Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, July 29, 2015

Jepun: Hujan Hari Kelima

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam encik hubby ada bercerita tentang apa yang sangat dirindui ketika kami di Jepun. Katanya " rindu waktu hujan di Jepun". Eh betullah... Pada hari kelima kami di Jepun (5 Jun 2015), hujan sepanjang hari tau... Renyai... Lebat... Berangin... Tapi kami still meneruskan misi berjalan-jalan walaupun hujan.

Gambar kredit pada tuan punya phone yang depan sekali, Nora jugak namanya... Tapi ni Nora Rocky.
Saya Nora Jijah dan ada seorang lagi Nora kelas kami dipanggil Nora Paupu.
Hahaha... Ramai sangat Nora, sampai kena buat nama panggilan lain... 
Eh, Faris dan Alisya tak nampak dalam gambar ni...
Saya pun rasa waktu hujan di Jepun tu adalah moment yang sangat best. Nak tahu tak kenapa? Sangatlah kagum saya tengok orang Jepun berhadapan dengan hujan. Kalau di Malaysiakan, waktu hujan kita akan dapat melihat kebanyakkan daripada kita akan berteduh di bawah bangunan, bus stop atau di mana-mana saja yang kita rasa sesuai untuk berteduh. Kita jarang nampak orang berjalan ketika hujan.

Tapikan, di Jepun... Mereka tak berteduh pun di mana-mana. Mereka teruskan berjalan seolah-olah, hujan tu tak boleh nak hentikan kegiatan harian mereka. Hujan tu bukan satu masalah pun pada mereka! 

Kalau laluan tu ada bumbung, mereka pegang payung di tangan kanan/kiri. Bila tiba di kawasan tidak berbumbung, mereka terus buka payung sambil berjalan. Rileks je tengok. Bila mereka buka payung tu satu-satu,  nampak cantik je situasi tu... (macam dah diajar pula, buka payung dalam turutan). Sayang pula tak ambil video... Kalau ada video, mesti anda pun kagum tengok situasi tu. Leka saya melihat mereka berjalan, walau hari hujan...

Di Jepun, baik lelaki mahupun perempuan, semua akan bawa payung/baju hujan sendiri. Kalau yang tak bawa payung/baju hujan, mereka tetap berjalan seperti biasa... Kiranya, dalam cuaca hujan mereka, sama je macam suasana hari cerah. Mana-mana jalan/laluan sibuk dengan orang. (sebab kebanyakkan orang Jepun, berjalan kaki)

Lagi satu yang menarik ketika hari hujan, semua tempat membeli belah atau mana-mana premis yang dikunjungi orang ramai akan menyediakan alat ini, di hadapan premis mereka.

Apa ni? Alat ini fungsinya untuk "membungkus" payung yang dibawa pelanggan, agar air hujan pada payung tu tak menitis dalam kawasan premis, yang akan menyebabkan lantai kedai berair dan kotor bila dipijak. 

Dalam masa yang sama, kita tak perlu tinggalkan payung di dalam pasu atau bekas yang disediakan pemilik premis (biasanya di Malaysia ada macam pasu/bekas disediakan kalau hujan). So, tak de lah masalah payung hilang atau tersalah ambil payung orang lainkan?! Sebabnya kita pegang sendiri payung kita.

Di Jepun kalau ada pun tempat untuk ditinggalkan payung... Macam ni la rupanya... 
Sistematik, tersusun, kemas...
Macam mana nak guna alat untuk "bungkus" payung tu? Ok yang ni saya ada videonya... 


Prihatin dan kreatifnya orang Jepun ni, sampai benda-benda kecil pun mereka fikir. Kalau hari hujan, mana-mana pemilik kedai yang memang menyediakan paper bag dalam urusan jual beli, mereka akan bungkus dengan plastik agar barang yang dibeli tak basah dan paper bag yang diberi tak koyak. Memang tak terfikirkan?!

Ramai juga rakan-rakan encik hubby yang pesan
T-shirt dari Hard Rock Cafe, Osaka ni... 10,000 yen lebih habis!
Nasib baik yen, kalau 10,000 ringgit... Pengsan!

Inilah antara pengalaman yang dirindui dan keseronokkan berjalan di sekitar Osaka, Jepun dalam keadaan hujan... Cukup dulu entri ini... nanti saya sambung lagi. 


