Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Restoran Nasi Beriani Haji Tamby. Show all posts
Showing posts with label Restoran Nasi Beriani Haji Tamby. Show all posts

Sunday, July 06, 2014

Nasi Beriani Haji Tamby @ Bazar Ramadan Peringgit

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 8 Ramadan,

Jumaat lepas encik hubby request paprik ayam,... Lepas hantar Alisya dan Faris pergi kelas mengaji, kami pun singgah la Jusco kononnya nak beli barang untuk buat pakrik ayam tu (ada 2-3 barang yang tak de di rumah)... Sekali ada member sale la pula... Leka memilih seluar dan baju Faris dan Alisya, tak perasan hampir 2 jam kami di Jusco tu...

Encik hubby saya nikan, kalau membeli baju ke apa-apa yang dia nak beli, mesti ambil masa yang lama... kadang-kadang saya pun tak larat nak ikut... letih ooo, mengalahkan orang perempuan shooping!  :P

Dah berlama-lama di Jusco tu... encik hubby pun cakap tak payah masak la... Hari ni beli nasi beriani Nazli-Melea je... Saya ok je... Kebetulan Sabtu dan Ahad, encik hubby saya ada jemputan berbuka puasa di luar... So, oklah saya dapat off masak Jumaat tu.

Kami singgah di bazar Ramadan Peringgit, sebab nak beli kuih muih juga selain Nasi Beriani tu... Kami sebenarnya nak beli 2 bungkus je nasi beriani... sekalikan si Nazli yang pemurah tu dia bagi kami 4 bungkus nasi dengan sambal ayam (6 ketul ayam) dan rendang ayam (3 ketul) ... Ya Allah... siapalah pula nak makan... kami dah la 4 beranak je... Alisya pun bukan pemakan sangat orangnya...


Tengoklah Nazli isi nasi beriani dalam polistrin kami... punyalah banyak... Dalam hati saya, "alamak-alamak banyaknya, siapa nak makan?..." kalau bawa ke sahur esoknya pun belum tentu habis... 


Tengok ni... dua bungkus nasi penuh dalam periuk nasi 5 pot saya... selalu kami 4 beranak makan 2 pot 1/2 je untuk 2 kali makan, buka puasa dan sahur... Ni penuh periuk... confirm tak habis makan ni... Dari membazir, saya panjangkan sedekah Nazli pada jiran sebelah rumah saya... 

Saya dan encik hubby sebenarnya naik segan dah nak membeli dekat Nazli dan Melea ni... dalam 4-5 kali (atau mungkin lebih) kami membeli di kedai mereka, sekali je yang kami bayar... Itu pun sebab Nazli-Melea tak de di kedai... nampak je kereta Nazli sampai kedai... cepat-cepat encik hubby bayar pada stafnya... hahaha selebihnya kunjungan kami semuanya percuma... termasuklah masa kami membeli di bazar ni...

Encik hubby ambil bungkusan dari tangan Nazli sambil satu lagi tangan masukkan duit dalam apron Nazli... tapi dia berkeras tak nak ambil duit... saya siap suruh encik hubby, Faris dan Alisya lari... tapi Nazli pulangkan balik duit tu pada Faris... Sabar je la...

Kami doakan agar perniagaan kamu sentiasa maju... moga kamu sekeluarga sentiasa sihat walafiat dan dimurahkan rezeki... Amin... Terima kasih banyak-banyak Nazli-Melea.

Siapa-siapa yang ada sekitar Melaka dan berkunjung ke Bazar Ramadan Peringgit, boleh la singgah di gerai Nasi Beriani Haji Tamby ni yea... Betul-betul sebelah depan jalan masuk ke bazar. Atau kalau tak mahu beli di bazar, boleh singgah di kedai mereka di Padang Temu.

