Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, February 28, 2016

Buku: Riyadus Solihin

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 


Saya beli buku ni setelah membaca beberapa review di Internet. Rata-rata menyatakan buku ini boleh buat pembacanya menangis.

1. Menangis kerana terasa sangat jauh cara hidup kita kini berbanding zaman Nabi SAW.
2. Menangis kerana terusik dengan akhlak yang diajarkan Nabi SAW.
3. Menangis dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat Nabi SAW.
4. Menangis dengan peringatan-peringatan dari Al-Quran dan hadis.
5. Menangis dengan kisah-kisah (pada zaman Nabi SAW) yang diceritakan.
6. Menangis kerana memikirkan dosa-dosa terdahulu yang dilakukan. 

Buku ini adalah himpunan ayat Al-Quran dan hadis karangan Imam Nawawi, merangkumi akidah, ibadah dan akhlak.

Harga asal: RM120
Diskaun 50% (RM60) sehingga 29 Februari 2016 (Isnin) 
 ***TIADA LAGI DISKAUN 50% SELEPAS 29 FEBRUARI 2016***

Jika ingin memiliki buku ini, klik beli Riyadus Solihin.

Nota kaki: Recommanded! Bacalah sendiri dan anda akan dapat rasakan aura dari buku ini... 

Wednesday, February 24, 2016

Jihad Dakwah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jihad dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Ramai yang beranggapan kerja-kerja dakwah itu perlu dilakukan oleh Ustaz dan Ustazah.

Sebenarnya kerja-kerja yang berkaitan dengan dakwah itu sendiri bukan hanya terletak di atas bahu mereka, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama setiap Muslim.

Dakwah tidak semestinya perlu berceramah di khalayak ramai. Dakwah bukan hanya dilakukan di Surau atau Masjid. Ia boleh disampaikan dalam pelbagai cara dan di mana sahaja.

Cuba lihat bungkusan nasi lemak ni... Apa yang anda nampak?


Ada kaitan dengan "dakwah"? Meh... saya close up lagi...


"Dunia untuk manusia, manusia untuk Akhirat"

Ini adalah sebahagian dakwah santai. Sambil makan nasi lemak, bila tengok mesej pada kertas bungkus nasi lemak tu rasa... "eh betullah, manusia untuk akhirat..."

Saya tak cakap tentang orang lain... Saya sendiri bila baca mesej tu, terus sentap. Dalam hati... betul, saya banyak sangat leka dengan dunia. Persediaan Akhirat tu... rasanya banyak yang tak cukup. Terus rasa takut, sebab tak cukup amal lagi.

Itulah dakwah. Teguran secara tidak langsung. Saya doakan moga pemilik nasi lemak ni sentiasa dalam rahmat Allah. InsyaAllah. Amin

Sebab tu orang cakap, manusia ni mudah lupa... perlu selalu diingatkan walau dengan satu ayat. Betulkan?
 
Cara mudah dapat pahala, dengan jihad dakwah:

1. Sebarkan salam - jika keluar rumah, dan berjumpa dengan saudara seagama kita ucapkanlah Assalamualaikum. Secara tak langsung kita dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

2. Tuliskan zikir/selawat (contoh: Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar) pada wall media sosial anda seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Setiap kali orang membacanya kita peroleh pahala.

3. Kongsikan waktu solat - apabila masuknya waktu solat, kongsikannya di media sosial, secara tidak langsung kita mengingatkan masuknya waktu solat. Kalau ada yang terbaca status kita, maka dia segera solat, maka kita juga akan mendapat pahala.

4. Kongsikan apa juga ilmu/bahan bacaan yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain, walaupun ia hanyalah satu ayat. Mana tahu jika ada yang mengamalkan ilmu yang kita kongsikan itu, kita turut mendapat pahala.

Saya percaya kebanyakkan daripada kita memang memiliki media sosial, so bolehlah kita usahakan untuk sama-sama ingat-mengingatkan antara satu sama lain, macam apa yang dibuat oleh pemilik nasi lemak ini... 

Nota kaki: Kita yang bergelar blogger ni pun, kalau kena dengan niat kita dalam menulis... boleh jadi dakwah jugakan?! Tulis yang baik-baik, kongsi ilmu yang baik-baik, beri tips yang mendorong kepada kebaikan... selagi mana penulisan kita memberi manfaat kepada orang lain selagi itulah kita beroleh pahala... Jom perbetulkan niat, moga adalah entri kita bermanfaat untuk pembaca kita... InsyaAllah...

* * *

Riyadus Solihin
(Taman Orang Soleh)
Harga asal: RM 120
Kini diskaun 50% RM 60 sahaja
(sehingga 29 Februari 2016 sahaja)

Wordless Wednesday #61

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
 
 Untuk sama-sama kita renungkan...

* * *

-->

Sunday, February 21, 2016

Inai Bercorak dan Hukumnya

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Blogwalking tadi saya baca entri Kak Malinda tentang Beza Inai Pengantin Dulu dan Kini. Kelakar pula baca entri Kak Malinda tu. Saya sendiri tak ingat dah sama ada masa malam berinai saya dulu, tangan saya bercorak atau tidak. Lama sangat dah... Tapi gagah juga saya mencari gambar-gambar lama yang usianya hampir 10 tahun. Akhirnya jumpa!

Rupanya zaman saya kahwin dulu dah start inai bercorak... saya yang tak ingat. Kalau Kak Malinda tak publish entri pasal inai dulu dan sekarang memang saya pun tak buat entri ni. Kiranya saya ni dalam golongan yang Kak Malinda kata "huntung laaa..." hehehe (^_^)Y


Oh ya, berikut saya selitkan juga hukum pemakaian inai yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Nota kaki: Alhamdulillah, usia perkahwinan saya bulan depan mejangkau 10 tahun... Moga jodoh saya dengan encik hubby kekal sampai ke syurga... Amin.

* * *

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=1784

Friday, February 19, 2016

Cara Mudah Kupas Bawang Putih

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Selalu kalau ada apa-apa tips di dapur yang singgah di timeline Facebook saya, memang saya akan cuba. Lagi-lagi yang memudahkan dan menjimatkan masa kerja-kerja di dapur. 

Kalau bercakap tentang bawang merah dan bawang putih, dua bahan ni memang antara bahan wajib digunakan dalam masakan. So, kadang-kadang nak mengupas bawang ni akan makan masa yang  lama di dapur.

Apa yang saya selalu buat, saya akan kupas bawang merah dan putih ni sekali arung, biasanya hujung minggu pada hari Sabtu atau Ahad. Dah siap, simpan terus dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti ais. So, bila nak pakai just ambil je.

Dalam entri ini saya nak kongsi cara mudah kupas bawang putih, tak perlu pakai pisau tau! Apa yang anda perlukan hanya botol kaca bertutup.

Leraikan bawang putih tu seulas-seulas ke dalam botol kaca. Letaklah berapa banyak pun asalkan ada ruang untuk bawang putih tu bergerak bila digoncangkan. Goncanglah beberapa kali. Kemudian anda akan dapat lihat, kulit bawang putih dah pun tertanggal.

Kerja goncang-goncang ni bolehlah bagi pada anak-anak, saya bagi Faris buat... Suka la dia bila disuruh goncang dan excited bila tengok semua kulit bawang putih tu dah tanggal. Dia buat magik katanya. Bila dah tanggal semua kulit tu, dia masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais terus.


Senangkan?! Jimat masa mengupas bawang putih. Maklumlah nak kupas satu-satu memang sengsara la juga. Ha... dah tahukan? Selamat mencuba! (^_^)

* * *

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=1784

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...