Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Tips Ajar Anak Kencing Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Tips Ajar Anak Kencing Sendiri. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Tips: 3 Hari Potty Train!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alahai… Seorang rakan menelefon saya baru-baru ini dan bertanyakan tips untuk potty train anaknya. Saya dengan confident cakap yang saya telah buat satu entri tentang kejayaan Alisya dalam potty trainingnya dalam masa HANYA TIGA HARI…!!

Kawan saya pula beria-ia kata dia tak baca pun pasal entri yang saya maksudkan tu. Katanya dia hanya baca entri ini dan ini… Eh, ye ke?! Letak je telefon terus saya godek-godek entri yang dah publish… Eh memang tak de… Terus tekan draft post… cari punya cari akhirnya terjumpa dalam draft… Alahai… kenapalah saya tak publishkan entri ni? Padahal dah lengkap pun entrinya. Aduhai!

Untuk sahabatku Tinie. Inilah entri yang tak terpublish itu… Maaflah… serious tak perasan. Ingatkan dah publish

* * * * *
-Entri ini sepatutnya dipublish pada 29 September 2012, tapi tersimpan dalam draft sehinggalah kawan saya bertanyakan tips untuk potty training-

Seminggu sudah berlalu… Alhamdulillah, kini Alisya tidak lagi perlukan pampers di siang hari. Saya cuma pakaikan pampers padanya ketika berjalan dan di sebelah malam… Yey… memang sakan bertepuk tampar (baca sebagai Hi5) saya dan Alisya… 

Sepanjang seminggu ni memang Alisya berjaya untuk buang air di toilet. Bangga?! Mahunya tak bangga…? Ini juga salah satu kejayaan besar untuk saya dan Alisya… Siapa kata anak yang berusia 2 tahun tidak boleh kencing sendiri di toilet?! Alisya dah buktikan!! (^_^)

Saya nak share, persediaan saya sepanjang “potty training” pada Alisya. Saya mengaku ia bukan perkara mudah… Memang perlukan kekuatan fizikal dan mental dan saya cuba atasi dengan sebaik-baiknya. Untuk anda yang sudah sedia untuk mengajar anak-anak anda buang air di toilet, ini cara yang saya lakukan:

1. Sebelum menanggalkan pampers, berikan anak anda pendedahan awal tentang membuang air di toilet. Saya mulakan dengan Lagu Potty Training ini… Saya pasang, biarkan dia tonton, kemudian menyanyi dan menari bersama-sama… Lakukan berulang kali… Sehingga anak boleh menyanyi sendiri (dengan pelatnya)

2. Ketika mandi, ajar anak anda untuk mencangkung. Kemudian bunyikan “ssyyyhh… ssyyhhh...” berulang kali… Dalam beberapa kali anda lakukan, akan ada sekali dua yang mereka berjaya kencing. Berikan pujian apabila anak anda berjaya kencing ketika mandi.

3. Setelah anda yakin dan bersedia untuk berikan training, maka gulung semua karpet di ruang tamu, bilik atau di mana saja tempat anak anda suka bermain. (Saya tinggalkan satu tikar di ruang tamu, sebab tikar tu lebih ringan untuk di angkat atau dijemur jika Alisya terkencing di atasnya)

4. Sebagai permulaan, kerap bertanyakan pada anak anda sama ada mereka ingin ke toilet atau tidak. Untuk permulaan tanyakan setiap 10-15 minit… (anda boleh adjust masa bergantung kepada keadaan anak… apabila mereka semakin biasa anda boleh anjakkan kepada 20-30 minit… sampai ke tahap anda tak perlu tanya lagi.. tapi mereka dengan sendirinya akan cakap nak ke toilet)

5. Jangan marah jika anak anda terkencing di mana-mana (anda perlukan kesabaran yang tinggi… sangat-sangat perlu bersabar…) Tidak memakai pampers adalah pengalaman baru bagi anak tersebut… Apa yang saya lakukan, jika cukup tiga kali Alisya terkencing merata-rata, saya akan pakaikannya pampers… kerana saya tahu dia belum bersedia… dan anda boleh cuba lagi sebelah malam atau esoknya. Oh jangan terlalu memaksa, anak juga ada stressnya!

6. Rangsang semangatnya dengan membelikan seluar dalam yang comel-comel... biarkan anak anda sendiri yang memilih seluar dalam kesukaannya. Jadikan seluar dalam tu sebagai umpan agar anak anda tinggalkan pampers.

7. Jika anak anda tertidur di sebelah siang (ketika dalam training), pakaikan pampers padanya. Kerana mereka masih belum biasa. Lama kelamaan, mereka boleh tidur siang tanpa pampers.

8. Ini adalah perkara yang sangat penting… Setiap kali anak anda berjaya kencing di toilet… berikanlah pujian, ciuman, pelukan agar mereka rasa usaha mereka tu dihargai! Atau boleh juga berikan mereka ganjaran… mungkin aiskrim, permainan kesukaan mereka atau apa-apa saja ganjaran lain.

Untuk semua ibu yang membaca entri ini, anda perlu yakin bahawa anak anda mampu kencing di toilet jika anda memberikan mereka pendedahan awal… Jika anak anda masih belum boleh bercakap, gunakan bunyi atau pergerakan yang mudah ditiru agar mereka boleh menyampaikan mesej bahawa “Saya nak kencing” kepada anda. Jangan perkecilkan kemampuan anak anda, kena yakin bahawa mereka boleh berjaya dengan usaha dan didikan anda. Ayuh ibu, mama, mummy, umi, mak... kita boleh!! Chaiyok! (^_^)

Lain-lain artikel berkaitan:
1. Lagu "Potty Training"
2. Potty Train: Yey, Go Alisya!

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...