Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Tuesday, November 05, 2013

Mini Giveaway #5: Pemenang

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah Encik hubby dah pun cabut undi untuk mendapatkan pemenang yang bakal memiliki novel Magis, Ramlee Awang Murshid. Pemilik bertuah novel Magis ini adalah:


http://sallyyatiey.blogspot.com/

Kepada pemilik blog Sally Yatiey, sila berikan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke email: nora1404@yahoo.com untuk proses penghantaran.

Terima kasih kepada semua yang sudi join Mini Giveaway ini... In sha Allah, nanti saya buat giveaway lagi dengan buku-buku yang lebih menarik!! (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Mini Giveaway #5: Senarai Peserta

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 1 Muharram,

Alhamdulillah dah pun masuk tahun baru Hijrah... Moga semuanya lebih bersemangat dalam menempuh tahun baru ini. Moga apa yang dihajatkan akan menjadi kenyataan. In sha Allah... 

Terlewat publish senarai peserta untuk Mini Giveaway #5, kerana berada di luar bumi Hang Tuah (kami bercuti di Kuantan, next entri saya cerita ya...) 

Berikut adalah senarai peserta yang telah menyertai Mini Giveaway #5. Alhamdulillah, cukup 10 penyertaan... (^_^)











Encik hubby saya akan cabut undi malam ini (encik hubby saya kerja hari ni... malam baru ada di rumah), sebab novel Magis ini di sponsor olehnya. Thank you encik hubby... So bakal pemenang akan diumum malam ni ya kawan-kawan... 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, October 30, 2013

Mini Giveaway #5

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lama dah rasanya saya tak buat Mini Giveaway... So hari ni saya nak hadiahkan sebuah novel dari penulis kegemaran saya, Ramlee Awang Murshid yang bertajuk MAGIS. Semestinya novel terbaru di pasaran...(^_^)

 - - - - - 

Sinopsis MAGIS:

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerembolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di antara mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

- - - - - 

Kepada peminat novel thriller dan pembaca blog ini yang ingin mencuba nasib mendapatkan novel ini, sila tinggalkan link blog anda di ruangan komen, sebagai tanda penyertaan. Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 1 November 2013, jam 11.59 malam.

Nota kaki: Saya sedang membaca novel ini... beberapa bab lagi akan tahu akhiran cerita... (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, January 09, 2013

Buah Tangan Baru Dari RAM

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sejak akhir bulan November 2012 lagi telah digembar-gemburkan tentang "buah tangan baru" dari Ramlee Awang Murshid (RAM). Memang tak sabar dibuatnya, menantikan novel terbaru RAM berjudul AKU BERCERITA umpama menantikan buah yang dah masak tapi belum boleh petik... Aduh.. terseksa... 

Tapi hari ni penantian telah berakhir... saya dah pun dapatkan novel AKU BERCERITA tu... Dalam sakit-sakit kepala... Gagah juga membawa anak-anak ke MPH, Mydin MITC... Nak juga dapatkan novel ni ketika "ia masih panas". 

Balik rumah terus balut... tapi tak dapat peluang lagi nak baca sebab anak-anak masih aktif dan belum menunjukkan tanda-tanda nak tidur... (cerita petang tadi...) makanya terpaksa simpan dulu... Mencari masa yang sesuai untuk membacanya... 

Jealous pula tengok gambar ni... RAM tandatangan buku yang di tempah oleh peminatnya melalui RAMFC... Saya pun nak juga dapatkan tandatangan RAM ni... tapi tak pe la... saya rasa saya tak boleh tunggu lama, so saya beli sendiri... Tapi oklah, saya dah pernah dapat tandatangan RAM dulu di sini... Face to face lagi... :p 

Gambar diambil dari RAMFC
Kalau difikir-fikir balik... memang dah lama saya ikut penulisan RAM ni... Memang ini adalah antara penulis novel yang saya sangat suka... Tak pernah jemu membacanya... malah setiap kali habis membaca satu novel, dah rasa rindu nak baca novel terbarunya... Serious... Tak tipu... ingat tak dulu saya cerita pasal Sunan Musafir... Habis je baca yang tu... bila tau RAM nak keluar novel AKU BERCERITA ni... saya dok baca novel-novel RAM yang lama... Kalau nak tahu apa yang bestnya novel tulisan RAM ni... Anda kena beli dan baca sendiri... 

* * *

* Sinopsis AKU BERCERITA *

Seorang pengarang novel cuba menulis naskah terbaharu. Malangnya gejala writer's block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat 'seseorang' menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar.

Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.

Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

* * *

Ayuh dapatkan novel terbaru RAM - AKU BERCERITA dengan harga RM 25.00.

Tuesday, June 12, 2012

T-Shirt Sunan Musafir


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Yey... T-shirt Sunan Musafir yang saya tempah dari sini dah pun sampai tadi... Sangat excited bila van Pos Laju berhenti depan rumah... Saya pun tak tahu kenapa saya beli T-shirt tu... Masa kali pertama saya tengok T-shirt tu di blog Kelab RAM, saya tak minat sebab T-shirt ni lengan pendek (walaupun designnya menarik)... Tapi bila dah habis membaca novel Sunan Musafir... dan diwar-warkan oleh Admin Kelab Ram bahawa T-shirt tu tinggal beberapa helai je lagi... saya terus je beli... (mungkin juga semangat Sunan masih ada dalam jiwa... hahaha...)

