Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Akhlak Orang Jepun. Show all posts
Showing posts with label Akhlak Orang Jepun. Show all posts

Wednesday, July 29, 2015

Jepun: Hujan Hari Kelima

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam encik hubby ada bercerita tentang apa yang sangat dirindui ketika kami di Jepun. Katanya " rindu waktu hujan di Jepun". Eh betullah... Pada hari kelima kami di Jepun (5 Jun 2015), hujan sepanjang hari tau... Renyai... Lebat... Berangin... Tapi kami still meneruskan misi berjalan-jalan walaupun hujan.

Gambar kredit pada tuan punya phone yang depan sekali, Nora jugak namanya... Tapi ni Nora Rocky.
Saya Nora Jijah dan ada seorang lagi Nora kelas kami dipanggil Nora Paupu.
Hahaha... Ramai sangat Nora, sampai kena buat nama panggilan lain... 
Eh, Faris dan Alisya tak nampak dalam gambar ni...
Saya pun rasa waktu hujan di Jepun tu adalah moment yang sangat best. Nak tahu tak kenapa? Sangatlah kagum saya tengok orang Jepun berhadapan dengan hujan. Kalau di Malaysiakan, waktu hujan kita akan dapat melihat kebanyakkan daripada kita akan berteduh di bawah bangunan, bus stop atau di mana-mana saja yang kita rasa sesuai untuk berteduh. Kita jarang nampak orang berjalan ketika hujan.

Tapikan, di Jepun... Mereka tak berteduh pun di mana-mana. Mereka teruskan berjalan seolah-olah, hujan tu tak boleh nak hentikan kegiatan harian mereka. Hujan tu bukan satu masalah pun pada mereka! 

Kalau laluan tu ada bumbung, mereka pegang payung di tangan kanan/kiri. Bila tiba di kawasan tidak berbumbung, mereka terus buka payung sambil berjalan. Rileks je tengok. Bila mereka buka payung tu satu-satu,  nampak cantik je situasi tu... (macam dah diajar pula, buka payung dalam turutan). Sayang pula tak ambil video... Kalau ada video, mesti anda pun kagum tengok situasi tu. Leka saya melihat mereka berjalan, walau hari hujan...

Di Jepun, baik lelaki mahupun perempuan, semua akan bawa payung/baju hujan sendiri. Kalau yang tak bawa payung/baju hujan, mereka tetap berjalan seperti biasa... Kiranya, dalam cuaca hujan mereka, sama je macam suasana hari cerah. Mana-mana jalan/laluan sibuk dengan orang. (sebab kebanyakkan orang Jepun, berjalan kaki)

Lagi satu yang menarik ketika hari hujan, semua tempat membeli belah atau mana-mana premis yang dikunjungi orang ramai akan menyediakan alat ini, di hadapan premis mereka.

Apa ni? Alat ini fungsinya untuk "membungkus" payung yang dibawa pelanggan, agar air hujan pada payung tu tak menitis dalam kawasan premis, yang akan menyebabkan lantai kedai berair dan kotor bila dipijak. 

Dalam masa yang sama, kita tak perlu tinggalkan payung di dalam pasu atau bekas yang disediakan pemilik premis (biasanya di Malaysia ada macam pasu/bekas disediakan kalau hujan). So, tak de lah masalah payung hilang atau tersalah ambil payung orang lainkan?! Sebabnya kita pegang sendiri payung kita.

Di Jepun kalau ada pun tempat untuk ditinggalkan payung... Macam ni la rupanya... 
Sistematik, tersusun, kemas...
Macam mana nak guna alat untuk "bungkus" payung tu? Ok yang ni saya ada videonya... 


Prihatin dan kreatifnya orang Jepun ni, sampai benda-benda kecil pun mereka fikir. Kalau hari hujan, mana-mana pemilik kedai yang memang menyediakan paper bag dalam urusan jual beli, mereka akan bungkus dengan plastik agar barang yang dibeli tak basah dan paper bag yang diberi tak koyak. Memang tak terfikirkan?!

Ramai juga rakan-rakan encik hubby yang pesan
T-shirt dari Hard Rock Cafe, Osaka ni... 10,000 yen lebih habis!
Nasib baik yen, kalau 10,000 ringgit... Pengsan!

Inilah antara pengalaman yang dirindui dan keseronokkan berjalan di sekitar Osaka, Jepun dalam keadaan hujan... Cukup dulu entri ini... nanti saya sambung lagi. 