Sempat lagi AF ambil gambar kat sini...
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, February 20, 2014

Rezeki Hari Rabu... KARI ITIK!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Di kawasan perumahan saya ni, memang setiap bulan diedarkan satu booklet free, namanya Melaka2U dan City Explorer (ada lagi satu tapi tak ingat). Booklet ini memuatkan iklan-iklan tentang perniagaan yang terdapat di sekitar Melaka ni. Lebih kurang macam promosi... kalau ada kedai baru buka... ada promosi perkhidmatan dan macam-macam la... Dari sekecil-kecil kedai, sampailah yang besar-besar.

Kalau booklet ni sampai, saya dan Encik hubby rajin juga belek... Dulu kami cari promosi katil bujang untuk anak-anak. Kemudian cari promosi air cond. Mana yang kami berkenan, kami akan ke tempat tu tengok-tengok dan baru kami beli. Pendek kata, memudahkan kerja kami dalam survey sesuatu barang... (^_^) Oh ya... saya tengok iklan Jinho Beauty pun kat booklet tu.

Kari itik... first time saya makan... Sedap juga :D
Satu hari saya terbaca tentang iklan Restoran Nasi Beriani yang menawarkan nasi beriani free (pelanggan hanya perlu bayar harga lauk beriani dan minuman). 

Saya: Padang Temu kat mana? (sambil Encik hubby cerita kat mana tempatnya. Padahal saya tak tau pun... hahaha)

Encik hubby: Kenapa?

Saya: Dia bagi nasi beriani free! Kita bayar lauk beriani dengan air je. 

Encik hubby: Iye ke?! (terus saya hulur booklet tu... encik hubby belek-belek, then diam...)

Saya: Nanti kita pergi nak?! (sambil hati berbunga-bunga tunggu jawapan, tapi tak de respon... hahaha)

Ok, encik hubby saya memang gitu... So, perbualan kami habis di situ. :p

Awal bulan lepas, encik hubby sibuk dok mencari booklet tu. Saya tanya kenapa? Katanya dapat arahan dari KL, minta dibuat satu artikel pasal kenaikan harga barang dan kesan kepada orang ramai... Skopnya tak kisah la apa-apa. (lebih kurang gitu la arahannya, saya agak je... :p Sebab encik hubby tak cerita sangat pun... sila terima andaian saya... hahaha)

Sampailah baru-baru ni dia balik rumah, dan cerita pasal dia pergi interview pemilik Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, yang bagi nasi beriani free tu. Boleh baca artikel tulisan encik hubby di sini, dan gambar oleh Shaharim.

Semalam encik hubby cuti... Tak sangka pula dia nak bawa saya makan di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby tu... Dah nak dekat sampai tu baru la encik hubby cakap...

Kami pun order la... Saya ambil nasi beriani ayam merah, encik hubby dengan Faris makan nasi beriani ayam goreng... Sekali bila Nazli perasan encik hubby datang, terus dia bagi nasi beriani tambah, ayam goreng tambah dan KARI ITIK.. KARI ITIK tau!!! 

Saya ni (cik Yuzieta memang tahu sangat perangai saya...), memang takkan makan benda-benda yang pelik. Pelik tu maksudnya yang memang saya tak pernah makan. Itik, arnab, pari, kepah, siput sedut dan banyak lagi lah... yang saya tak makan... hahaha (Bak kata, Marhana, kalau dia, Ieta dan saya ditinggalkan di satu pulau, saya mati dulu la... sebab banyak benda saya tak makan... hahaha... Alahai rindu pula geng makan kat IKIP dulu...)

Puas saya dan encik hubby cakap yang kami tak makan itik... Nazli dan Melea dok paksa kami rasa dan makan... Nazli ambilkan seketul dan letak dalam pinggan encik hubby dan saya... Doh guane?!

Sambil terkuis-kuis... dok tolak-tolak kepak itik tu dengan jari telunjuk... (ish tah pape perangai...) lalu akhirnya saya makan juga... Sebab tak baik la kan orang dah suruh rasa... Guess what?! Sedap jugalah kari itik ni... (v^_^)v Isinya liat sikit... macam isi ayam kampung... Tapi sedap!! (^_^)

Faris pun kekenyangan.. :D
Sambil makan sambil berborak dengan Nazli dan Melea... kemainlah peramah mereka ni... dah macam kenal berpuluh tahun... Padahal saya baru jumpa mereka semalam dan encik hubby pula baru 2 kali ketemu mereka... 

