pada orang lain, itu semua dakwah.

Buku ini adalah bacaan santai, bahasa dan jalan ceritanya disusun kemas. Mudah difahami.

Sampul bukunya (baca: cover) yang berwarna merah seolah-oleh memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh seseorang itu lakukan dalam usaha menyampaikan dakwah.

Ada beberapa bab yang menyebabkan saya tersentap dan berfikir panjang. Begitu juga dengan kata-kata hikmah di dalamnya, yang kena batang hidung.

"Jangan sibuk nak 'bergetar tulang rusuk', kalau subuh pun nak kena kejut sampai 'bergegar tiang rumah'."

Sangat #deep dan #makandalam.

https://goo.gl/yA7XSh


Nora Karim
Moga Allah pandang usaha penulisan saya sebagai dakwah, dalam cubaan menyebarkan manfaat. InsyaAllah, amin...

10 comments:

  1. suka baca buku mcmni, simple tp penuh isi... dakwah dlm santai

    ReplyDelete
  2. syabas utk penulis krn menghasilkan karya sebegini

    ReplyDelete
  3. Rasanya buku yg ringan dan santai mcm ni sesuai utk orang yg tak berapa suka membaca mcm org yg tgh komen ni hihi....

    ReplyDelete
  4. buku yang menarik ..done follow sis boleh follow saya balik terima kasih

    ReplyDelete
  5. last message tu sangat...huhuhuhu :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...