Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
Nuffnang Ads
Agoda Ads
Friday, April 15, 2011
Thursday, April 14, 2011
Happy Birthday to ME! :-)
Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me...
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me...
Hehehe, hari ni senyum smpi ke telinga.. Kenapa? Sebab... Hari nie birthday saya! :D
Monday, April 11, 2011
Seronok naik kerja semula... heee..
Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
Hari ni hari pertama saya bekerja setelah 3 minggu bercuti.. Wah, saya sgt excited utk dtg bekerja krn bosan berbaring di rumah... Ye la, kalau di office ada jugak kerja yg nak di buat, pastu ada juga kawan-kawan yg boleh diajak berborak.. Release la jugak tension... berbeza dgn duduk di rumah.. *mungkin sbb saya dah biasa bekerja, dan x biasa duduk di rumah lama2*

Thursday, April 07, 2011
Home Workstation...
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,
Hari ni dah masuk hari ketiga, saya membuat kerja-kerja office di rumah... Masih dalam MC sehingga Jumaat ni... tapi sedang bertungkus lumus membuat soalan final yang akan berlangsung pada Mei ini... Yang lagi menjadikan saya kelam-kabut adalah saya terlepas dari menghadiri Bengkel Exam... rata-rata dari mereka yang menghadiri bengkel itu, telahpun siap soalan mereka... so, saya kena kerja kuat sikit... huhuhuhu kesian...
Ramai yg suruh rehat je... nanti dah naik kerja baru buat soalan final... Ish... lambat sangat dah tu... sebab naik kerja ni... bukannya kelas tak de... kelas akan berjalan seperti biasa... malah, saya kena juga menggantikan kelas yang dah tertinggal selama DUA MINGGU...!!
Wednesday, April 06, 2011
Akhirnya HEMPEDU Dibuang...
*** Entry updated 12/12/13 ***
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Pertama
sekali saya ingin memohon maaf kepada semua rakan blogger yang singgah
di blog saya tanpa ada pembaharuan post... Saya berehat setelah selesai operation
pada 27 Mac 2011. InsyaAllah, selepas ini saya boleh menulis semula... Yey!! Rindu
sangat-sangat pada anda semua...
Entri kali ini agak sedih & pada saya mencemaskan.. Ya, bagaimana kehidupan saya selepas ni? Hempedu saya di BUANG!!
Inilah pengalaman yang terpaksa saya lalui, bermula 21/3, (malah seminggu sebelum lagi) perut saya rasa tidak sedap.. Adakalanya terasa macam gastrik, adakalanya pula terasa sebu... Tidak pernah terfikir akan penyakit yang pernah diberitahu oleh doctor iaitu batu karang dalam hempedu akan berulang... kerana pada fikiran saya, penyakit itu akan berulang mungkin 3-4 tahun lagi, memandangkan batu-batu itu kecil dan tidak banyak..
![]() |
| Gambar kiri: 6 biji batu karang dikeluarkan. |
Sungguh
saya tak sangka, hanya dalam tempoh 7 bulan ia menyerang kembali.. Cuma kali ini
sedikit berbeza. Seolah memberi klu, saya gastrik pada 21/3: lalu saya
mendapatkan rawatan di klinik dan disuntik dgn ubat gastrik & diberikan
MC.
Keesokkan harinya 22/3: saya mengalami demam panas, badan menggigil kesejukkan, sendi-sendi semuanya sakit, saya tak berdaya untuk berdiri lama. Lalu saya ke klinik yang sama semula, kerana terfikir terkena demam denggi. Diberikan MC selama 2 hari.
Tetapi pada malam 23/3: saya seperti kena gastrik semula, malah kali ini sakitnya sampai ke bahagian kanan belakang badan. Tidak cukup dengan itu, warna urine saya seakan merah darah. Saya cemas! Melihatkan keadaan saya, lalu en hubby mengajak saya ke hospital pakar..
"Ya benar, penyakit batu hempedu awak menyerang kembali! Tapi awak bertuah kerana hanya berguling & tidak dimasukkan ke ICU!"
Begitulah ayat yg diberikan oleh doktor.. Doktor menyarankan saya menjalankan operation membuang batu hempedu. "Hah?!?! Buang hempedu? Habis tu macam mana kehidupan saya lepas ni?"
"Macam biasa!" Itulah jawapan ringkas dari doktor berkenaan.. Sambil otak saya ligat memikirkan anak-anak.. Lebih-lebih lagi pada Alisya yg masih lagi fully breastfeed.
"Macam mana kalau saya tak nak buat lagi operation tu?"

