Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, October 21, 2013

Baby Adhry Dalam Kenangan...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Baby Adhry Haqqi
Gambar dari FB ibu baby Adhry

Baby comel ini singgahnya hanya sebentar bagi menggembirakan hati kedua ibu bapa, serta abang dan kakaknya... Setelah 13 hari di Nicu, Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak, baby Adhry kembali kepada penciptaNya yang Maha Agung... (kami diberitahu tentang pemergian baby Adhry pada jam 9.30 pagi tadi, melalui Whatsapp group) Sesunguhnya beruntunglah kedua ibu bapanya, kerana baby Adhry pasti menunggu mereka di pintu syurga...

Rakan blogger, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat baby Adhry Haqqi... Semoga rohnya dicucuri rahmat... Mohon doakan juga ketabahan dan kekuatan buat ibunya Eyna Hfy yang masih lagi dalam pantang... (baby Adhry pergi pada usia sebulan lebih) Moga kekuatan itu akan segera menyembuhkan fizikal dan emosinya... Semestinya ada hikmah di sebalik semuanya... Tentu ada ganjaran buat mereka sekeluarga. Sesungguhnya apa yang dirancangkan oleh Allah itu lebih baik.

Untuk rekod: 
* Eyna Hfy, merupakan kenalan saya sewaktu sekolah menengah dulu...  
* Baby Adhry merupakan anak ketiga - lahir pada 12 September 2013
* Mengalami lung infection - kritikal dan dirawat di Nicu selama 13 hari
* Meninggal dunia pada 21 Oktober 2013.

Al-Fatihah 

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, October 18, 2013

Jom Selawat...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam penghulu hari,
 


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Kekalkan Gaya Hidup Sihat...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Teruja membaca artikel ringkas tentang usaha sepasang suami isteri yang bertekad untuk menguruskan badan demi kesihatan tubuh badan di sini... Motif mereka menguruskan badan adalah jelas, demi memastikan mereka kekal sihat, dan tidak menderita kerana penyakit.

Justin yang beratnya 204kg sebelum ini, pernah mengalami jangkitan buah pinggang yang teruk dan dimasukkan ke hospital. Namun tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah obesitinya. 

Sejak itu, Justin memberitahu isterinya Lauren (yang beratnya 136kg) bahawa dia bertekad untuk kurus demi kesihatannya. Lauren bersetuju untuk sama-sama mengubah cara pemakanan mereka dan mencapai matlamat tersebut.

Pakar diet menyarankan agar mereka berhenti minum minuman bersoda dan semua jenis minuman manis, sebaliknya menukarkan minuman tersebut kepada air kosong/suam sahaja. Pakar juga menasihatkan agar mereka berhenti mengambil makanan segera, sebaliknya menggantikannya dengan buah-buahan dan sayuran segar serta mengamalkan pemakanan yang sihat. Selain pengambilan makanan yang sihat, mereka juga dinasihatkan untuk mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman dalam rutin harian mereka.

Dalam tempoh hanya 19 bulan, pasangan ini telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 235kg (gabungan berat badan Justin dan Lauren). Jika dulu berat badan gabungan mereka 340kg, kini hanya 105kg! Menarikkan? Kini mereka bukan sahaja mendapat tubuh badan yang sihat, malah tampan dan cantik bergaya! ^_^


 
Tips gaya hidup sihat (kaedah Justin dan Lauren):
a) berhenti minuman soda dan minuman manis GANTIKAN dengan air suam.
b) berhenti makan makanan segera MAKAN LEBIH BANYAK buah-buahan dan sayuran segar. 
c) AMALKAN aktiviti fizikal dan senaman dalam rutin harian.


Nota kaki: Saya juga menjengah dan meninjau resipi sihat yang mereka kongsikan di blog ini.


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, October 09, 2013

Wordless Wednesday #40


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.

Tuesday, October 01, 2013

Cerita 1: Pesanan Makcik...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi dalam mood menjaga booth... Sepatutnya booth Tupperware - "Rice for Life" dibuka seminggu dari 23-29 September 2013 saja... Tapi atas sambutan orang ramai dan kehendak HQ, exhibition tersebut extend sehingga 6 Oktober 2013... 