Nota kaki: Apa yang orang Jepun bawa dalam beg mereka? Apa lagi benda kecil yang orang Jepun buat... yang kita sendiri tak terfikir! InsyaAllah nanti saya sambung. Tunggu ya...! (^_^)

Friday, June 19, 2015

Jepun: Prihatin Pada Kanak-kanak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam 2 Ramadan,

Jepun sebuah negara yang selamat. Saya boleh katakan selamat, sebab cubalah cari dalam Google, kadar jenayah di Jepun, jumlahnya sangat-sangat sedikit.

Disebabkan itu anda boleh lihat, kanak-kanak seusia Faris (dalam lingkungan 7-12 tahun; sekolah rendah) boleh turun naik train seorang diri pergi dan balik dari sekolah tanpa perasaan takut. Saya yang tengok pula takut...

Tapi serius, melihatkan kanak-kanak sekolah rendah yang turun naik train tanpa diiringi orang dewasa memang menakutkan. Tapi di Jepun, ia adalah keadaan/situasi yang normal, dan tak de apa yang nak ditakutkan. Orang sekelilinglah yang akan melindungi mereka.

Ini antara gambar yang sempat saya snap...

Sehari dua sebaik sampai di Jepun, saya musykil juga bila tiket train Faris dimasukkan dalam mesin tu berbunyi. Tapi tiket saya dan rakan-rakan lain tak berbunyi pula. Rupa-rupanya, bila ditilik-tilik tiket kanak-kanak tu, baru saya perasan ada tanda khas yang akan membuatkan mesin tiket tu berbunyi bila dimasukkan tiket.

Berhampiran mesin tiket tu ada satu bilik kecil untuk pegawai yang bertugas. Yang menariknya, setiap kali mesin laluan tiket tu berbunyi, pegawai yang ada dalam bilik tu akan angkat kepala dan melihat kanak-kanak yang melalui mesin laluan tiket tu.

Tiket kanak-kanak ada simbol khas seperti dalam bulatan.
Yang atas tiket train subway yang biasa, yang bawah tiket JR line.
Inilah mesin tiketnya... sangat friendly,
Main tekan-tekan je...

Mula-mula saya ingat kebetulan je pegawai tu pandang Faris bila mesin berbunyi. Rupanya setiap kali Faris masukkan tiket dan keluar bunyi, memang pegawai bertugas angkat kepala dan melihat Faris melintasi mesin laluan tiket tu. Mungkin sebab tulah mesin tiket tu berbunyi bila dimasukkan tiket kanak-kanak. Untuk menarik perhatian/pemberitahuan pada pegawai yang bertugas. (Kanak-kanak seusia Alisya, 5 tahun naik train, free)

Itu yang pakai tiket yang dibeli di mesin... Kanak-kanak Jepun yang gunakan train untuk pergi dan balik sekolah, mereka gunakan pas. Pas tu pun sama juga, bila disentuh pada mesin tiket tu, juga akan mengeluarkan bunyi, dan akan menarik perhatian pegawai bertugas. So, kaedahnya sama. Simple! Tapi situasi ini saya rasakan cukup menarik.

"Kakak" Alisya yang tertinggal di Jepun... Hahaha muka macam
lebih kurang je.... :p

Bayangkan kanak-kanak Jepun sebaya Faris dah pandai berdikari! Mereka boleh pergi dan balik sekolah dengan sendiri. Bukan naik bas/van sekolah tau!! Tapi naik train awam yang digunakan beribu-ribu orang dalam satu-satu masa.

Kami yang dah besar panjang ni pun pernah tersilap naik train, salah ambil laluan. Terpaksa patah balik. Bayangkanlah kalau pick hours di mana-mana stesen train, kanak-kanak ni akan tenggelam dalam lautan manusia, sebab ketinggian yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Haih, seriau fikir kalau situasi seperti ini di Malaysia.

Apapun saya sangat suka environment di Jepun, bila mana kanak-kanak kecil boleh berdikari dan bergerak sendiri ke sekolah tanpa perasaan takut. Sampai kita yang datang negara mereka ni pun rasa sangat selamat. Allahuakbar!

Nota kaki: Terfikir... kenapa negara Islam seperti Malaysia tidak seperti ini?!

Sunday, June 14, 2015

Jepun: Pemandu Teksinya Smart!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sepanjang 8 hari kami di Jepun, seingat saya dua kali kami naik teksi. Kali pertama sebaik sampai di Jepun bila operasi train ditutup dan kali kedua pada hari ketiga dalam perjalanan yang panjang dan kepenatan dari Osaka-Kyoto-Osaka. Selebihnya memang kami menggunakan perkhidmatan Subway (train).

