Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam PRU13 (eh?!),
Tak lama lagi rakyat Malaysia akan menunaikan kewajipan untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh 5 tahun akan datang. Dari hari ke sehari, bahangnya makin terasa... (Alahai saya malas betul nak tulis entri yang berkait dengan PRU13 ni, sebab saya lebih suka memerhati...)
Apa yang menyebabkan saya menulis entri ni adalah kerana ada beberapa orang bekas student saya yang menelefon dan bertanyakan parti mana yang akan saya pangkah... (Haih, undi itukan rahsia :p ) Saya tak naklah, nanti mereka terpengaruh dengan apa yang akan saya pilih nanti. Pilihan di tangan masing-masing... Kita kena tanya diri kita, apa yang kita nak dari kerajaan yang kita pilih. Apapun saya nak kongsi perbualan saya dengan salah seorang student... lebih kurang macam ni:
 |
Kat mana-mana pun rasanya bendera BN yang paling banyakkan?! |
Student: Madam, tolonglah... Ini first time saya mengundi... Saya tak nak la tersalah pilih...
Saya: (Tergelak) Awak nak saya tolong macam mana?
Student: Gelak pulak madam ni... bagi la saya hint madam nak pangkah mana? (sambil dia gelak besar di hujung talian... sebab perbualan ni dah hampir 20 minit berlalu, tapi saya hanya mengelak jawab soalannya... dia tak puas hati sebab saya tak bagi hint)
Saya: Awak grad as journalism student dah pun bekerja as journalist... patutnya awak lebih tahu mana nak search informationkan?
Student: Memanglah tahu madam... tapi serabut la... confuse la madam... Apa kata madam cakap je madam sokong BN or PR?
Saya: Kenapa awak confuse? Awak cari, awak tengok, awak nilai and fikirlah secara matang, mana yang terbaik! Kalau tak dapat melalui media arus perdana, carilah di media alternatif... Senangkan? Lagipun awak dah memang ada dalam line journalism tu sendiri... Itu bonus untuk awak... sebab awak orang pertama yang akan tahu, di mana dan bila ceramah dua-dua pihak... baik BN or PR buat... Awak siap boleh pergi, baik untuk dengar as rakyat biasa mahupun buat liputan untuk penuhi tuntutan kerja... kalau awak confuse, awak ada peluang boleh tanya direct pada calon tersebut untuk dapatkan kepastiankan? Bukan semua orang dapat peluang macam awak sekarang ni...
Student: Orang keliling saya buat saya was-was... Saya memang dah confirm nak pangkah satu parti tu... tapi sakit telinga bila orang keliling kata saya tak de akal sebab pilih parti tu...
Saya: Parti mana pun pilihan kita... itu sebenarnya hak individu... sepatutnya kita tak perlu pun nak bagi tahu satu dunia yang kita akan sokong yang mana... Memadai kita sendiri yang tahu dan yakin dengan pilihan kita... yang penting buat research! Bila bagitahu satu dunia, tu la boleh jadi caki maki tu...
Student: Habis kalau senior-senior tanya saya sokong mana... nak jawab apa madam?
Saya: Cakap je "undi saya rahsia"... Lepas tu senyum je kat dorang... Yang penting, kita kena study semua parti, tengok siapa (parti mana) yang akan beri kita banyak kelebihan. Maksud saya pada rakyat keseluruhannya...
Student: Hm... betul madam... Haih... (hembus nafas...) lega sikit bila dah dapat cakap dengan madam... kalau tak pening saya mikir pasal politik ni... Sebab tu la saya suka telefon madam... madam selalu ada penyelesaian tuk saya... (sambil gelak lagi...)
Saya: Eh... er... kalau ada info off record, boleh la share dengan saya ya?! (giliran saya pula gelak...)
Student: Boleh madam, tapi ada syarat... Madam bagitau saya madam sokong BN ke PR?
Sambil kami berdua ketawa besar... Jauh di sudut hati... Untungnya saya, kerana pernah mengajar mereka suatu ketika dulu... Ada yang dah sampai ke beberapa negara... atas kerjaya mereka sekarang... Alhamdulillah, mereka masih ingat saya... Sesungguhnya saya sentiasa mendoakan mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi... Moga Allah permudahkan urusan mereka dan limpahkan rezeki buat mereka... Amin...
By the way, In sha Allah saya mengundi di sini...
Psst: Kadang-kadang pasal boyfriend or girlfriend pun student call minta nasihat saya... Tapi kadang-kadang seronok juga melayan... Haih!! (^_^)
Baca juga: PRU13: Hak Kita Sebagai Pengundi