Dah la peramah, pemurah pula tu... Makanan dan minuman untuk kami semalam diberikan semuanya percuma!! Patutnya nasi je percumakan?! 

Encik hubby nak bayar juga... sebab hari tu masa encik hubby interview mereka, mereka dah pun bagi makan free... Tapi mereka kata "halal"... Tak cukup dengan tu... Dibelanjanya pula kami makan cendol di sebuah kedai yang Melea suka makan di Serkam!!

Ya Allah, baiknya hati kamu berdua... Disebabkan semuanya free, saya dan encik hubby kekenyangan sampai ke malam... Alhamdulillah rezeki kami satu family... 

Terima kasih banyak-banyak Nazli & Melea.... Moga perniagaan kamu berdua, bertambah-tambah maju... Moga Allah memberkati kamu, ahli keluarga kamu dan perniagaan kamu... Amin...

Nota kaki: Kalau kawan-kawan blogger datang Melaka, singgahlah di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby yea (^_^).


Alamat: Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, No. 69 Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya,  75050 Padang Temu, Melaka.

Telefon: 016 - 912 9666 atau 016 - 912 3666

* * *
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Restoran di Melaka Tawar Nasi Beriani Percuma Tiap Hari

MELAKA - Ketika masyarakat sibuk membincangkan kenaikan harga barang keperluan, sebuah restoran di Padang Temu di sini sedia menawarkan nasi beriani, nasi putih, dalca dan acar secara percuma setiap hari kepada pelanggan.

Malah 'Restoran Nasi Beriani Haji Tamby' turut memberikan air sirap bandung  percuma pada setiap Jumaat.

Pengusahanya, Muhammad Nazli Zainul Abidin, 35, berkata pelanggan yang menjamu selera di restoran berkenaan hanya perlu membayar untuk lauk pauk dengan harga berpatutan.

Katanya, kari kambing dijual pada harga RM6; kari itik RM7, dan ayam goreng RM4, berbeza dengan kebanyakan restoran yang menjual set nasi beriani pada harga antara RM10 hingga RM15. 


Nazli, pengusaha Restoran Nasi Beriani Haji Tamby

"Tidak dinafikan berniaga ini kita nak cari rezeki dan keuntungan tetapi bagi saya ia juga salah satu cara untuk menggembirakan orang ramai...mudah-mudahan Allah akan menggembirakan kita pula," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau yang mengusahakan restoran tersebut bersama isterinya Amelia Tamby Hussin, 34, berkata langkah itu juga diharap memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

"Ada di antara pelanggan yang hanya memesan nasi beriani tanpa lauk serta air kosong, mungkin mereka ini orang susah, sekurang-kurangnya mereka boleh menikmati nasi beriani," katanya yang menggunakan beras basmati bagi menghasilkan nasi beriani.

 
Muhammad Nazli berkata sejak memulakan promosi itu dua minggu lepas, ia mendapat sambutan menggalakkan termasuk pelanggan dari luar Melaka dengan dua periuk besar nasi habis dipesan setiap hari.


Nazli dan isteri (Amelia), mereka sangatlah peramah! :)
Beliau berkata, promosi itu akan dilakukannya sepanjang tahun ini dan bakal dikekalkan untuk tahun mendatang sekiranya memperoleh rezeki yang bertambah.
 

Katanya, restoran yang telah beroperasi selama enam tahun itu sebelum ini pernah memberi minuman sirap percuma kepada pelanggan. - Bernama 


Alamat: Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, No. 69 Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya,  75050 Padang Temu, Melaka.

Telefon: 016 - 912 9666 atau 016 - 912 3666


Nota kaki: Artikel ini ditulis oleh Encik hubby saya dan gambar oleh Shaharim Sulong. Ada entri yang berkait dengan entri ini... Kemudian saya publishkan. Kalau tak panjang berjela satu entri... :p

* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...