Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Ramlee Awang Murshid. Show all posts
Showing posts with label Ramlee Awang Murshid. Show all posts

Thursday, October 12, 2017

Tombiruo Filem Yang Ditunggu-tunggu

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Sejak diwar-warkan yang Penulis Novel Thriller, Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) nak membawa salah satu novelnya, ke layar perak, saya dah mula tak sabar. Maklumlah sekarang ni memang "musim" drama yang diadaptasi dari novelkan...

Saya sememangnya salah seorang peminat hasil tulisan Tuan RAM... Seingat saya sejak saya membaca novel Pei Pan, terus jatuh cinta dengan penulisannya. Maklumlah sebelum tu dah tentu saya layan "novel cinta tangkap leleh". 😜 Nampak tak berapa lama saya tetap setia menyokong hasil tulisan Tuan RAM?

Setahu saya, RAM merupakan penulis novel yang paling ramai ahli kelabnya. Dengan tertubuhnya Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC), segala apa yang dilakukan olehnya mendapat sokongan penuh ahli-ahli #ramians. Baik dari segi promosi novel baru, sampailah ke filem terbarunya ni, Tombiruo...


Filem ini adalah adaptasi dari novel trilogi Tombiruo. Ada yang tanya saya, "kenapa nak sangat tengok filem Tombiruo ni?" Susah nak cakaplah, sebenarnya saya taklah berapa suka bila novel yang saya baca dan suka nak didrama atau difilemkan, sebab pada saya itu akan menghancurkan imagination mood saya. 

Tapi disebabkan Tuan RAM ni saya rasa ada magic touch dalam novelnya, maka saya rasa tak salah jika saya turut menyokong filemnya. Mungkin akan ada uniknya dalam filem tu nanti. Bayangkan sejak mula diwar-warkan, novel Tombiruo akan difilemkan, Tuan RAM dah membuka ruang kepada #ramians untuk mencadangkan para pelakonnya. 

Penglibatan para pembacanya secara tidak langsung dalam pembikinan filem itu yang menjadikan kami turut teruja. Begitu juga bila menonton trailernya. Nampak ada kelainan, dan itulah yang menyebabkan rasa tak sabar nak tonton.


Hari ni 12 Oktober... ye hari ni filem Tombiruo akan mula ditayangkan di pawagam. InsyaAllah, encik hubby yang bukan peminat filem Melayu dah beri green light untuk temankan saya tengok filem ni.
 
Betapa kuatnya Kelab Peminat Ramlee Awang Mushid ni, sehinggakan tiket jam 8.30 malam di lima pawagam GSC di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Perak sold out!  

Nampak tak bagaimana aura penulisan Tuan RAM sehingga berjaya mengumpulkan para pembaca di lima destinasi tersebut, dan ini menjadikan ia gathering terbesar peminat Tuan RAM.  

Saya? Tonton di pawagam berdekatan dengan rumah je. Tak kisahlah, yang penting sokongan tu.

Sebelum keluar filem, ulang balik baca ketiga-tiga novel.

Siri Laksama Sunan juga menarik jika nak difilemkan. 😍


Monday, February 10, 2014

Karnival Karangkraf 2014

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari Sabtu lepas, saya ambil peluang ke Karnival Karangkraf di Shah Alam... Kebetulan encik hubby off weekend lepas. Asalnya encik hubby off sebab sekolah Faris ada mesyurat PIBG... Tapi last minute tangguh... Harus melompat kegembiraan, sebab boleh tukar plan ke Shah Alam... Seronoknya jangan cakap la... Nampak buku-buku rasa macam nak beli semua... Memang rambang mata dibuatnya! (^_^)

Sebab utama saya excited nak berkunjung ke karnival tersebut (selain berjumpa dengan rakan-rakan sekelas di UiTM dulu) adalah nak dapatkan buku Ahmad Ammar dan novel Sunan Nanggroe Sang Kembara, tentunya dari penulis kegemaran saya, Ramlee Awang Murshid (RAM). Kedua-dua buku ini fresh dari oven tau! Baru siap dicetak dan di karnival inilah dibuka untuk jualan kali pertama. 


Kebetulan pagi sebelum bertolak ke karnival tu, kakak saya ada SMS dua sesi bagi mendapatkan tandatangan RAM. Saya reply, kalau ada rezeki boleh la minta sign! (Walaupun ada la rasa berharap juga... hahaha) Alhamdulillah, berkat berpanas dan beratur panjang, dapat la juga sign RAM. (^_^)

Kali akhir saya jumpa RAM adalah pada tahun 2005... Ada saya coretkan dalam blog ini di sini... Hampir 10 tahun kita ketemu semula ya Encik RAM... :p Lama tu... nampak tak betapa saya setia dengan hasil tulisan RAM?! Hehe...

  



Oklah... Ni pula buku-buku untuk AF:

 
Dua buku cerita teladan tu untuk Faris dan
buku ABC tu semestinya untuk Alisya...

Dan inilah hasil dari mengempiskan poket Sabtu lalu:
 

Banyak betul free gift yang kami dapat... pergi booth Rasa (jumpa rakan sekelas Siti Ramlah) dapat sambal belacan Adabi, telur rebus, acar buah, perencah-perencah nasi goreng, sup Vono...