Nota kaki: Apa yang orang Jepun bawa dalam beg mereka? Apa lagi benda kecil yang orang Jepun buat... yang kita sendiri tak terfikir! InsyaAllah nanti saya sambung. Tunggu ya...! (^_^)

Thursday, July 23, 2015

Jepun : Kaiyukan Aquarium, Osaka

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Aduhai ada yang bertanya bila saya nak bercerita tentang tempat-tempat yang kami lawati sepanjang di Osaka, Jepun. Sejujurnya saya tak tahu macam mana nak tulis entri yang berkaitan dengan travel, sebab itu bukan niche blog saya.

Lainlah blog Jari Manis atau Eiyta, yang sememangnya blog berniche travel. Tapi nampak gayanya saya kena juga cuba menulis entri sebegini. Sebab banyak juga entri berkaitan travel yang saya tak publish. Mana-mana yang terkurang tu saya minta maaf la yea...

Jarang-jarang dapat bergambar satu famili macam ni...
Tiket masuknya pun cantik... dah selamat disimpan dalam photo album
buat kenang-kenangan... ;-)

Tempat pertama yang kami lawati di Osaka adalah Kaiyukan Aquarium. Apa yang ada di Kaiyukan Aquarium adalah lebih kurang seperti di Aquaria, KLCC. Cuma apa yang saya dapat lihat, ikan-ikan yang ada di Kaiyukan Aquarium ini, nampak sangat sihat, besar dan tidak seperti "dalam kurungan". Ikan-ikannya nampak sangat selesa dan bebas berenang dalam akuarium yang juga sangat-sangat besar.

Bermula dari tingkat 8 dan menuruni setiap tingkat, pelawat akan dapat melihat sendiri pelbagai spesis ikan yang terdapat dalam bangunan ini.

Bayangkan ikan-ikan ini berenang dengan bebas dari tingkat 8 ke tingkat 1! Memang puas tengok. Sebab kita akan dapat lihat ikan-ikan ini dari pelbagai sisi. Atas, bawah, kiri, kanan.

Punyalah besar! Punyalah penat berjalan! Tapi memang seronok. Bukan Faris dan Alisya je seronok... Kita orang yang dah "tua" ni pun seronok dan teruja tengok pelbagai spesis ikan tu.

Kat sini pun ada tunnel macam dekat Aquaria, KLCC.

Tapikan sebenarnya bukan ada ikan je... Ada banyak lagi spesis lain yang terdapat di sini seperti penguin, obor-obor, ketam, udang, sotong, singa laut, capybara, penyu, memerang... eh banyak lagilah!

Penyu...
Penguin pun ada tau... comel pulak tu... siap ada 'snow' turun lagi...

Ikan bilis Jepun: sebesar ibu jari... ikan bilis kita
besar jari kelingking ja...
Giant Spider Crab... Faris dengan Alisya banyak kali tanya,
"dia hidup ke mati?" sebab memang tak bergerak-gerak
sampai ke sudah...
Subhanallah... Cantik betul obor-obor ni...
Di tingkat 1, boleh lihat pelbagai spesis dan bentuk obor-obor.

Di tingkat bawah (tingkat 1), ada satu bahagian yang mana para pelawat boleh menyentuh beberapa jenis ikan yang diletakkan di dalam kolam kecil. Salah satu ikan yang boleh di sentuh adalah ikan pari.


Tak sangka Faris dan Alisya berebut-rebut nak sentuh ikan pari tu. Saya mula-mula takut juga, tapi bila fikir anak-anak pun sentuh, takkan mama tak sentuhkan. So,  boleh la saya cerita tekstur badan ikan pari tu. Badan ikan pari sama seperti agar-agar! Atau bak kata Faris, "badan dia macam jelly!" (^_^)


Ikan yang satu lagi ni tak tau la namanya apa... tapi ikan ni bila disentuh badannya, sama macam kertas pasir... Serius memang macam kertas pasir, walaupun saya kuis-kuis untuk hilangkan "pasir" pada badannya, tapi tak boleh... Memang badannya begitu.

Yang satu licin macam agar-agar, yang satu lagi macam kertas pasir, Walaupun habitat keduanya di dalam air. Ajaibnya ciptaan Allah kan?! So, pendek kata, kalau anda ke Osaka, rugilah tak singgah di Kaiyukan Aquarium ni. Seronok tau!

Ok sedikit info untuk mereka yang ingin berkunjung ke Kaiyukan Aquarium, Osaka. Kami menaiki train dari Namba, station Nagahoribashi, dan tukar di station Sakaisuji Hommachi dan kemudian ke station Osakako. Dengan tiket train dewasa 280 yen dan kanak-kanak 140 yen. Kanak-kanak bawah 5 tahun naik train free...