"Terpulang
pada awak. Cuma awak kena ingat, hari ni mungkin nasib awak baik sebab saya jumpa
awak di sini (merujuk kepada wad biasa), bukan ICU."
Setelah berbincang dengan en hubby, akhirnya kami memutuskan untuk saya menjalani pembedahan. Pada 26/3: saya menjalani 'minor operation' membesarkan saluran hati + mengeluarkan batu karang yang tersumbat di dalam saluran tersebut. Prosedur ini dipanggil sebagai Endoscopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP).
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... setelah saluran hati dibuka, perut saya rasa lebih selesa... Setelah ERCP, saya sangat lapar (3 hari sebelum itu, saya langsung tiada selera makan...). Dapat juga saya habiskan separuh bubur nasi + ikan bakar.
![]() | ||||||||
| Credit to Kak Pura: Setelah selesai operation. |
Pada
27/3: Saya sangat berdebar-debar untuk menjalani pembedahan membuang batu
hempedu. Prosedur ini pula dipanggil laparaskopik (saya sempat surf
internet dan membaca pelbagai informasi tentang laparaskopik) Yea... mujur saja phone yang dihadiahkan oleh en hubby
berguna pada saat-saat kecemasan ni...
Saya mula mengumpulkan maklumat dan kekuatan untuk menghadapi pembedahan ini... Ternyata ramai juga rakan-rakan blogger yang telah menjalani operation membuang hempedu ni... sekurang-kurangnya saya tahu saya tidak keseorangan... serius takut nak operate!! last operation dulu tahun 2001 -operate apendiks... Sebanyak 6 biji batu karang yang dikeluarkan dari operation tersebut... dan hempedu di bawa ke makmal untuk ujian lanjut.

Pada 28/3: Saya telah dibenarkan pulang oleh doktor... takut juga
duduk di rumah... maklum la... kalau di hospital, boleh tekan button panggil
nurse... kalau jadi apa-apa di rumah... cuak juga... Apa yang paling saya
takut adalah kalau tersalah makan... tapi bak kata doktor:
"Awak nak makan apa, makan je... tak de masalah... Apa je yang husband awak makan, awak boleh makan juga..."
Tapi saya takut juga... 3-5 hari pertama mmg makan bubur + ikan tenggiri je... minum pun air suam je...

Saya warded 5 hari 4 malam, dan dalam tempoh itu juga, Alisya
terpaksa tinggal dengan pengasuhnya. Kesian Alisya... Hasrat saya untuk
menyusukan Alisya sepenuhnya sehingga umurnya 2 tahun seakan tidak
kesampaian... Mungkin kerana ubat-ubatan yang diberikan kepada saya sepanjang
tempoh 5 hari ini menyebabkan susu kurang... Namun begitu saya masih belum
berputus asa...
4/4: Saya berkunjung semula ke Kuantan Specialist untuk membuka
jahitan dan dressing... Alhamdulillah, semuanya kelihatan baik.. dan
saya diberi MC sehingga 8/4 ini.. uish... lamanya
tinggal kelas... kesian students... :-( doktor memaklumkan
hempedu saya dijangkiti kuman dan terdapat beberapa biji lagi batu karang di
hempedu tersebut.
Alhamdulillah, kini seminggu telah berlalu... dan saya semakin
sihat... Moga selepas ni saya tidak jatuh sakit lagi... Amin... Kepada
mereka yang sudi menziarah saya di hospital, terima kasih banyak-banyak: Kak
Pura, Yap, Kak Zimah, Kak Nana, Kak
Sara, Ieta, Maisarah, Mak Chu
& Uda (Pengasuh Alisya), Diana, Aishah, Khaizal, Khalil, Nazrol, Amin
dan Muiz... Diana SOST dan tidak lupa juga Puan Aishah... Terima kasih
banyak-banyak...
Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan Facebook dan blogger
dan semua yang sudi mendoakan saya agar cepat sembuh... Sayang anda
semua... Moga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki dan kesihatan buat anda
semua... InsyaAllah...
Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Amalan Selepas Buang Hempedu
2. Menu Sepanjang Berpantang
3. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
4. Perkongsian Pakar Pemakanan
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan

Untuk bacaan lanjut:
Labels:
Apendiks,
Batu Karang Hempedu,
Buang Hempedu,
ERCP,
Kesihatan,
Laparaskopik
Subscribe to:
Posts (Atom)