Pergi booth Pa&Ma (jumpa rakan sekelas Shahrina Azlin) dapat syampu dan bedak... Selain tu singgah juga jumpa Khairun Nisa (majalah MIDI), Botak (majalah Klik) dan bekas student saya Ilani (majalah Remaja).

Dan saya dapat free buku ni, masa buat bayaran untuk buku Ammar, 2 novel RAM dan buku-buku AF! (Walaupun ai terasa, tapi ai tetap suka!!! >_<  Kak Cik ai dapat satu buku ilmu diet... hahaha)




Nota kaki: Tak kisah la berhabis duit untuk bahan bacaan, sebab itu semua ilmu... Ada yang kita tahu, so baca lagi untuk tambah nilai pada apa yang kita dah tahu... Dan ada juga yang kita baru tahu, dari bahan bacaan tertentu... Kan seronok kalau dapat ilmu baru...! (^_^) 


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, November 05, 2013

Mini Giveaway #5: Pemenang

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah Encik hubby dah pun cabut undi untuk mendapatkan pemenang yang bakal memiliki novel Magis, Ramlee Awang Murshid. Pemilik bertuah novel Magis ini adalah:


http://sallyyatiey.blogspot.com/

Kepada pemilik blog Sally Yatiey, sila berikan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke email: nora1404@yahoo.com untuk proses penghantaran.

Terima kasih kepada semua yang sudi join Mini Giveaway ini... In sha Allah, nanti saya buat giveaway lagi dengan buku-buku yang lebih menarik!! (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, October 30, 2013

Mini Giveaway #5

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lama dah rasanya saya tak buat Mini Giveaway... So hari ni saya nak hadiahkan sebuah novel dari penulis kegemaran saya, Ramlee Awang Murshid yang bertajuk MAGIS. Semestinya novel terbaru di pasaran...(^_^)

 - - - - - 

Sinopsis MAGIS:

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerembolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di antara mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

- - - - - 

Kepada peminat novel thriller dan pembaca blog ini yang ingin mencuba nasib mendapatkan novel ini, sila tinggalkan link blog anda di ruangan komen, sebagai tanda penyertaan. Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 1 November 2013, jam 11.59 malam.

Nota kaki: Saya sedang membaca novel ini... beberapa bab lagi akan tahu akhiran cerita... (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, June 08, 2005

Sinopsis Novel Pei Pan




Safia Sulaiman ada meninggalkan msg dlm YM saya baru2 nie... bertanyakan mengenai novel PEI PAN yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid... (Honestly, saya x berapa ingat jalan cerita novel tu... apa yg saya ingat cerita tu lebih fokus kepada komplot org korporat, khianat... pembunuhan... & misteri...) Walau bagaimanapun, (utk tidak mengecewakan Safia...) berikut adalah sinopsis novel PEI PAN...


Khianat. Bukan kerja orang jauh.
Bukan niat busuk orang asing.
Jauh sekali aniaya musuh.
Kerja Jiwa yang ditunggang nafsu, dipacu iri berasa dikalahi.
Melalui perjalanan masa yang panjang, tenang, terselindung baik, tanpa kocak dan prasangka, baru khianat menampakkan wajah sebenar.

PEI PAN cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan.
PEI PAN cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, perkomplotan.
PEI PAN kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntun.

Harga pasaran: RM 25.00
Terbitan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Thursday, May 12, 2005

Tugas "Tukang Gantung"...

Email ini diforwardkan oleh seorang rakan. Menyentuh tentang tugas seorang "pencabut nyawa". Saya tertarik untuk membaca email ini kerana sedang membaca novel (Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid) yang sedikit sebanyak menyentuh bagaimana proses hukuman gantung dijalankan...

Artikel ini memberikan pengajaran kepada setiap orang yang membacanya. Dari hakikat "hukuman gantung" itu sendiri sehinggalah persoalan "kematian". Adakah kita akan tersenyum (di akhir hayat kita), seperti mana tersenyumnya mereka di tali gantung. Renung dan fikirkan... kerana mereka telah ditentukan keadaan dan tempat kematian mereka...sedangkan kita?!?

HUKUMAN gantung sampai mati merupakan hukuman paling berat yang boleh dijatuhkan ke atas mana-mana orang perseorangan yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta tertentu seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang negara. Hanya seseorang wanita yang sedang mengandung sahaja boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut tetapi mahkamah boleh menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup seperti yang termaktub di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yang menakutkan ini. Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung'. 

Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spiritual. Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa' tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?'' katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut'. 

Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini. Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia... orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,'' katanya.

Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan. Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.

Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain. 

Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu... selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya. Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini,'' katanya.

Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu. Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan' daripada mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar,'' katanya sambil ketawa.

Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah. 

Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas. Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal' kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.

Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas... tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,'' katanya.

Mengenai `gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara. 

Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang' dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya 'pulang' dan dia pun terus menghilangkan diri.

Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata,'' katanya sambil tersenyum. Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara. Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara,'' ujarnya.

Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit. Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah. Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama. Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?

Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah pemergian' mereka dirahmati-Nya,'' ujar beliau.

Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis: Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear' di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan...keajaiban itu tidak pernah berlaku!''


p/s: Terima kasih kepada Normazmin Che Ad yang forwardkan email nie (juga kredit kepada Saujanaku YahooGroups)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...