Ni design depan T-shirt Sunan:


Sunday, May 27, 2012

Akhirnya Dapat Sunan Musafir...!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Wah lama juga saya menyepikan diri... Sejak batuk yang belum reda membantutkan hasrat untuk menulis entri dan blogwalking... Mana taknya... bila makan ubat batuk... maka tidur la jawabnya... So, kepada rakan-rakan bloggers yang singgah di blog saya... Saya akan singgah semula ke blog anda apabila batuk saya semakin pulih... Jangan risau... saya akan singgah... Janji! :D

- - - - -

Penantian memang satu penyeksaan... Sejak diwar-warkan akan kemunculan novel akhir fenomena Laksamana Sunan tulisan penulis thriller No.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid... Saya memang tertunggu-tunggu...! Tidak dapat ke Pesta Buku Antarabangsa juga amat meresahkan saya... Kerana difahamkan novel Sunan Musafir edisi kulit keras akan dicetak dan dijual pada Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini...(rasa nak menangis bila dapat tahu en hubby kerja sepanjang Pesta Buku Antarabangsa berlangsung...)


Untuk pengetahuan semua, novel penutup atau siri akhir pengembaraan Laksamana Sunan akan menjawab segala persoalan pada perjalanan hidupnya lebih-lebih lagi kepada watak Ratna yang juga isterinya... (argh memang tak sabar-sabar nak baca...


Novel ini telah berada di dalam genggaman saya dengan edisi kulit keras...!! Yey!! Makanya... akan sunyilah lagi blog saya ini... Sementara saya menghabiskan novel tersebut :P Hahaha...




Wednesday, June 08, 2005

Sinopsis Novel Pei Pan




Safia Sulaiman ada meninggalkan msg dlm YM saya baru2 nie... bertanyakan mengenai novel PEI PAN yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid... (Honestly, saya x berapa ingat jalan cerita novel tu... apa yg saya ingat cerita tu lebih fokus kepada komplot org korporat, khianat... pembunuhan... & misteri...) Walau bagaimanapun, (utk tidak mengecewakan Safia...) berikut adalah sinopsis novel PEI PAN...


Khianat. Bukan kerja orang jauh.
Bukan niat busuk orang asing.
Jauh sekali aniaya musuh.
Kerja Jiwa yang ditunggang nafsu, dipacu iri berasa dikalahi.
Melalui perjalanan masa yang panjang, tenang, terselindung baik, tanpa kocak dan prasangka, baru khianat menampakkan wajah sebenar.

PEI PAN cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan.
PEI PAN cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, perkomplotan.
PEI PAN kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntun.

Harga pasaran: RM 25.00
Terbitan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Thursday, May 12, 2005

Tugas "Tukang Gantung"...

Email ini diforwardkan oleh seorang rakan. Menyentuh tentang tugas seorang "pencabut nyawa". Saya tertarik untuk membaca email ini kerana sedang membaca novel (Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid) yang sedikit sebanyak menyentuh bagaimana proses hukuman gantung dijalankan...

Artikel ini memberikan pengajaran kepada setiap orang yang membacanya. Dari hakikat "hukuman gantung" itu sendiri sehinggalah persoalan "kematian". Adakah kita akan tersenyum (di akhir hayat kita), seperti mana tersenyumnya mereka di tali gantung. Renung dan fikirkan... kerana mereka telah ditentukan keadaan dan tempat kematian mereka...sedangkan kita?!?

HUKUMAN gantung sampai mati merupakan hukuman paling berat yang boleh dijatuhkan ke atas mana-mana orang perseorangan yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta tertentu seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang negara. Hanya seseorang wanita yang sedang mengandung sahaja boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut tetapi mahkamah boleh menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup seperti yang termaktub di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yang menakutkan ini. Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung'. 

Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spiritual. Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa' tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?'' katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut'. 

Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini. Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia... orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,'' katanya.

Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan. Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.

Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain. 

Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu... selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya. Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini,'' katanya.

Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu. Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan' daripada mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar,'' katanya sambil ketawa.

Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah. 

Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas. Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal' kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.

Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas... tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,'' katanya.

Mengenai `gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara. 

Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang' dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya 'pulang' dan dia pun terus menghilangkan diri.

Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata,'' katanya sambil tersenyum. Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara. Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara,'' ujarnya.

Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit. Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah. Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama. Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?

Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah pemergian' mereka dirahmati-Nya,'' ujar beliau.

Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis: Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear' di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan...keajaiban itu tidak pernah berlaku!''


p/s: Terima kasih kepada Normazmin Che Ad yang forwardkan email nie (juga kredit kepada Saujanaku YahooGroups)

Sunday, May 01, 2005

Ketemu Penulis Novel Thriller No.1 Malaysia



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni bawa anak-anak saudara ke Pameran Buku Antarabangsa Ke-24 di PWTC... Macam biasa ke sana dengan harapan dapat ketemu Ramlee Awang Mushid (RAM), Penulis Novel Thriller No.1 Malaysia...  

Ini adalah penulis favorite ni... Memang setakat ni tak pernah lagi ketinggalan memiliki novelnya... Antara novel-novel tulisannya adalah Semangat Hutan, Tombiruo, Tombiruo Terakhir, Mandatori, Ranggau, Satu Janji, ADAM (Aku Darah Anak Malaysia) dan ini yang latest RAHSIA PERINDU.

 

RAM juga merupakan pememang kedua Hadiah Sako 2 melalui novel ketujuhnya iaitu PEI PAN. Memang best novelnya... Even kesemua novelnya tidak mengecewakan!!

Dalam perjumpaan yang singkat ini, sempat juga saya meminta tandatangannya serta bergambar bersama... Yang paling tak sabar nak tunggu novel terbarunya yang akan keluar pada bulan Oktober nanti... berjudul BAGAIKAN PUTERI... Hm, tajuk pun dah best! Tak sabar nak tunggu Oktober... Sementara tu baca yang ni dulu la... :D
Ketemu RAM lagi... :D
Tak lepaskan peluang bergambar bersama...
Lagi gambar bersama RAM...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...