Tiket masuk ke Kaiyukan Aquarium:
Dewasa (16 - 59 tahun) - 2,300 yen
Dewasa (60 tahun ke atas) - 2,000 yen
Kanak-kanak (7 - 15 tahun) - 1,200 yen
Kanak-kanak (4 - 6 tahun) - 600 yen
Bawah 3 tahun - Percuma

Alamat & Telefon:
1-1-10 Kaigandori, Minato-ku, Osaka City 552-0022 Japan
Tel: +81-6-6576-5501
Fax: +81-6-6576-5510

Untuk info lanjut boleh klik http://www.kaiyukan.com/language/eng/ticket.html

Friday, June 19, 2015

Jepun: Prihatin Pada Kanak-kanak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam 2 Ramadan,

Jepun sebuah negara yang selamat. Saya boleh katakan selamat, sebab cubalah cari dalam Google, kadar jenayah di Jepun, jumlahnya sangat-sangat sedikit.

Disebabkan itu anda boleh lihat, kanak-kanak seusia Faris (dalam lingkungan 7-12 tahun; sekolah rendah) boleh turun naik train seorang diri pergi dan balik dari sekolah tanpa perasaan takut. Saya yang tengok pula takut...

Tapi serius, melihatkan kanak-kanak sekolah rendah yang turun naik train tanpa diiringi orang dewasa memang menakutkan. Tapi di Jepun, ia adalah keadaan/situasi yang normal, dan tak de apa yang nak ditakutkan. Orang sekelilinglah yang akan melindungi mereka.

Ini antara gambar yang sempat saya snap...

Sehari dua sebaik sampai di Jepun, saya musykil juga bila tiket train Faris dimasukkan dalam mesin tu berbunyi. Tapi tiket saya dan rakan-rakan lain tak berbunyi pula. Rupa-rupanya, bila ditilik-tilik tiket kanak-kanak tu, baru saya perasan ada tanda khas yang akan membuatkan mesin tiket tu berbunyi bila dimasukkan tiket.

Berhampiran mesin tiket tu ada satu bilik kecil untuk pegawai yang bertugas. Yang menariknya, setiap kali mesin laluan tiket tu berbunyi, pegawai yang ada dalam bilik tu akan angkat kepala dan melihat kanak-kanak yang melalui mesin laluan tiket tu.

Tiket kanak-kanak ada simbol khas seperti dalam bulatan.
Yang atas tiket train subway yang biasa, yang bawah tiket JR line.
Inilah mesin tiketnya... sangat friendly,
Main tekan-tekan je...

Mula-mula saya ingat kebetulan je pegawai tu pandang Faris bila mesin berbunyi. Rupanya setiap kali Faris masukkan tiket dan keluar bunyi, memang pegawai bertugas angkat kepala dan melihat Faris melintasi mesin laluan tiket tu. Mungkin sebab tulah mesin tiket tu berbunyi bila dimasukkan tiket kanak-kanak. Untuk menarik perhatian/pemberitahuan pada pegawai yang bertugas. (Kanak-kanak seusia Alisya, 5 tahun naik train, free)

Itu yang pakai tiket yang dibeli di mesin... Kanak-kanak Jepun yang gunakan train untuk pergi dan balik sekolah, mereka gunakan pas. Pas tu pun sama juga, bila disentuh pada mesin tiket tu, juga akan mengeluarkan bunyi, dan akan menarik perhatian pegawai bertugas. So, kaedahnya sama. Simple! Tapi situasi ini saya rasakan cukup menarik.

"Kakak" Alisya yang tertinggal di Jepun... Hahaha muka macam
lebih kurang je.... :p

Bayangkan kanak-kanak Jepun sebaya Faris dah pandai berdikari! Mereka boleh pergi dan balik sekolah dengan sendiri. Bukan naik bas/van sekolah tau!! Tapi naik train awam yang digunakan beribu-ribu orang dalam satu-satu masa.

Kami yang dah besar panjang ni pun pernah tersilap naik train, salah ambil laluan. Terpaksa patah balik. Bayangkanlah kalau pick hours di mana-mana stesen train, kanak-kanak ni akan tenggelam dalam lautan manusia, sebab ketinggian yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Haih, seriau fikir kalau situasi seperti ini di Malaysia.

Apapun saya sangat suka environment di Jepun, bila mana kanak-kanak kecil boleh berdikari dan bergerak sendiri ke sekolah tanpa perasaan takut. Sampai kita yang datang negara mereka ni pun rasa sangat selamat. Allahuakbar!

