Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Tak tahulah nak gelak ke apa... Hari Khamis lepas Faris cuti sebab sekolahnya ada event, dan murid-murid Tahap 1 direhatkan (cuti). Maka, dia main dengan anak jiran sebelah rumah saya ni, Marwan, umurnya 5 tahun.
Kebetulan saya pun tengah sidai kain. Nampaklah muka dan tangan Marwan ada bintik-bintik merah... Tapi saya ingatkan gatal-gatal biasa. Tak lama lepas tu dengar ayah Marwan tanya Faris:
![]() |
| Chicken pox @ demam campak |
Ayah Marwan: Awak dah pernah kena chicken pox ke?
Faris: Hah? Entah. (sebab dia tak faham apa chicken pox tu)
Ayah Marwan: Marwan kena chicken pox tu. Kalau awak belum kena jangan main dengan Marwanlah... Nanti berjangkit.
Saya: Ooo... kena chicken pox ke? Kesiannya...
Ayah Marwan: Ha ah, dia dah pernah kena chicken pox ke (merujuk kepada Faris)?
Saya: Tak pernah lagi...
Tiba-tiba Faris menyampuk...
Faris: Tak tahu la... saya tak makan chicken pox tu sebab pedas...
![]() |
| Chicken pop ;p |
Saya: Chicken pox tu bukan makananlah, tu penyakit...
Faris: Oh ye ke? Faris ingatkan ayam KFC.
Oh ye la... KFC ada chicken pop! Nampak sedap pula chicken pop ni kan...? (^_^)
Faris dan Alisya buat masa ni belum pernah kena chicken pox... So, saya kongsikan tips redakan demam campak (chicken pox) yang saya baca, untuk panduan saya nanti atau ibu-ibu yang lain.
- Selalu ingatkan anak-anak untuk minum air suam dengan banyak bagi mengekalkan kelembapan tubuh badan. Kekeringan akan menyebabkan kegatalan teruk pada kulit.
- Pakaikan baju yang berwarna cerah, longgar dan seeloknya daripada kapas, supaya kulit mudah bernafas.
- Pastikan kuku jari anak-anak pendek dan bersih, bagi mengurangkan kesakitan jika mengaru. Pakaikan sarung tangan jika perlu.
- Kerap mandikan anak-anak anda bagi menurunkan suhu panas badannya. Jangan gunakan sabun mandi, kerana ia akan menyebabkan kegatalan. Campurkan setengah cawan baking soda ke dalam air mandian anak-anak anda. Ia boleh mengurangkan kegatalan.
- Elakkan makanan yang bergoreng dan gatal (terutamanya telur).
- Kata orang tua-tua, jangan dedahkan anak-anak yang dijangkiti demam campak terkena hujan. Dikhuatiri akan meninggalkan parut yang besar.
- Sapukan calamine lotion agar anak-anak berasa sejuk dan kurang rasa gatal.
***











