Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...
Beruntungnya saya dan rakan-rakan yang mencari informasi tentang diet/menu setelah membuang hempedu, apabila seorang Pakar Pemakanan dari Pusat Perubatan Prince Court sudi berkongsi tentangnya. (Jika masih ingat, saya pernah menulis entri ralat di sini atas keperihatinan Pakar Pemakanan ini)
Berikut adalah respon Pakar Pemakanan, Puan Mushidah Zakiah bt Mohad Akran melalui email tentang diet setelah membuang hempedu.
Puan
Nora,
Terima
kasih kerana telah mengambil teguran saya secara positif.
Berkenaan
soalan puan tentang diet selepas pembedahan pembuangan pundi hempedu, saya
tidak keberatan berkongsi sedikit informasi.
Saya
telah membaca entri yang puan sertakan berkenaan menu/diet selepas pembedahan hempedu. Boleh
dikatakan fakta yang puan berikan adalah betul.
Namun
begitu, secara amnya, untuk memahami diet yang sesuai, kita perlu faham fungsi
pundi hempedu terlebih dahulu.
Fungsi Hempedu
Pundi
hempedu adalah terletak di bahagian bawah hati yang mana hati mengeluarkan
hempedu, sejenis cecair yang diperlukan untuk menghadamkan lemak daripada
makanan yang kita ambil.
Pundi hempedu bertindak sebagai tempat simpanan
hempedu yang di hasilkan oleh hati. Sebaik sahaja ada pengambilan
makanan berlemak, pundi hempedu akan merembeskan hempedu ke dalam usus kecil
untuk proses penghadaman dan peresapan nutrisi (sebagai respond kepada
pengambilan makanan berlemak).
Namun begitu, selepas pembedahan, hati
merembeskan hempedu ke dalam usus kecil secara berterusan (tidak di kawal)
kerana tiada lagi pundi hempedu sebagai tempat simpanan hempedu.
Sekiranya hati
telah habis menghasilkan hempedu pada satu satu masa, dan anda mengambil
makanan berlemak selepas penghasilan hempedu, lemak berlebihan yang diambil
akan tinggal di dalam usus besar yang mana menyebabkan bakteria mula memakan
dan mencernakan lemak tersebut dan kesannya anda akan mengalami kembung perut
(angin) atau pun cirit birit.
Disebabkan
tiada lagi tempat simpanan hempedu, anda perlu makan secara seimbang seperti
piramid makanan, dengan penambahan untuk mengurangkan jumlah lemak dalam diet
kepada lebih kurang 40 hingga 50g sehari sahaja.
Saranan
Pertama sekali, penggunaan lemak dalam masakan mesti
dikurangkan. Lemak ini termasuk minyak, santan, marjerin, butter. Minyak zaitun
adalah minyak yang bagus, namun begitu kuantitinya perlu dihadkan juga. Saranan
penggunaan lemak adalah lingkungan 1 hingga 2 sudu teh lemak untuk setiap waktu
makan (untuk penyediaan semua jenis lauk pada satu waktu makan)
Kedua,
lemak jugak terdapat secara semula jadi dalam makanan berprotein seperti ayam,
ikan, daging. Untuk
memastikan anda tidak mengambil lemak secara berlebihan, buang semua lemak yang
ada pada makanan ini sebelum memasak. Kulit juga termasuk kategori lemak.
Selain
itu, secara amnya, semua jenis makanan yang berminyak/berlemak harus dikurangkan atau diambil dalam kuantiti yang kecil.
Perlu
ditekankan, diet ini adalah saranan secara am. Pendekatan diet yang lebih
individual amatlah perlu kerana setiap pesakit mempunyai masalah atau tindak
balas berbeza terhadap pelbagai jenis makanan.
Saya
harap, penjelasan ini dapat membantu puan memahami dengan lebih jelas. Terima
kasih.
Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Menu Sepanjang Berpantang
4. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan
Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Menu Sepanjang Berpantang
4. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan
Nota kaki: Terima kasih banyak-banyak pada Puan Mushidah kerana sudi berkongsi ilmu dan kepakaran bersama saya dan pembaca blog ini, terutamanya mereka yang juga mengalami masalah batu karang hempedu seperti saya. Moga Allah kurniakan kesihatan buat kita semua... In sha Allah... Amin...