Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, May 22, 2005

Selamat Bertunang Fizah... :-)


Hari Pertunangan Fizah... Posted by Hello

Hm...Tahniah & Selamat Bertunang buat Fizah & tunangnya... Pada tanggal ini, 21 May 2005, mereka disatukan... InsyaAllah kalau x de aral melintang... sethn lagi... ada la majlis besar2annye... Kan Fizah?!? :-)

Semoga kalian cepat2 diijabkabulkan... (x sbr dah nak mkn nasi minyakFizah :-D)... Opss.. sorry, Fizah dah sold out!! :-P Semoga surau yg kalian bina akan menjadi masjid kelak! Doa kami akan sentiasa bersama kalian.. :-)

Selamat Bertunang!

p/s: Kami masih lagi nunggu gmbr2 majlis p'tunangan kamu... :-)

Friday, May 20, 2005

Kindom Of Heaven...


Orlando Bloom (Balian of Ibelin)

Filem arahan Ridley Scott ini mendapat pujian dari pelbagai pihak... Rata2 penonton berpuas hati dgn garapan "diplomasi" yang diketengahkan olehnya (berbanding dengan salah satu filemnya dulu yang dikatakan menindas Islam dgn keterlaluan).

Filem ini mengisahkan seorang tukang besi, Balian of Ibelin (lakonan Orlando Bloom) yg bersedih di atas kematian isterinya (isterinya membunuh diri krn kematian anaknya).. Balian yang agak tertekan dengan kematian tersebut telah membunuh paderinya kerana desakan yang keterlaluan.

Dia kemudiannya didatangi seorg lelaki (Godfrey of Ibelin) yang mengakui ayahnya (lakonan Liam Neeson).. Balian ditawarkan menyertai kumpulan ayahnya untuk ke Jerusalem.. Oleh kerana ingin "membersihkan dosanya" Balian bersetuju...

Di pertengahan jalan, mereka diserang & ayahnya mengalami kecederaan yg serius.. Mengetahui yg dia akan mati, Godfrey melantik Balian sebagai knight & diarahkan ke Jerusalem & seterusnya mempertahankannya serta melindungi Raja.

Balian bersungguh2 berusaha mempertahankan Jerusalem yg menjadi tuntutan pejuang Islam ketika itu.. Adegan peperangan "Perang Salib" (antara Kristian dan Islam), menimbulkan rasa cemas, geram & sebagainya...

Pun begitu kejayaan Islam menakluk Jerusalem dipandang "positif" oleh semua pihak tanpa menunjukkan ketidakpuasan! Ternyata Ridley Scott agak berjaya dlm mengekalkan keharmonian agama...

Oppss.. alamak sorry dah tercerita ending skali :p...

Antara para pelakon yg menjayakan filem ini adalah Hospitaler (David Thewlis), Guy de Lusignan (Marton Csokas), Sibylla (Eva Green), Reynald (Brendan Gleeson), Tiberias (Jeremy Irons) & Salahuddin (Ghassan Massoud).


Kematian Menyayat Hati...

Hari ni baru berkesempatan membaca berita2 di Utusan Malaysia Online setelah agak ketinggalan dengan berita2 semasa sejak Ahad lalu (agak sibuk menguruskan beberapa perkara). Sebaik membuka laman web tersebut, tajuk "Suasana pilu guru terima kerongsang tanpa Nur Salina" membuatkan saya membaca dengan lebih lanjut artikel tersebut. Sehingga bait2 yg terakhir... (tanpa sedar mengalirkan air mata... )

Pemergian Nur Salina yang digilis treler (di hadapan sekolah agamanya) pada Hari Guru tempoh hari benar2 mengerikan... Bagaikan disiat2 hati ini, apabila mendapat tahu bahawa pada awalnya mangsa yang masih hidup dan merangkak untuk cuba menyelamatkan diri... namun pemandu tersebut tidak memberhentikan treler (setelah melanggar mangsa), sebaliknya terus memandu (tentunya dengan laju) dan tayar belakang treler menggilis tubuh kecil Nur Salina di depan ibunya!! Ya Allah, begitu tragis kematian si kecil itu...

