Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, February 15, 2013

Hari Lahir, Syukurkah Kita?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Setiap tahun kita meraikan hari ulangtahun kelahiran... namun adakah kita menyambutnya dengan rasa syukur?! Umur semakin bertambah setiap tahun... namun adakah kita sedar bahawa perjuangan hidup kita semakin singkat?! Begitu juga dengan masa untuk kita bersama orang yang tersayang juga semakin singkat.


Selain daripada menerima ucapan Selamat Hari Jadi dan mungkin hadiah dari orang di sekeliling kita... Apa pula 'hadiah' kita kepada Allah?! Bagaimana cara kita bersyukur di atas apa yang telah dikurniakan olehNya buat kita, terutamanya pada hari kelahiran kita?! 

Untuk mendapatkan keberkatan apabila menyambut ulangtahun kelahiran kita, maka bolehlah kita renung dan amal 8 perkara ini... 

1) Mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih mengurniakan nikmat kehidupan kepada kita untuk bersama dengan mereka yang kita sayangi; ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan, jiran tetangga...

2) Mengucapkan terima kasih dan hargai ibu yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita - jika masih mempunyai ibu, berikanlah pelukan dan hadiah penghargaan kepadanya... dan jika ibu telah tiada, doa dan sedekahkanlah Al-Fatihah dan Yasin buatnya.

3) Berpuasalah pada hari kelahiran kita, sepertimana Rasulullah SAW yang berpuasa setiap Isnin bagi memperingati hari kelahiran Baginda. 

4) Jika berkemampuan, adakanlah kenduri kesyukuran dengan menjamu ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim. 

5) Hadiahkan diri sendiri dengan khatam Quran (seperti komen yang ditinggalkan oleh ANIM di bawah entri ini) - baca Quran setiap hari dengan matlamat untuk khatam Quran pada hari kelahiran kita.

6) Perbanyakkan bersedekah - sedekah bukan hanya dalam bentuk wang, tetapi boleh juga dalam bentuk barang... mungkin boleh sedekahkan barangan dapur kepada rumah-rumah kebajikan, atau sedekahkan telekung, Al-Quran, sejadah ke mana-mana R&R, surau atau masjid.

7) Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik - muhasabah diri sendiri. Nilai sejauhmana amalan kita sepanjang hidup ini.    

8) Perbanyakkan amalan dan sentiasa merasakan bahawa tahun ini mungkin tahun yang terakhir kita menyambut hari kelahiran kita.

Saya sering juga terfikir, apa yang saya telah lakukan sepanjang usia saya ini. Setiap tahun Allah berikan nikmat kehidupan kepada saya... Dengan adanya suami yang baik, anak-anak yang comel dan bijak, ahli keluarga dan sanak saudara yang sangat membantu, rakan-rakan yang menghiburkan, pendidikan dan pekerjaan yang baik... Adakah saya benar-benar bersyukur?! Adakah saya menghargai nikmat ini dengan sebaiknya?!

Semoga dengan ingatan kita kepada Allah, maka Allah juga akan ingat kepada kita... Oh ya sebelum terlupa... Tukarkanlah ucapan 'Selamat Hari Jadi' atau 'Happy Birthday' kepada BARAKALLAHUFIQ (semoga Allah memberkati kamu). Ucapan itu merupakan DOA yang lebih bermakna buat orang yang menyambut hari kelahirannya.  

Nota kaki: Selain anak-anak, UMUR juga merupakan AMANAH Allah kepada kita, yang mana akan ditanya di Akhirat kelak...   

*** Barakallahufiq buat rakan maya MF aka Maimun Abdullah yang menyambut hari lahirnya pada hari ini... Moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... Amin... 

*** Innalillahiwa innailaihirojiun... Al-Fatihah buat Allahyarham Azhar Ramli aka Jejai (blogger TeratakArmo), yang telah kembali ke rahmatullah kerana kanser. Untuk bacaan lanjut klik sini. Semoga rohnya dicucuri rahmat... Amin...

Wednesday, February 13, 2013

"Burung Nak Makan..."

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ni tudung kedua Alisya...
"Mama dah acak nasi lum?" tanya Alisya pada saya, ketika saya sedang melipat kain.

"Dah. Alisya dah lapar? Nak makan?" jawab saya...

"Tak... tak... tu, urung (burung) nak makan... Dia lapar..." sambil tunjuk ke luar tingkap.

