Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Seingat saya, sejak berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, saya jarang sekali beri Faris dan Alisya gajet, termasuk permainan video game.
Dalam tempoh
enam tahun saya menjadi surirumah sepenuh masa, saya hanya memberi
gajet jika merasakan ada keperluan, seperti menyiapkan kerja sekolah
dan menonton video origami atas pantauan saya.
Jika
tujuannya untuk bermain online games... memang boleh dikira
dengan jari. Hanya beberapa kali saja saya beri keizinan bermain
online games. Itupun dengan had masa 15-30 minit sahaja.
Sekali dua saya izinkan juga main games sampai habis bateri.
Hari ni
Alisya tunjuk saya gambar ni.
Katanya,
"cantik tak OPPO Alisya?" sambil menunjukan helaian kertas
yang saya potong dari buku tulis sekolah mereka tahun lepas.
"Tengok
ni, canggih Ma...," dengan terujanya dia menunjukkan pada saya
aplikasi-aplikasi yang ada di 'telefonnya'.
![]() |
| Banyak apps ni... :p |
Saya seperti
biasalah, apa yang anak-anak tunjuk saya turut excited. "Amboi,
bukan main canggih lagi ni!", jawab saya.
"Boleh Mama pinjam sekejap?" sambung saya sambil belek-belek 'telefonnya'.
"Puteri ni apa?" soal saya.
"Itu
game la Ma... Game princess," jawabnya.
"Tengok
ni... Alisya dah ada Facebook dengan Twitter, nanti Mama kawan dengan
Alisya tau," sambungnya lagi. (Baca sebagai follow)
"Ok...
boleh! Eh ada travel ni. Ni bolehlah nak pergi mana-mana?"
tanya saya.
"Ok Ma
nak pergi mana?" sambil dia keluarkan helaian kertas yang
dilukis aplikasi dan masukkan helaian Google beserta keypad.
![]() |
| Tak ikut 'QWERTY'... :p |
"Em...
Jepunlah", jawab saya. Sambil jari-jari kecilnya seolah menaip
keypad yang dilukisnya.
"Ok,
boleh Ma... ada tiket murah. Nanti kita pergi," kemudian dia
tinggalkan saya yang masih berminat hendak membelek 'telefonnya'.
"Cuba
call Mama, tengok canggih mana telefon Alisya," saja saya
test dia.
"Kejap...",
sambil tukarkan helaian lain yang ada senarai contact.
![]() |
| Jangan main-main ada list contact tau... ^_^ |
"Wah,
senarai contact pun ada!" saya tergelak sendiri. Ditekan kotak
yang dilukis dan tertera perkataan Mama.
"Hello
Ma, Mama sihat?" tanyanya sambil ditekup 'telefon kertas' itu di
telinganya, dan berpaling daripada memandang saya, seolah-olah saya
tidak berada di situ.
Dan 'drama'
itu terus berlaku.
Rasa macam
nak menangis pun ada. Kadang-kadang rasa kejamnya saya, sebab tak
berikan mereka gajet seperti kanak-kanak lain. Tapi sebenarnya, saya
lebih suka bila Faris dan Alisya kreatif seperti apa yang dibuat
untuk hasilkan 'telefon OPPOnya" itu.
Faris tukang
design telefon itu atas permintaan Alisya dan Alisya tukang
lukis semua 'aplikasi telefon OPPO' miliknya.
Itukan
namanya kolaborasi... Kan? >_<
Rasa kejam,
tapi suka idea kreatif mereka.

















