Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Eksklusif. Show all posts
Showing posts with label Eksklusif. Show all posts

Friday, March 01, 2013

Berlembutlah, Duhai Ibu...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya berdepan dengan dua situasi berikut... dan kedua-duanya membuatkan saya terkedu... Sukarnya mendidik anak-anak, apabila apa yang kita larang dia buat, tapi ia terjadi di kelilingnya (seperti situasi kedua...).

Situasi 1: Kejadian berlaku di sebuah kedai makan.

Ketika saya dan keluarga sedang menikmati sarapan pagi, tiba-tiba seorang budak lelaki (lebih kurang berusia 9-10 tahun) dengan tidak sengaja menumpahkan air minumannya di atas meja. Serta merta si ibu merenung tajam ke arahnya. Dan tidak lama kemudian si ibu mula memarahinya. 

"Kau ni memang tak boleh bawa berjalan la... Baik duduk rumah je... tak payah keluar..." (bla... bla... bla... bla... ada ayat yang saya dengar, ada yang tidak...)

Si ibu mula membebel, manakala si anak terdiam seribu kata. Sekali sekala si anak cuba untuk menyatakan yang dia tak sengaja dan meminta maaf. Namun si ibu menjerit: 

"Kau, kalau AKU cakap... KAU DIAM!!"

Tersentap saya mendengarnya... Beberapa orang pelanggan yang juga sedang menikmati makanan memandang dan menggeleng kepala... 


Situasi 2: Kejadian berlaku di gerai menjual buku-buku Agama, Pasar Minggu (Greenwood)

Seorang kanak-kanak perempuan (lebih kurang berusia 7-8 tahun) menarik ibunya ke gerai buku Agama tersebut. Dengan excitednya dia menunjukkan Muqaddam dan meminta ibu membelinya. Si ibu membelek Muqaddam tersebut beberapa kali, lalu bertanyakan harganya. 

Ibu: Nak beli ke ni?
Anak: Beli la ibu... nanti boleh baca...

Ibu: Cuba baca. (dengan nada sedikit marah, sambil membuka ke satu helaian dengan kasar dan meminta anaknya baca... Si anak hanya tersengih malu apabila terpandang saya dan Faris yang tidak jauh dari mereka...)

Ibu: Cepatlah baca!! Kalau BODOH nak beli... kalau tak BODOH tak payah beli... 

Astaghfirullahala'zim... terkejut saya mendengar respon si ibu... Dalam hati saya terdetik, "tiadakah perkataan yang lebih molek untuk anak kecil itu?"

Bila Faris dengar terus dia tanya saya, "Mama... Mama dia cakap bodoh boleh ke?" Saya terus bawa Faris jauh dari mereka dan explain yang Faris tak boleh guna perkataan bodoh tu pada sesiapa pun... Dari kejauhan saya lihat si ibu beli juga Muqaddam tu... Mungkin kerana dia dengar soalan Faris pada saya tu... Alahai... 

Semoga saya dan ibu-ibu di luar sana akan lebih berlembut dengan anak-anak. Semoga Allah berikan saya dan ibu-ibu kesabaran yang tinggi dalam membentuk peribadi anak-anak... Amin... 

Nota kaki: Sesungguhnya membentuk dan mendidik amanah Allah ini memang mencabar... Sabarlah duhai ibu... sesungguhnya anak-anak itulah tiket kita untuk ke SYURGA...  

Friday, June 08, 2012

Tolong Ajar... Saya Tak Reti...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kelmarin saya dihubungi seorang rakan lama... Katanya tiba-tiba teringatkan saya dan terus menelefon... Setelah bertanya khabar... Kedua-dua corong telefon sunyi... Agak weird sekejap... Lalu saya bertanya tentang familynya, dan kemudian tentang kehidupannya... Perbualan selepas itu, saya yang lebih dominan... Rakan saya cuma menjawab soalan-soalan saya... 

"Saya ada baca blog awak... dah jadi surirumah yea?" itulah soalan pertamanya selain bertanya khabar tadi...

"Ha ah... ikut husband," tersengih walaupun dia tak nampak... (dalam hati... dia baca blog aku?!?!)

Biar saya namakan rakan saya ni sebagai "Siti". Seorang yang pendiam dan pemalu... Sejak saya mengenalinya dulu, dia seorang yang suka meminggir diri... lebih selesa berada di luar kelompok rakan-rakan...

Pun begitu Siti seorang yang baik hati... tidak lokek dengan senyuman. Dia sangat kreatif... Jika bersendiri, pelbagai seni akan terhasil... dari benang la... dari pasir la...  dari daun-daun kering la... dari kertas pelbagai warna la... Memang kreatif!

Kini, Siti telahpun berkahwin atas pilihan keluarganya... dan telah dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun lebih... Apa yang mengejutkan, Siti tidak pernah berkomunikasi dengan anaknya itu... Percaya tak? 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...