Nota kaki: Terfikir... kenapa negara Islam seperti Malaysia tidak seperti ini?!

Saturday, June 13, 2015

Jepun: Jatuh Cinta Pandang Pertama!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kami selamat tiba di Kansai Airport lebih kurang jam 10.25 malam (11.25 malam waktu Jepun) dengan Air Asia X (D7 0534), flight sampai agak lewat dari jangkaan. Selesai berurusan di kaunter imigresen, kami terus bergegas mengambil beg dan menuju ke perkhidmatan Subwaynya (train).

Train yang kami naik dari Kansai Airport ke Tengachaya...
Bergambar dengan Faris tu Zue (kawan masa di UiTM dulu),
dengan suaminya.

Seperti yang diberitahu oleh tuan apartmen yang kami sewa tu, train akan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam. Maka melihatkan jam ditangan, mungkin kami tak berkesempatan untuk mengejar train ke Namba.

Dari Kansai Airport kami perlu berhenti dan menukar train di Tengachaya, sebelum ke Namba. Tapi sayangnya kami kelewatan dan hanya sempat sampai di Tengachaya. Di station Tengachaya, kami diberitahu operasi train sudah ditutup dan hanya akan dibuka semula jam 5 pagi (waktu Jepun. Lebih kurang 5 jam lagi kalau kami nak tunggu).

Buntu sekejap! Dah la baru sampai negara orang. Terpinga-pingalah kami bertujuh. Seorang pekerja train, menyuruh kami mengambil teksi untuk sampai ke rumah. Bila kami tunggu di tempat yang ditunjukkan, kami pandang keliling... Lengang! Sunyi!

Serius, lengang dan sunyi... kalau di Malaysia, waktu ni
masih ada kereta di jalan, dan masih ada orang lalu lalang.

“Betul ke tunggu teksi kat sini?” Masing-masing tanya soalan yang sama...

15 minit berlalu, tiba-tiba datang seorang lelaki Jepun berbasikal.

May I help you?” soalnya dengan English yang teragak-agak. Dalam hati, alhamdulillah ada juga orang datang tolong. Terus encik hubby saya dan seorang lagi rakan menunjukkan alamat tempat tinggal kami.

Ooo... ooo...,” kata lelaki Jepun tu, bila melihat alamat yang kami tunjuk.

Can we walk from here?” tanya kami.

No...” siap buat tanda 'X' dengan tangannya. “Far... take taxi” sambungnya. (Jarak dari station Tengachaya ke apartment kami adalah dalam 15-20 minit. Memang masak jugalah kalau nak jalan kaki dengan anak-anak dan luggage semua.)

But no taxi...” kata kami.

Wait... er...” sambil panjangkan lehernya melihat jalan di kiri dan kanan. Tak lama kemudian dia nampak teksi dari hujung jalan sebelah kiri kami. Dia pun terus mengejar teksi tersebut dengan basikalnya. Uish.... laju tau!! Dia dapat kejar teksi tu, dan minta teksi tu hantar kami ke Namba.

Inilah lelaki Jepun yang tolong kami kejar teksi tu...
Masa ni dia tengah diskus dengan pemandu teksi tu
untuk hantar kami ke Namba.

Bila teksi tu sampai depan kami, pemandu teksi tak boleh nak bawa kami 7 orang. Jadi kami kena tunggu satu lagi teksi. Sama seperti tadi, lelaki Jepun tu bawa basikalnya dengan laju mengejar satu lagi teksi. Kami berbisik sesama sendiri, “baiknyalah mamat Jepun ni... sanggup dia kejar teksi untuk kita”.

Akhirnya berkat bantuan lelaki Jepun tu, kami dapatlah 2 teksi. Berkali-kali kami ucapkan terima kasih pada lelaki Jepun yang tolong kami tu. Kalau tak kerana dia dan basikalnya, mungkin kami tidur di station Tengachaya tu.

Itulah kejadian pertama yang membuatkan kami rasa jatuh cinta dengan Jepun dan akhlak masyarakatnya. Sampai rasa tak sabar nak tunggu esok, untuk berjalan dan melihat sendiri aktiviti orang Jepun.


Encik hubby saya tengah berusaha keluarkan
kunci apartmen kami, dari mail box.

Alhamdulillah kami sampai juga ke apartmen yang kami sewa di Namba tu, jam 12.15 malam waktu Jepun. 


Nota kaki: Next entry saya nak cerita tentang pemandu teksi di Jepun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...