"Mana Alisya tahu burung lapar?"

"Dia bunyi cip... cip.. cip... sian dia..." jawabnya dengan muka sedih...

Alahai pandainya dia...! Alisya ni memang sentimental sikit bila tengok binatang... Dia tahu saya akan tabur nasi yang tak habis untuk dimakan burung... Lagipun kata orang tua... Bila kita taburkan nasi tu rezeki kita bertambah murah... 

Saya taklah percaya, sebab rezeki Allah yang bagi... Cuma rasa seronok bila tengok burung-burung datang makan nasi yang ditabur... Bila mereka makan saya dan Alisya leka tengok...

Sekali sekala bila burung tak datang, Alisya akan jerit, "urung meh makan... Ada nasi ni... Sedap..." Alolololo... Sweetnya kamu sayang...! (^_^)



Tuesday, February 05, 2013

Tips dan Kesan Positif Menonton Kartun

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Kartun sebenarnya sedikit sebanyak akan memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak yang menontonnya. Disebabkan mereka masih kecil, maka bolehlah saya kawal apa yang boleh dan tidak boleh ditonton mereka. 

Biasanya jika AF saya berjaga, saya akan menonton kartun bersama mereka jika tiada aktiviti busy bag (kemudianlah saya cerita tentang aktiviti busy bag AF ni...).

Apa yang saya nak share hari ni adalah, perkataan-perkataan yang diaplikasi oleh Faris dari kartun yang ditontonnya di Disney Junior saluran 613. 

Selain perkataan-perkataan simple English seperti, please, help me, thank you, Faris juga tahu untuk menggunakan ayat-ayat ini dalam situasi yang betul. Ini adalah sebahagian ayat yang biasa digunakan olehnya...

"Oh my goodness!" - Ketika dia terkejut atau terlihat sesuatu yang mengagumkan...   
 
"Oh, not again..." - ayat ni selalu digunakan ketika kalah dalam game dari tab abahnya...

"Stop the music!!" - Alisya bila pegang telefon saya, memang dia suka buka lagu dengan kuat, si abang bila rasa terganggu, mula la jerit "Stop the music!"   

"I'm coming...!" - selalunya bila saya panggil Faris, dia akan menyahut macam ni...

"Let's count" - selalunya bila dia bermain dengan kereta mainan... dia akan ajak adiknya untuk mengira.

 Tips ketika anak-anak menonton kartun:

1) Pilih rancangan kartun yang bersesuaian untuk ditonton oleh anak-anak seperti Word World, Little Einsteins, Handy Mandy, Dibo the Gift Dragon, Mickey Mouse Clubhouse dan lain-lain. (oh Hi-5 pun bagus juga...)

2) Tonton kartun tersebut bersama anak-anak.

3) Rangsang anak-anak untuk menyebut perkataan yang didengar, ulang, sebut, dan tiru perbuatan atau aktiviti yang dilakukan seperti kartun yang ditonton. - biasanya dalam Mickey Mouse ada suruh jump, clap, push, pull dan lain-lain.

4) Terangkan kepada anak-anak maksud sesuatu perkataan (jika ada perkataan yang agak sukar bagi tahap mereka...) Kaedah ini akan meningkatkan kosa kata anak-anak dalam bahasa Inggeris.

Kesan-kesan positif menonton kartun:

1) Boleh membezakan sesuatu benda/perkara dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris - lakukan sedikit ujian kepada anak-anak dengan menunjukkan sesuatu barang kepadanya. Contoh:


Minta anak-anak untuk menyebut dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga anda boleh tunjukkan tangan, kaki dan lain-lain. (Ini pun salah satu aktiviti busy bag yang mudah...)

2) Meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu benda atau perkara.

3) Selain belajar bahasa, anak-anak juga akan belajar tentang nilai murni dalam persahabatan, kejiranan untuk respect others, helping each other, responsibility dan lain-lain.

So, jangan rasa anak-anak buang masa bila mereka menonton kartun (oh dulu memang saya rasa macam tu, tapi bila encik hubby kata, dia sendiri belajar bahasa Inggeris dari kartun, terus saya ok, dan saya nampak banyak sangat kesan positifnya...), sebaliknya kita sebagai ibu bapa perlulah mengisi masa anak-anak dengan perkara semudah menonton kartun! 

