Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam 22 Syawal,
Cerita
kelakar raya kami tahun ni adalah bila baju yang kami beli tak sama warna...!!
Ni semua gara-gara shopping last minute... Baju Faris dan encik hubby beli pada hari lain (di Melaka), manakala baju saya dan Alisya dibeli pada hari yang lain (di Kuala Lumpur).
Baju encik hubby dan Faris pun dah tak sama warnanya tapi masih tak lari jauh... Warna baju encik hubby purple, Faris pula maroon. Yang saya dan Alisya pula purple blue...!!
Masa beli baju saya dan Alisya tu perasaan memang sangat yakin la warnanya sama dengan baju encik hubby dan Faris... (sebab saya tak bawa baju contoh Faris dan encik hubby ke KL, sebab encik hubby kata nak jahit sedikit seluarnya...) Sekali bila pakai raya pertama... Hahaha.. kena gelak sakan dengan kakak saya... Sabar je la...
Tak pe la... asalkan masih tak lari dari warna tema (yang kononnya purple) :P
![]() |
| Faris pun asik dok tanya kenapa baju kami tak sama warna... letih nak jawab! Kanan sekali tu anak kakak saya, Uwais Al-Qarni |
Nota kaki: Raya pertama ke Sentul, Semenyih dan Puchong... Next entri ya... (orang dah tak cerita pasal raya... tuan punya blog baru terhegeh-hegeh nak cerita... ya ampun..... :-(( )
* * *
Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami.
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli
(atas barangan Tupperware, TupperChef, TupperClean, NatureCare, Nutrimetics, NanoNature)
dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain
seperti komisen bulanan, peluang melancong dan kereta.
(atas barangan Tupperware, TupperChef, TupperClean, NatureCare, Nutrimetics, NanoNature)
dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain
seperti komisen bulanan, peluang melancong dan kereta.
Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^




