Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, July 29, 2013

Khasiat Buah-buahan Kering


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 20 Ramadhan,

Buah-buahan kering biasanya popular pada bulan Ramadhan... Namun sebenarnya khasiat buah-buahan kering seperti kurma, buah tin, kismis, aprikot, prun dan lain-lain adalah sama dengan buah-buahan segar. So tak salah kalau kita ambil di luar bulan Ramadhan juga... ^_^

Menonton Wanita Hari Ini, membuka mata saya juga untuk mengambil kira tentang pemakanan buah-buahan kering ini walaupun bukan dalam bulan Ramadhan nanti. Saya kongsikan juga beberapa perkara yang dibincangkan dalam WHI tersebut.

Menurut Mushidah Zakiah Mohd Akran (Pakar Pemakanan Hospital Prince Court) dan Chef Imelda (peserta MasterChef Malaysia)
a) setengah cawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar.
b) gantikan gula di dalam masakan dengan buah-buahan kering seperti kismis, strawberi kering dan lain-lain. Manis buah-buahan kering adalah lebih sedap dan menyihatkan.
c) cara memilih buah-buahan kering - pilihlah yang masih ada kelembapan dan warna yang tidak pudar warnanya.

Khasiat buah-buahan kering ini saya petik dari Advertorial Herbalife:

1. Kurma - mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera pada badan. Ia juga kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kismis
2. Kismis - bukan hanya enak sebagai kudapan atau dicampurkan dalam makanan. Pengambilannya ternyata memberikan pelbagai khasiat seperti melambatkan proses penuaan, mencegah penggumpalan darah, menurunkan kolesterol dan membantu mencegah serangan jantung serta darah tinggi.

3. Prun - kaya dengan serat, potasium dan antioksidan. Prun adalah sumber serat yang baik dan telah lama dikenali sebagai buah yang mengandungi khasiat yang tinggi. Ia juga dapat melambatkan penuaan terhadap tubuh badan dan otak. Sekiranya golongan pertengahan umur menambahkan antioksida ini dalam pemakanan mereka, nescaya risiko penyakit penuaan dapat dikurangkan.

Aprikot
4. Buah tin - mengandungi sumber potasium tinggi yang berupaya mengawal tekanan darah dalam tubuh. Kandungan kaliumnya juga berguna untuk menurunkan tekanan darah. Membantu menurunkan kolesterol, selain membekalkan serat yang banyak, kalsium, zat besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potasium.

5. Aprikot - sumber beta karotena yang tinggi, iaitu sejenis nutrien larut lemak yang kebiasaannya ditemui pada sayuran berdaun hijau dan buah-buahan seperti lobak serta ubi kentang. Ia juga membekalkan sumber potasium, zat besi, kalsium, fosforus dan vitamin C untuk keperluan harian anda. 

Nota kaki: Jom amalkan makan buah-buah kering ini, walaupun di luar bulan Ramadhan... :D


* * *


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware, NatureCare, Nutrimetics, TupperClean, 
NanoNature, TupperClean & TupperChef) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pakej melancong dan kereta serta pelbagai lagi keistimewaan lain.


Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

17 comments:

  1. mmg bagus buah2 kering ni..
    tapi kebiasaan kurma hanya bulan ramadan ye senang jumpa uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga... kadang di luar bulan ramadhan susah juga nak cari kurma...

      Delete
  2. paling susah nak dapat buah tin kot, kismis dan kurma x puasa pun alhamdulillah sy amalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus... bagus... sama2 kita jadikan amalan... :D

      Delete
  3. salam nora..memang banyak khasiat buah kurma n kan..dah buat preparation raya? hehe

    ReplyDelete
  4. emm..

    semuanya sedap

    :)

    ReplyDelete
  5. suka kismis sbb masam2 sikit... kurma x ley mkn sgt sbb gg x berapa ok...

    ReplyDelete
  6. saya suka mkn buah2 yg kering ni.. sedap kan :-)

    ReplyDelete
  7. Memang baguskan tapi anak2 OKje ni kurang suka makan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...