Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, April 07, 2017

Kisah 157 Ringgit (^_^)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alkisah, Alisya sejak dah masuk sekolah ni, pandai juga berjimat. Walaupun dia memang suka beli barang di kedai buku, namun jarang-jarang habiskan duit belanjanya. Biasanya, dia akan beli barang RM1 dan lagi RM1 akan disimpan dalam tabung.

Baru-baru ni diminta saya kirakan jumlah duitnya dalam tabung (tidak termasuk duit syiling). Saya pun tolonglah kira... Semuanya ada RM157. Banyak juga! So, dia pun ingat jumlah tu. Bila abahnya balik kerja, dia pun duduk sebelah abahnya.
 
Tabung botol susu Alisya sama dengan Faris, so memang
kena letak nama... 😜

Alisya: Abah, nanti cuti sekolah lama boleh tak kita pergi Korea. (Korea tau! Bukan main lagi! Abahnya senggih je, bila dengar Korea. Saya pun tumpang gelak.)

Semalam masa makan malam, Alisya tanya saya lagi... 

Alisya: Kenapa tak boleh pergi Korea?

Saya: Kenalah simpan duit dulu, dah cukup barulah boleh pergi Korea.

Alisya: Alisyakan dah ada 157 ringgit... banyaklah tu...

Saya: 157 ringgit mana cukup. Tu kalau bawa pergi Giant beli barang sikit dah habis.

Alisya: Mama ni!!! Semua tak boleh... ini tak boleh, itu tak boleh!!! (Sambil tarik muka masam)

Marah betul dia... 😰 Kalaulah pergi balik Korea, RM157... tiap-tiap minggu kita boleh pergi Korea tau! Dia ingat nilai RM157 tu macam RM15k barangkali... 😜 

Saya beritahu Alisya, masa trip kami ke Jepun dulu pun, kosnya adalah lebih kurang RM8k lebih. Dia tak percaya. Dia tetap percaya dengan 157 ringgit tu boleh sampai Korea... Alah, sweetnya kamu Alisya... 😂

Jepun: Jatuh Cinta Pandang Pertama
Jepun: Pemandu Teksinya Smart
Jepun: Prihatin Pada Kanak-kanak
Jepun: Kaiyukan Aquarium, Osaka 
Jepun: Hujan Hari Kelima


😂😂😂 Rupanya entri Jepun ni banyak yang tertangguh (laptop masih "sakit")! Dah listkan macam ni baru nampak tak habis cerita. Dah nak masuk 2 tahun pun trip ke Jepun tu. Tengoklah, bila nak publish, tak boleh janji. Doa-doalah laptop segera sembuh. Hm...

Monday, March 27, 2017

Tahniah Pemenang Lazada Birthday Blogger Contest! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tahniah kepada rakan-rakan yang join Lazada Birthday Blogger Contest baru-baru ni. Keputusan dah pun keluar, yang berjaya tahniah tau! Untung dapat shopping di Lazada! 😃


Kot-kot ada pemenang yang belum tahu dia menang... hehehe bolehlah cari nama anda di atas ni... atau boleh rujuk di sini. Tahniah semua... 
 
Tak menang?! Tak pe next time boleh cuba lagi... Ada new contest juga di Lazada. Boleh rujuk di sini. Boleh cuba nasib... Good luck!

Saturday, March 25, 2017

Mini Karnival Didi & Friends @ IOI City Mall, Putrajaya

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Beberapa kali juga tentatif program Karnival Didi & Friends ni lalu di timeline Facebook saya. Tapi Rabu lepas baru saya perasan, ia berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya. Sebelum tu saya ingat event tu di IOI Mall, Puchong.

Kebetulan Rabu lepas saya ambil encik hubby di KLIA. KLIA dengan Putrajaya taklah jauh sangatkan. So, Alisya berhajatlah nak pergi tengok Didi & Friends tu.

Alisya: Mama lepas ambil Abah boleh tak kita pergi tengok Didi & Friends? 

Saya: Kena tanya Abah dulu, kalau Abah tak penat, kita ajak Abah pergi tengok Didi & Friends.

Terus Alisya doa: Ya Allah, harap-haraplah Abah tak penat.

Bila encik hubby masukkan barang semua dalam kereta, terus dia masuk kat tempat driver.

Saya: Eh, nak bawa kereta ke? Tak penat ke?

Encik hubby: Tak penatlah, duduk je 8 jam. (Merujuk pada perjalanan dari Jeddah ke Kuala Lumpur).

Dekat sini malu-malu pula dia nak nyanyi...
Kat rumah siap paksa Mama dia hafal semua lagu...

Alisya dah cuit-cuit saya...

Saya: Putrajaya tak jauh dah kan dari sini?

Encik hubby: Tak, kenapa?

Saya: Alisya nak tengok Didi & Friends dekat IOI City Mall.

Encik hubby: Cari GPS. (Sengih lebar Alisya dengar...)

Dapat jugalah anak-anak jalan-jalan... Nak harap saya drive jauh-jauh dengan anak-anak je memang taklah...


Dapat juga dia minta Abah belikan Nana ni...

Hari ni dan esok (26 Mac 2017) masih ada lagi karnival ni... siapa-siapa yang berdekatan boleh la bawa anak-anak tengok maskot Didi & Friends ni di IOI City Mall, Putrajaya.

Ada macam-macam aktiviti, games, jualan selain menyanyi bersama Didi & Friends... Hora horey! 😜

Sunday, March 19, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kelihatan ramai blogger yang update entri tentang Lazada Birthday Blogger Contest. Seronok pula baca barangan impian masing-masing. 😊. Sesiapa yang pernah membeli di Lazada mesti takkan lepaskan peluang untuk join contest. So, jomlah kita cuba nasib.