Org ramai yang menjadi saksi kemalangan tersebut telah bertindak dengan membakar treler tersebut, manakala pemandunya dipukul bertubi2... (saya pasti ini adalah tindakan luar kawal apabila masing2 menjadi saksi tragis kematian Nur Salina - saya pasti jika saya juga di tempat kejadian, saya akan bertindak seperti mereka). Mereka lebih tahu kerana mereka melihat sendiri kejadian itu... Walau bagaimanapun, polis menegur sikap terburu2 saksi, yg membakar treler tersebut... kerana itu adalah salah satu bahan bukti (paling utama).

Sebelum kematiannya, Nur Salina mendesak ibunya membelikan kerongsang untuk dihadiahkan kepada 2 org gurunya (seorg, ustazah di sekolah agamanya dan seorg lagi di sekolah kebangsaannya), bg menghargai guru2 tersebut, sempena sambutan Hari Guru baru2 ini. Semasa kejadian, arwah menyimpan dengan kejap kerongsang tersebut di dalam poket bajunya, dan tidak sabar2 utk memberikan kepada ustazahnya... Namun, takdir telah menentukan bahawa Nur Salina "tidak boleh" memberikannya sendiri... Pun begitu, hajat Nur Salina telah disempurnakan oleh ibunya.

Apa yg amat dikesali adalah, JKKK kawasan tersebut pernah (beberapa kali) meminta pihak2 tertentu untuk membina jejantas di kawasan tersebut... Namun mereka hanya memandang remeh perkara sedemikian... Bila dah jadi macam ni... mula la masing2 menuding jari... Entah la!! Sedih betul!!

Al-Fatihah buat Nur Salina...

Tuesday, May 17, 2005

Happy Birthday....

Birthday Girls and Boys... in May...
Happy Birthday to:
Picture from left: Adiyusran (17 May) Adiqlady's (23 May) Iela (25 May)

Amad (18 May)
Norsiah
(Lily) (20 May)
EeerieUgly
(21 May)
Norsumarzia
(28 May)

Semoga dirahmati Allah... Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki... Moga dipermudahkan oleh-Nya atas apa jua yg kalian lakukan seharian... Bila nak open table nie?? :p

Selamat Hari Guru!!

Selamat Hari Guru buat semua guru2 di Malaysia...

Alhamdulillah dengan segala "bekal" dari para guru sekalian, saya berjaya sehingga ke peringkat ini... tanpa didikan, tanpa teguran... tanpa motivasi dari kalian... tak mungkin saya cukup kuat untuk menghadapi perjalanan hidup ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat guru2 di Sekolah Rendah Convent Sentul, Kuala Lumpur (1987 - 1992), Sekolah Menengah Convent Sentul, Kuala Lumpur (1993 - 1997)... & semua lecturer Masscomm UiTM, Shah Alam (xpecially journalism lecturer) (matriks & degree) (1998 - 2003)...

Semoga kalian halalkan segala ilmu yg telah kalian curahkan. Terima kasih yg tidak terhingga.. Semoga Allah memberkati kalian... Sayaangggg anda semua.....!! Selamat Hari Guru!!!!
http://cybergifs.com/flowers/blooming.gif

p/s: Selamat Hari Guru juga buat kawan baik org... Noor Zamzarina Zabidi... Cikgu Komputer & Maths kat Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul... Semoga tabah & sabar mengajar anak2 murid yg "nakal" tu... :D

Tak lupa juga untuk lecturer yg paling sabar... Cik Zaridah Abdullah... Selamat Hari Guru... (kalau Cik Zaridah x lantik saya jadi class rep dulu... sure saya "pemalu" sampai skang :D) - semoga tabah belajar & menghadapi peperiksaan... saya doakan kejayaan Cik Zaridah... Semoga berjaya mendapat "kertas puaka" tu (scroll actually - "kertas puaka" tu istilah cik Zaridah)... bila agaknya kita boleh ketemu ek?!?

Terima kasih banyak2 atas segala ilmu yg dicurahkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...