Excited nak bercerita tentang pemandu teksi di Jepun... mereka pakai suit tau! Bercoat dan memakai topi ala-ala pilot tu. Memang nampak smart dan berkarisma. Rasa macam naik kereta eksklusif dengan driver pulak!

Gambar curi abang teksi...
dari belakang je la... :p
Mana taknya, mereka sangatlah hormatkan penumpang yang menaiki teksi mereka. Beberapa kali juga saya perhatikan pemandu teksi yang buka dan tutupkan pintu penumpangnya. Walaupun pintu belakang mereka adalah pintu automatik, tapi pemandu teksi ni akan turun dan bukakan pintu untuk penumpangnya.

Lagi satu mereka takkan benarkan kita duduk di depan (sebelah pemandu). Saya punyalah suruh encik hubby duduk depan sebab kononnya nak bagi anak-anak ruang dan selesa sikit di belakang. Tapi pemandu teksi tu cakap Jepun sambil tunduk hormat beberapa kali. Yang pastinya sepatah haram dia cakap kami tak faham. Hahahaha... melainkan kami melihat body languagenya, yang minta kami duduk di belakang saja. Tapi tempat duduk belakang tu memang luas la sebenarnya. Memang tak de masalah untuk kami duduk 4 beranak. Tetap selesa.

Dari segi pemanduan, saya boleh katakan mereka memandu agak laju tapi terkawal. Maklumlah, jalan mereka clear bukan macam di Malaysia. Kami siap boleh wefie di tengah-tengah jalan tau! Punyalah lengang jalannya.

Lengang selengang-lengangnya... boleh tidur baring lagi!
Rakan-rakan travel, dari kiri Nora (Rocky) dan kanan tu Zue...
kawan sekelas masa di UiTM dulu.

Teksi mereka juga menggunakan meter, sama seperti di Malaysia. Cuma yang agak kagum, bila diberitahu oleh seorang rakan, Nad, yang teksi mereka boleh terima kad kredit! Iye, kad kredit tau. Kali kedua saya naik teksi tu terus saya intai alat kad kredit tu... Iya lah... memang boleh bayar dengan kad kredit. Canggih betul!

Oh ya lagi satu, teksi yang kami naik hari tu kan dia berhenti di atas zebra crossing masa lampu merah. Tau apa dia buat?! Dia boleh reverse agar teksinya tak berada di atas zebra crossing tu! Dasyat tak?! Untuk makluman, ruang zebra crossing tu memang lebih sibuk berbanding kereta di jalan raya. Sebab kebanyakkan dari mereka menggunakan basikal dan berjalan kaki.

Kalau jalan tu tak de lampu isyarat, tapi pemandu kereta/teksi nampak ada pejalan kaki/penunggang basikal nak melintas, mereka akan berhenti. Mereka sangat respect pada pejalan kaki dan penunggang basikal.


Encik hubby saya selalu cakap, dorang buat baik macam tu padahal bukan ada kamera ke apa ke... tapi tu lah mereka tetap berakhlak baik, walaupun tak de siapa yang tengok atau nak report kalau mereka buat jahat.

Apa yang saya nampak, rakyat Jepun tidak bersifat pentingkan diri sendiri. Walaupun mereka kelihatan seperti buat hal masing-masing, tapi bila tiba bab beri pertolongan/bantuan, hormatkan orang lain, bertolak ansur, menjaga kebersihan, memelihara alam sekitar, mereka memang win. Pendek kata apa jua yang melibatkan akhlak, memang sangat mengagumkan. Kita?! Sangat jauh ketinggalan.

Saya pernah menonton rancangan Al-Khawater di TV Al-Hijrah yang membuat liputan di Jepun. Anak-anak di Jepun diajar mengenai akhlak oleh ibu bapa mereka sejak kecil. Akhlak merupakan salah satu subjek dalam silibus sekolah-sekolah mereka.

Kalau ada kesempatan, cari "Khawater Japan" di YouTube dan lihat sendiri bagaimana pembelajaran di Jepun dilaksanakan. Anda pasti rasa kagum. Boleh dikatakan, selepas tengok Al-Khawater di Jepun tu lah yang menyebabkan saya rasa nak sangat sampai di Jepun. Alhamdulillah Allah makbulkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...