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
Apa yang saya suka sangat pasal Lazada ni, dah tentulah harganya yang tidak masuk akal. Teringat dulu masa saya kenalkan Lazada pada kakak ipar saya, dia tanya, "betul ke harga Lazada tu?! Macam tak logik!" 😃 Betul... kalau hari-hari track harga barangan yang kita nak, untung nasib dapat 90% diskaun tau!

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
Kalau ikutkan semuanya nak beli di Lazada ni... 😂 Ok, jom tengok senarai wishlist saya.


Pressure cooker ni dah lama ada dalam wishlist. Tapi belum ada rezeki nak beli. Bila tengok kawan-kawan update masakan dengan hanya gunakan pressure cooker ni, rasa alahai, senang jadinya kerja-kerja memasak. Harga item ini masih dalam 'pantauan' saya... tunggu masa nak terkam! 😂


Item kedua yang menjadi idaman adalah set ni. Saya dan encik hubby selalu berangan ada set ni di rumah. Kalau ada kiosk Nescafe ni buat promosi di mall, kami akan singgah dan tengok macam mana cara menggunakannya. Saya pun selalu berangan ada set ni di sebelah sambil layan baca buku... 😂 Agak-agak nak latte, buat latte. Agak-agak nak cappuccino, buat cappuccino. Eh, syok pula berangan eh? 


Ha... jangan tak tahu, katil dan tilam pun ada jual tau di Lazada! Pendek kata taip je apa jua hajat di hati, confirm ada di Lazada. Spinalhealth mattress ni kalau nak beli dekat luar, memanglah mahal... Tilam ni penting juga sebenarnya dalam memberikan kerehatan pada tubuh badan. Bila tidur lena, maka lebih cergaslah keesokkannya...

c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
Rasanya Lazada perlu pertingkatkan pantauan selepas pembayaran dibuat oleh pembeli. Maksudnya, sebaik pembeli membuat bayaran, usahakan untuk buat follow up dengan pembeli; pastikan barang dah sampai atau sebaliknya. Disebabkan penghantaran barang-barang tersebut dilakukan sendiri oleh penjual... maka ada penjual yang lewat menghantar dan tidak memaklumkan kepada pembeli. Ini secara tidak langsung akan memberikan tanggapan negatif kepada Lazada. Sedangkan Lazada hanya pengantara antara pembeli dan penjual.

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 
Semoga Lazada Malaysia terus berkembang maju dan menjadi online one-stop center yang dikenali ramai. Terima kasih kerana memberikan kemudahan online shopping kepada kami. Moga terus berdaya saing dan kekal teguh, Lazada Malaysia! 😄

* * *  

Ok, that's it! Jom kawan-kawan blogger untuk sama-sama join contest ni. Mana tahu ada rezeki boleh dapat hadiah yang ditawarkan. Eh, apa hadiahnya?

Depending on the overall number of participants there will be either 10, 20 or 30 winners:

1. Less than 50 Participants (10 winners)

1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200
3rd Prize: 6 x RM100

2. More than 50 and less than 100 Participants (20 winners)

1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250
3rd Prize: 12 x RM125

3. More than 100 Participants (30 winners)

1st Prize : 1 x RM800
2nd Prize : 12 x RM300
3rd Prize :17 x RM150 

Menarikkan?! Klik sini untuk turut sertai, sempat lagi ni... tarikh tutup penyertaan 23 Mac 2017, jam 11.59 malam. Good luck semua... 😄

Saturday, March 18, 2017

"Abah, Doa Dapat Adik Tau!"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dua hari lepas masa ambil Faris dari sekolah hujan selebat-lebatnya. Terus saya cakap pada anak-anak;

Saya: Waktu hujan macam ni, elok doa apa yang kita nak. Sebab waktu hujan, waktu mustajab doa...

Alisya: Mustajab tu apa?

Saya: Mustajab tu maksudnya, kalau kita doa, Allah tak tolak... Allah akan bagi apa yang kita nak...

Faris: Allah bagi terus? Kalau minta sekarang terus dapat ke apa?

Saya: Kalau Allah izin kita dapat terus... kita dapat la teruslah... tapi kalau tak dapat terus, maknanya Allah simpan dulu. Nanti bila masa dah sesuai Allah bagi.

Alisya: Masa hujan je ke boleh doa?

Faris: Bila-bila pun boleh doa...

Saya: Ha ah, bila-bila pun boleh... cumanya kalau kena waktu dan tempat mustajab, lagi bagus. Macam masa hujan ni, masa hari Jumaat, depan Kaabah... (tak sempat habis...)

Alisya: Eh depan Kaabah? Abah nak pergi Kaabah kan? Boleh la suruh abah doa... Ma, pinjam telefon. Nak mesej abah.

Saya pun bagi je la phone, sebab saya tengah drive. Perbualan pasal doa tadi habis dekat situ... Esoknya baru saya tengok apa yang Alisya mesej ke abahnya... ?



Pandai dia kirim doa kat abah dia... 😂😂😂 guling-guling saya gelak... minta doa nak 'bayi' tau... sebab dia nak adik. Tu dia minta adik oklahkan... Hari tu dia minta kakak, mana pula saya nak cari kakak untuk dia! 😂

*Alisya belum pandai apply tanda baca, so kalau dia taip mesej, memang sederet gitu je... ?* 😜



https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=5813

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...