Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam penghulu hari (Jumaat),
Perkara
yang saya rasa agak sukar mengajar anak-anak yang kian membesar
adalah yang berkaitan dengan agama...
Macam mana nak ajarkan solat...
mengaji, puasa (tahun ni kena start ajar Faris berpuasa, sebab
dah darjah 1 kan?), pencerahan tentang halal dan haram (bila Faris
pernah cakap nak bela anjing, sebab di kejiranan kami mostly
Chinese... pernah juga Faris nak
sambut Christmas, sebab
terpengaruh nak jumpa Santa... puas juga saya nak
explain)... dan macam-macam lagilah... (-_-')
Anak-anak
seusia Faris dan Alisya dah makin banyak mulut... Banyak yang mereka
nak tahu dan explore. Jawapan
yang tidak memuaskan hati akan ditanya dan terus ditanya...
Untungnya, Faris sekolah agama dan mengaji... Pun begitu, ada
perkara-perkara lain yang
saya ajarkan di rumah, gayanya perlulah lebih santai dan bersahaja, berbanding di sekolah...
Apa
yang saya nak kongsi di sini
adalah tentang mengajar anak-anak
menjawab azan. Walaupun hukumnya sunat, tapi kalau kita buat, ada ganjarannya... InsyaAllah...
Kadang-kadang
saya sendiri pun terleka
dengan perkara-perkara yang sedang saya buat (contohnya tengah memasak, membaca dan lain-lain)... Sampai
ditegur Faris atau Alisya untuk menjawab azan. (Sebaiknya berhentilah bercakap dan melakukan sebarang kerja dan hayatilah azan)
Itulah kelebihan bila
kita ajarkan kepada anak-anak, bila kita terlupa/terleka mereka akan
ingatkan, seperti mana kita ingatkan mereka. Yang penting kita kena
selalu latih mereka... kalau ajar sekali dua je... mustahil mereka
akan ingat!
Macam
mana nak jawab azan? Sebutlah
seperti mana muazin... kecuali pada lafaz “hayya'alas
solah” dan “hayya'alal
falah”. Kedua-dua kalimat ini,
jawablah “la haula wala quwwata illa billah”.
Kemudian,
ajarlah mereka membaca doa selepas azan. Seperti biasa yang kita dengar di radio atau di TV.
Saya
juga selalu cakap pada Faris dan Alisya... Kalau kita nak apa-apa,
nak jadi anak soleh ke... nak jadi pandai ke... nak sihat ke... minta
abah dan mama sihat ke, banyak duit ke (baca sebagai murah rezeki)... doalah lepas azan tu... Sebab
Allah akan bagi (baca sebagai Allah akan makbulkan - sebab antara azan dan iqamah adalah waktu mustajab doa)...
Alisya
selalu doa macam ni, “Ya Allah, adik nak sayang mama, ngan abah,
ngan abang sekali... Amin...”
Faris
pula doanya begini, “Ya Allah, bagi la Faris mainan baru... Amin...”
^_^
anak lelaki memang begitulah ek?! Tak pe lah... Nanti kita belajar
doa lagi ya...
JOM AJAR ANAK JAWAB AZAN
Nota kaki: Rujukan Rancangan Anta Tanya Ana Jawab (Astro Oasis 106) dan Majalah Al-Ustaz, Isu No 20, muka surat 16.