 

Monday, February 04, 2013

Hadis Sahih: Larangan Meninggalkan Solat

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Satu lagi rancangan TV yang saya rasakan menarik untuk ditonton oleh saya, Faris dan Alisya, malah anda semua, iaitu rancangan RASUL YANG KATA di TV9. Ditayangkan setiap hari Isnin-Khamis jam 8.00 pagi. bersiaran selama setengah jam.

Rancangan ini membincangkan tentang hadis-hadis sahih Rasulullah SAW dan hadis-hadis palsu ciptaan manusia. Yang menariknya, penerangan bagi setiap hadis sahih Rasulullah SAW, diterangkan dalam bentuk ilustrasi. Selain itu, diselitkan juga mind mapping yang mudah difahami.

Selingannya pula, adalah qasidah dan selawat serta zikir daripada adik-adik yang cilik... comel... comel semuanya... Secara tidak langsung menarik perhatian kanak-kanak yang menonton untuk rasa dekat dengan  hadis Rasulullah SAW. 

Alisya memang suka sangat tengok rancangan ni. Sekali pasang disuruhnya ulang sehinggalah dia puas hati... Selagi tak puas hati... Memang tak boleh tukar ke rancangan atau channel lain la... 

Anda boleh menonton rancangan di Tonton juga di YouTube. Dan boleh LIKE page Rasul Yang Kata, untuk melihat mind mapping hadis.

Hadis Sahih: Larangan Meninggalkan Solat

Daripada Anas bin Malik ra. Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang terlupa menunaikan solat atau tertidur daripada menunaikannya, maka kaffarahnya ialah menunaikan solat tersebut apabila mengingatinya." 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Penjelasan: Menunaikan solat itu hukumnya adalah WAJIB bagi setiap individu. Tidak kira dalam apa jua keadaan seperti sakit, terlupa, mahupun tertidur. Maka jika kita terlupa atau tertidur, bila teringat perlulah terus kita menqhada'nya. 

* * *

Jom tengok sebahagian dari rancangan Rasul Yang Kata ni... 
Hadis sahih: Jangan tergesa-gesa dalam menunaikan solat.
 

Jom LIKE Tupperware Kiyter!


Friday, February 01, 2013

Produk: Avent Newborn Starter Set

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dulu masa saya mengandungkan Alisya, saya memang dah plan dan buat banyak persediaan untuk fully breastfeed Alisya, walaupun masa tu saya bekerja dan saya tahu akan kekangan yang akan saya hadapi. Saya belajar dari rakan-rakan yang lain, baik dari rakan-rakan sekerja mahupun rakan-rakan maya.

Salah satu perkara yang perlu diambil kira adalah botol susu yang bersesuaian bagi memastikan penyusuan secara eksklusif boleh diteruskan. Ketika itu saya memilih untuk menggunakan botol susu jenama AVENT. 

Kelebihan botol susu AVENT ni adalah ia anti-kolik, yang mana susu tidak akan keluar melainkan dihisap oleh bayi, dan ini bagi mengelakkan bayi tersedak. So, saya tak risau bila Alisya menyusu dalam kereta ketika saya memandu (macam dalam gambar tu..., atau ketika dia sedang baring sambil menyusu...) Selain itu, bentuknya direka bagi mengelakkan bayi mengalami nipple confuse.

Oh ya... saya beli set permulaan AVENT ni... yang mengandungi 2 botol kecil (4oz) dan dua botol besar (9oz)... Yang kecil untuk Alisya dan yang besar untuk Faris... (^_^)


Nampak baik je... sekarang gaduh sokmo... hahaha



SOLD TO HARTINY

Avent Newborn Starter Set: A complete collection of Avent bottles, teats, a soother and bootle and teat brush.

Contains:
a) 2 Avent Feeding Bottle (125ml/4oz) with extra soft newborn teats.
b) 2 Avent Feeding Bottle (260ml/9oz) with extra soft flow teats.
c) 2 extra soft newborn teats
d) 1 newborn soother
e) 1 bottle and teat brush

For healthy, active feeding. Clinically proven to reduce colic.

A clinical trial demonstrated that at 2 weeks of age, babies fed with the Avent Bottle experienced less colic than babies fed with a conventional bottle.

Benefits and features:
a) Clinically proven to reduce colic.
b) Built-in Airflex Valve
c) Easy to combine breast and bottle feeding



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...