Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, November 09, 2011

Bila Abang Ajar Adik...

Assalamualaikum dan salam ziarah,

Satu hari, Faris dan Alisya sedang bermain di ruang hadapan rumah... Adakalanya mereka sangat baik bermain bersama.... Adakalanya bercakaran!! Selalunya si Abang yang akan menangis tanda kalah... Ooo jangan tak percaya..., Si kecil molek Alisya... Dia memang garang!! Sekali dia 'naik tangan' maka, tersedu sedanlah si abang menangis...

Hm.. bukan kisah 'buli abang' yang saya nak cerita hari ni... tapi nak cerita tentang keperihatinan si abang untuk mengajar adiknya mengenal benda yang ada disekelilingnya... Baik mari kita mulakan...

"Adik... adik... ni KO...PET..." si adik yang sedang sibuk memegang mainan tak pedulikan abangnya... Lalu si abang mencuba lagi...

"Adik... adik... KO...PET..." sambil tangannya menunjukkan KOPET... Lalu si adik nampak berminat... dan mula menyebut...

Tuesday, October 11, 2011

ABC Sign Language...

Assalamualaikum dan salam ziarah... :D

Hari ni ada satu benda menarik yang saya find out melalui Internet dan nak share dengan anda semua. Sedang saya buat nota pasal nonverbal communication untuk subjek Interpersonal Communciation, saya terjumpa satu video yang mana menunjukkan ABC dengan menggunakan bahasa isyarat/tangan (yang juga dipanggil sebagai emblems)... 

Dulu saya pernah menggunakan bahasa isyarat/tangan ni, dengan kawan baik saya... (syyyhhh...bila ada gosip, rahsia, tak nak org lain tahu... saya gunakan ABC sign language ni...) Sebenarnya seronok tau, sebab kita buat benda yang orang lain tak tahu.. Hahahah... :p  

Wednesday, September 28, 2011

Nak Kentang, Bukan Tangan...!!!

Assalamualaikum dan salam singgah...

Ooo ya.. Adam Faris masih minum susu botol.. :p
Ooo hari ni encik hubby balik dari Mesir... Katanya sampai Kuantan dalam jam 11 malam... Hm.. tapi bukan itu yang saya nak cerita... :p Nak cerita tentang keletah anak bujang saya... yang dah semakin pandai mendesak!!

Hari ni saya masak sayur campur + begedil ayam + sambal ayam. Disebabkan saya seorang dan tak mahu anak-anak mengganggu di dapur, saya masakkan kentang goreng untuk mereka. Saya cuma buat dua biji kentang yang bersaiz sederhana... dah siap, saya letak dalam bekas dan mereka berkongsi makan...

Sambil-sambil mereka makan, saya siapkan apa yang patut di dapur... Tak lama kemudian... Faris masuk dapur dengan bekas kentang goreng yang dah kosong...

Tuesday, September 20, 2011

Bukan Mudah Buat Keputusan...

Assalamualaikum & salam beraya...

Saya tak plan untuk semuanya... Perkhabaran itu membuatkan saya rasa sedih... Saya pernah berharap agar perkhabaran itu tidak benar... Tapi siapalah saya untuk menghalang ketetapan yang telah ditentukan olehNya... Separuh perasaan saya... "Ya, saya sangat gembira!" Tapi separuhnya... "Saya sedih untuk melaluinya..."

Ini luahan hati saya yang sangat ringkas... Maaf hati saya sedih, fikiran saya bercelaru... Nanti saya tulis lagi...

Salam sayang buat rakan blogger sekalian... 


Saturday, August 20, 2011

Batu Karang Hempedu: Amalan Selepas Pembedahan


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

Alhamdulillah hari ni telahpun masuk hari ke-20 kita berpuasa... sekejap je kan...?? Rasanya baru je semalam saya ucap selamat berpuasa... hari ni dah pun masuk 10 malam terakhir Ramadhan... (sedihnya Ramadhan nak habis dah...)

Entri ini ditulis khas untuk PLAINMUM yang ada meninggalkan pesanan di salah satu previous post saya (hempedu dibuang).

Saya amat terpanggil untuk membuat entri khas ini, bila Plainmum kata ibunya juga baru dua bulan menjalani pembedahan membuang hempedu... mengikut kata Plainmum, ibunya sering sakit di bahagian bawah perut, setelah dua bulan menjalani pembedahan tersebut. Mungkin saya boleh share beberapa perkara yang saya lakukan setelah membuang hempedu empat bulan lalu...


Google

Dear Plainmum, (eh tetiba jek... :p)

Alhamdulillah akak tidak menghadapi masalah yang dihadapi ibu plainmum...selepas pembedahan, akak minum 24 botol pati ikan haruan, untuk pastikan bahagian dalaman sihat sepenuhnya... (ada tak Plainmum bagi ibu minum pati ikan haruan? Kalau xminum lagi, mungkin boleh minum 6 botol untuk permulaan.. takut yang ibu sakit tu, disebabkan oleh luka dalaman yang belum sembuh...)

Atau mungkin juga kerana angin yang tak keluar dari badan... apa yang akak boleh sarankan... plainmum boleh goreng garing halia (banyakkan halia), bawang merah, bawang putih, ikan bilis (jika suka)... kemudian masukkan dalam satu bekas, dan makan bersama nasi panas serta lauk-pauk lain setiap hari... insyaAllah, ia akan membantu angin keluar dari badan secara semulajadi.

Perkara lain yang akak lakukan adalah:
1. makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
2. kurangkan makan makanan yang berminyak dan bersantan.
3. kurangkan makan makanan yang pedas.
4. makan minyak zaitun (sangat sarankan minyak zaitun HPA), satu sudu besar dicampur dengan air suam dan madu HPA, setiap pagi dan malam.
5. makan sebiji epal hijau setiap hari waktu pagi.
6. minum air suam yang banyak (3liter) sehari.


Google

InsyaAllah Plainmum boleh minta ibu cuba... mana tahu sedikit sebanyak ia membantu... kalau ada apa-apa, boleh tinggalkan pesanan ya... Mungkin tips ini berguna juga untuk mereka yang pernah menjalani pembedahan membuang hempedu...

Rakan blogger jaga kesihatan ya...! Moga anda semua berada dalam limpahan rahmat Allah... Amin...


Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Menu Sepanjang Berpantang
3. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
4. Perkongsian Pakar Pemakanan
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan


Klik banner untuk dapatkan buku-buku Agama...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...