Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Bernama. Show all posts
Showing posts with label Bernama. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Restoran di Melaka Tawar Nasi Beriani Percuma Tiap Hari

MELAKA - Ketika masyarakat sibuk membincangkan kenaikan harga barang keperluan, sebuah restoran di Padang Temu di sini sedia menawarkan nasi beriani, nasi putih, dalca dan acar secara percuma setiap hari kepada pelanggan.

Malah 'Restoran Nasi Beriani Haji Tamby' turut memberikan air sirap bandung  percuma pada setiap Jumaat.

Pengusahanya, Muhammad Nazli Zainul Abidin, 35, berkata pelanggan yang menjamu selera di restoran berkenaan hanya perlu membayar untuk lauk pauk dengan harga berpatutan.

Katanya, kari kambing dijual pada harga RM6; kari itik RM7, dan ayam goreng RM4, berbeza dengan kebanyakan restoran yang menjual set nasi beriani pada harga antara RM10 hingga RM15. 


Nazli, pengusaha Restoran Nasi Beriani Haji Tamby

"Tidak dinafikan berniaga ini kita nak cari rezeki dan keuntungan tetapi bagi saya ia juga salah satu cara untuk menggembirakan orang ramai...mudah-mudahan Allah akan menggembirakan kita pula," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau yang mengusahakan restoran tersebut bersama isterinya Amelia Tamby Hussin, 34, berkata langkah itu juga diharap memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

"Ada di antara pelanggan yang hanya memesan nasi beriani tanpa lauk serta air kosong, mungkin mereka ini orang susah, sekurang-kurangnya mereka boleh menikmati nasi beriani," katanya yang menggunakan beras basmati bagi menghasilkan nasi beriani.

 
Muhammad Nazli berkata sejak memulakan promosi itu dua minggu lepas, ia mendapat sambutan menggalakkan termasuk pelanggan dari luar Melaka dengan dua periuk besar nasi habis dipesan setiap hari.


Nazli dan isteri (Amelia), mereka sangatlah peramah! :)
Beliau berkata, promosi itu akan dilakukannya sepanjang tahun ini dan bakal dikekalkan untuk tahun mendatang sekiranya memperoleh rezeki yang bertambah.
 

Katanya, restoran yang telah beroperasi selama enam tahun itu sebelum ini pernah memberi minuman sirap percuma kepada pelanggan. - Bernama 


Alamat: Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, No. 69 Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya,  75050 Padang Temu, Melaka.

Telefon: 016 - 912 9666 atau 016 - 912 3666


Nota kaki: Artikel ini ditulis oleh Encik hubby saya dan gambar oleh Shaharim Sulong. Ada entri yang berkait dengan entri ini... Kemudian saya publishkan. Kalau tak panjang berjela satu entri... :p

* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...