Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, April 07, 2013

Faris High Fever

Day 2 @ Room 805, Pantai Hospital Ayer Keroh

Updated
Alhamdulillah, dari ujian makmal, najis dan urine Faris adalah normal... Begitu juga dengan report x-ray, juga normal... Cuma temperature/demam yang tak turun... Lebih-lebih lagi waktu malam... Moga Faris segera sembuh... Amin...


Keletihan lepas makan ubat...
Awal pagi hari kedua di wad...

Wednesday, April 03, 2013

Wordless Wednesday #17






Takziah Buat Abil...

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum & salam ziarah,

Setiap kali ada entri terbaru dari Warkah Buat Isteri, tidak pernah jemu saya membacanya... Ada kalanya ketawa, ada kalanya tersengih... ada kalanya menitis air mata... Tersentuh dengan setiap kata yang dituliskan oleh Abang Abil... Suami yang satu dalam sejuta... 

Dikhabarkan di dalam FB: Dana Sinar Fauziah, semalam (2 April 2013) isteri kesayangannya telah kembali ke rahmatullah... (Innalillahi wa innailaihirojiun...) Semoga roh kak Fauziah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... Buat abang Abil juga... Moga tabah dan redha dengan pemergian kak Gee... 

Untuk info lanjut sila baca di sini... (tak sanggup pula nak menulis tentang pemergian kak Gee ni...)




Tuesday, April 02, 2013

Cuaca Panas...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Mesti semua pun perasan bahawa keadaan cuaca sekarang ni tersangatlah panas... Bukan hanya di siang hari, malah juga pada waktu malam. Bukalah kipas atau penghawa dingin pun, masih juga terasa bahangnya... Memang luar biasa panasnya! 

Sedikit info yang saya petik dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan juga kesihatan orang sekeliling kita, terutamanya anak-anak kita...

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
 
a) Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
b) Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
c) Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
d) Penghidap penyakit sistem pernafasan.
e) Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah:

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu:

(a) Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
(b) Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
(c) Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
(d) Hadkan aktiviti luar
(e) Kerap berehat
(f) Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
(g) Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
(h) Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

(a) Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
(b) Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
(c) Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

(a) Keluar dari kawasan yang panas
(b) Tanggalkan pakaian yang ketat
(c) Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
(d) Gunakan kipas untuk sejukkan badan
(e) Minum air setiap 15 minit
(f) Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia



Monday, April 01, 2013

Mama Kan Tak Sihat...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah...

Mungkin sebab dua tiga hari mengadap habuk di rumah Gombak dan rumah sewa di Selayang, buat saya batuk, sakit tekak dan sedikit selsema...

Pagi tadi bangun tidur, badan panas.. batuk berterusan... Mujur ada Alisya... Boleh tengok-tengokkan mama dia ni...

Setiap kali saya batuk... Dia akan ambilkan air dan suruh saya minum... Bila saya duduk, dia suruh saya baring dan paksa saya tutup mata (tidur)... 

Sambil tangan kecilnya mengurut-urut dahi saya... Bila saya bergerak dan buka mata... dia akan cakap, "mamakan tak sihat... Tidur... Tidur..."

Bila saya tanya, "Alisya tak nak susu ke?"

Dia jawab "mamakan tak sihat..."

"Tak pe la... Mama boleh buat kalau Alisya nak susu..." balas saya...

"Kejap lagilah... Mama tidur dulu..." jawabnya sambil urut dahi saya lagi...

Tapi saya bangun juga dan buatkan susu untuk Alisya... Kemudian baring semula... Alisya pula masih picit dahi saya...

Disebabkan makan ubat batuk, saya pun tertidur... Bila tersedar, Alisya tidur menyiarap  di dada saya, sambil tangan kanannya di dahi saya dan tangan kirinya memegang botol susu...

Kesian... Agaknya dia picit dahi saya sampai tertidur... Baiknya kamu, sayang!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...