Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Tak sangka ramai juga membaca entri Akhirnya Hempedu Dibuang. Ada yang meninggalkan komen pada entri tersebut... malah tak kurang juga yang menghantar email bertanyakan tentang hal yang berkaitan batu karang hempedu (lebih memeranjatkan apabila ada email yang datangnya dari Brunei dan Singapura... yang juga meminta saya berkongsi pengalaman...).
Saya rasa sangat bersyukur kerana 'dipilih' untuk berkongsikan pengalaman saya dengan anda dan mereka yang mengalami penyakit yang sama. Email yang dihantar, saya cuba membalas kesemuanya... Jika kelewatan saya mohon maaf banyak-banyak...
Entri ini saya tulis berikutan ramai yang bertanyakan menu apa yang saya makan sepanjang tempoh berpantang selepas menjalani pembedahan membuang hempedu (termasuklah komen terbaru dari Ryan Ken). Walaupun kata doktor saya tidak perlu berpantang sebaik selesai menjalani pembedahan... Dan boleh makan apa sahaja seperti biasa, namun saya rasakan berpantang itu perlu.
Apa yang saya makan dan amalkan adalah seperti berikut:

Untuk sebulan yang pertama, saya mengambil makanan berikut secara bergilir atau mengikut kesesuaian selera saya:
1. bubur nasi + ikan bakar + sup sayur/sayur campur...
2. bubur nasi + sedikit ikan bilis (digoreng dengan sedikit olive oil dan diblend) + sup sayur/sayur campur
3. bubur nasi + ikan tenggiri/ikan kembung goreng (digoreng dengan olive oil)
4. bubur nasi + ayam kukus + sayur
5. sup ayam + sayur campur (kadang-kadang saya tak makan bubur tapi akan hirup sup ayam)
6. kadang-kadang saya ambil Nestum dan Oat bagi menggantikan bubur (maklum la sebulan makan benda sama je bosan juga :p )
* Saya gunakan olive oil dalam setiap masakan saya sepanjang tempoh sebulan tu... Olive oil lebih selamat digunakan bagi mereka yang menjalani pembedahan dalam perut. Walau bagaimanapun pengambilannya tidak berlebihan...
Saya juga elakkan;
1. makanan yang bergoreng (deep fried) dan bersantan...
2. minuman bersama susu pekat (kalau saya buat Nescafe, saya akan pakai susu segar dan sedikit gula)
3. makanan fast food dan seafood
Selepas sebulan operation, baru saya cuba makan nasi... itupun saya ambil dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap... Biasanya saya makan satu senduk nasi saja... dan saya akan pastikan saya minum air suam yang banyak...
Batu karang mungkin akan berulang dalam 3-4 bulan akan datang atau 3-4 tahun berikutnya atau pada bila-bila masa, jika tidak menjaga pemakanan kita... Untuk mengelakkan batu karang berulang, saya amalkan:
1. Minum sesudu kecil madu + sesudu kecil minyak zaiton (dikacau dalam secawan air suam) - minum pada setiap pagi...
2. Makan sebiji epal hijau - setiap pagi dan malam.
Daripada apa yang saya baca, madu + minyak zaiton dan epal hijau mampu memecahkan dan mengeluarkan batu karang secara neutral (ketika membuang air besar...).
Saya harap, penerangan saya ni sedikit sebanyak membantu Ryan Ken dan anda di luar sana... Yang penting, jika doktor menyarankan anda untuk menjalani pembedahan membuang hempedu... Buatlah, takut memang takut, tapi lepas operation anda akan rasa lebih selesa dan sihat...
Sakit itu KIFARAH, maka ucapkan ALHAMDULILLAH... Redha... maka Allah akan bantu permudahkan urusan... In sha Allah... (^_^)
Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
4. Perkongsian Pakar Pemakanan
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan
Nora Karim
Moga entri ini bermanfaat buat mereka yang memerlukan...