Kepenatan... (sebab saya tak cukup masa bersama anak-anak, blogwalking, publish entry, update photo di Tupperware Kiyter dan lain-lain) tapi ada satu sebab yang buat saya seronok sepanjang menjaga booth ni, iaitu bila bertegur sapa/berbual dengan pakcik dan makcik yang umurnya telah menjangkau umur 60 tahun ke atas... (sebab bila melihat mereka, saya teringat pada arwah mak dan ayah saya...)

Cerita 1:
Saya melihat seorang makcik duduk berhampiran booth yang saya jaga... Keseorangan, sambil melihat Alisya bermain di mesin mainan bersebelahannya. Sekali sekala dia tersenyum melihat karenah Alisya... Tiba-tiba saya terlihat dia menyeka air mata... Tak lama kemudian saya menegurnya...

Saya: Assalamualaikum Makcik... tunggu orang ke? 

Makcik: Wa'alaikumsalam... Ha ah... tunggu pakcik cari barang... kat dalam tu (sambil menuding jari ke pasaraya Tesco)... Makcik ni kaki sakit... tak larat nak jalan... tu yang duduk sini...

Saya: Ooo... tak pe la kalau gitu... Kat sini pun boleh cuci mata... 

Makcik: Ha ah ye la... tengok cucu ni ha main (merujuk kepada Alisya) seronok pulak!

Saya: Ni anak saya makcik... Sementara saya kerja ni... dia main kat sini la...

Makcik: La... kenapa bawak anak sekali datang kerja?!

Saya: Saya buat part time je kerja ni makcik... bukan selalu... saya surirumah... Saya memang jaga anak sendiri... Jaga booth ni sekejap je... Pukul satu karang saya balik la... Jemput anak sulung balik Tadika...

Makcik: Ooo... Ada berapa orang anak?

Saya: Alhamdulillah 2 orang makcik... yang sulung lelaki...  yang ni nombor 2...

Makcik: Tengok cucu ni main, teringat kat cucu-cucu makcik... (katanya tersenyum sambil mengesat air mata

Saya: Berapa orang cucu makcik?

Makcik: 12 orang... tapi jarang sangat baliknya... susah nak jumpa...

Saya: Alhamdulillah 12 orang... Kalau berkumpul masa raya meriah tu...!

Makcik: Anak-anak makcik sibuk kerja... tak de masa nak balik tengok makcik dengan pakcik... Tapi makcik redha... Kalau tak redha kang lain pulak jadinya? Selagi makcik dengan pakcik daya lagi nak bergerak kemana-mana sendiri, makcik takkan susahkan diorang... Anak (merujuk kepada saya), rajin-rajin la balik kampung tengok mak ayah... sekali sekala telefon la... tanya khabar... (kemudian makcik tu terdiam lama... sambil mengesat air matanya lagi...)

Saya: (Saya berdehem beberapa kali... saya memang tak boleh tengok orang tua menangis... saya pun rasa nak nangis) Saya dah tak de mak ayah lagi makcik... Ayah saya dah 8 tahun meninggal... Mak saya pun dah 7 tahun...

Makcik: Innalillah... Banyakkan doa untuk mereka... In sha Allah doa kita sampai pada mereka...(sambil menepuk-nepuk peha saya...)

Saya: In sha Allah makcik ... (Air mata saya mula bergenang). Saya bila tengok orang sebaya arwah mak ayah saya... saya rasa rindu sangat... Dapat borak dengan makcik macam ni pun rasa lepas la rindu sikit kat arwah mak saya...

Makcik: Alhamdulillah... (sambil tersenyum) Makcik ni nanti kalau dah mati tak tau la anak-anak ingat ke tak... Masa hidup ni pun tak berapa nak ingat dah...

Saya: Jangan cakap macam tu makcik... Anak-anak makcik ingat... Cuma mungkin sibuk sikit... (saya lihat makcik tu, mengesat air mata beberapa kali... saya pun sama... :( )

Ayat yang paling saya ingat makcik tu cakap adalah, "rezeki anak-anak (gaji yang anak-anak dapat setiap bulan) adalah daripada redha ibu bapa... Kalau ibu bapa tak redha... maka duit gaji tu akan habis macam air yang mengalir..."


Nota kaki: Rakan blogger yang masih punyai ibu bapa... rajin-rajinlah hubungi mereka ya... sebab kita tak pernah tahu bila mereka rindukan kita... sekurang-kurangnya bila kita telefon dan bertanya khabar, terlerailah rindu mereka pada kita... Hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...