Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Tune Hotel. Show all posts
Showing posts with label Tune Hotel. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

The Little Big Club

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jika di Tingkat 1, kami telah melihat semuanya yang cute tentang Hello Kitty, di Tingkat 2 dan 3 pula terdapat pelbagai lagi permainan yang semestinya menarik minat anak-anak sebaya AF saya. Ada Bob The Builder, Pingu, Angelina Ballerina, Barney dan Thomas & Friends. Tempat ni dipanggil The Little Big Club.

Kebetulan kami naik ke tingkat atas tu ada persembahan Barney...
Ini tempat Barney... comel tempat ni... Alisya request 'bilik belajar'
macam ni... Adeh!

Beria AF nak bergambar dengan maskot Pingu ni...
Tapi lepas snap gambar tu Alisya tanya "Kenapa dia tak peluk adik?"

Alahai tangan maskot tu memang tak bergerak pun... Tak pe la...
Meh mama peluk adik...
Faris kalau dapat game memang leka dibuatnya...
Kiosk makanan kat sini mahal betul... Sabar je la... Patut la saya nampak
ada pengunjung yang sorok-sorok bawa roti dan junk food...
Tingkat atas ni memang banyak game... Faris dari satu game ke satu game
dia main... Alisya tak suka main game... so setialah dia jadi model mama... :)
Angelina Ballerina... Alisya malu pulak bila suruh buat macam patung tu...
Bila saya suluh kamera...malu-malu alah je nak pose...
Tapi bila tak suluh kamera... sibuk buat aksi comel...
Faris first time main bumper car... Dia pelik kenapa semua orang langgar dia...
Siap muka cuak lagi... hehe
Alisya dan abah di pintu masuk The Little Big Club... Ni gambar nak balik
dah ni...

Maka berakhirlah cerita jalan-jalan kami di Hello Kitty Town dan The Little Big Club... Memang moment yang happy buat dua beradik ni. Balik dulu sebelum teruskan perjalanan ke Legoland esoknya (21 November 2013).

(Sila bertabah dengan entri dah basi yang baru nak publish ni...)

- - - - - - - - - -

Sedikit info tentang percutian kami di Hello Kitty Town:

  • Tiket masuk ke Hello Kitty Town dan The Little Big Club, kami ambil melalui pakej Hotel Tune (tempat penginapan kami) harga tiket adalah RM80 seorang (dewasa dan kanak-kanak) Jika tidak harga biasa untuk kedua-dua tempat itu adalah RM110 seorang atau harga MyKad RM85 seorang... Kami jimat RM20. Atau anda boleh dapatkan tiket online di sini...

http://www.playtime.com.my/ticket-prices

  • Dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) jam 10 pagi hingga 6 petang, termasuk pada hari cuti sekolah dan cuti umum.
  • Jarak ke Hello Kitty Town dari Hotel Tune adalah lebih kurang 16 kilometer.
  • Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor.


Pautan ke entri berkaitan:
1. It's Hello Kitty Town
2. Hello Kitty Town (Part 2)
3. Hello Kitty Town (Part 3)
4. Hello Kitty Town (Final) 


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, November 25, 2013

It's Hello Kitty Town! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Percutian yang tidak dirancang dan tiada persediaan awal... Encik hubby rupanya ambil cuti seminggu (last week) untuk habiskan cuti tahunan dan bawa kami jalan-jalan. Tiba-tiba je encik hubby packing baju AF dan cakap nak ke Hello Kitty Town. 

Terus saya cakap, "Hah?! Biar betul nak tidur mana? Kena la booking hotel dulu." Terus encik hubby suruh saya online dan tengok hotel mana yang dekat nak ke Hello Kitty dan Legoland. 

Mujur ada Tune Hotel yang turut menawarkan penginapan sekali dengan tiket ke Hello Kitty Town. Tiket ke Legoland pun ada... tapi kami decide untuk beli sendiri di kaunter Legoland sebab ada keratan kupon yang kami ambil dari biskut Oreo.

Kunjungan kami ke Hello Kitty Town adalah pada 20 November 2013, yang mana sempena hari lahir encik hubby. Kesian 'birthday boy' tu kena ketuk dek anak-anak yang nak beli mainan... (^V^)

Tentunya Alisya Farha la yang paling seronok... si peminat Hello Kitty ni... Baju yang dia pakai tu pun ikut tema tau!!  (^_^)


Tiket masuk ke Hello Kitty yang saya beli sekali dengan Tune Hotel adalah RM85 seorang. Harga untuk kanak-kanak sama je dengan harga tiket dewasa. Tapi oklah... Pengalaman yang menarik untuk AF saya kenang.

Masa di pintu masuk tu saya diberikan kad sebesar poskad ini untuk rekodkan tempat atau aktiviti yang telah sertai... Bagus juga sekurang-kurangnya kita akan tahu tempat atau aktiviti yang kita tak buat lagi...

Bahagian depan kad aktiviti
Bahagian belakang kad aktiviti
Di bahagian belakang kad ada 6 tempat untuk dilawati dan aktiviti yang boleh dilakukan... kalau perasan ada satu yang tidak bercop. Nail salon, kami singgah dan sempat mengintai salon tu... nasib baik dimaklumkan bahawa mereka menggunakan pewarna kuku yang kekal. Jadi kami pun tak buat la... Kalau dia pakai water color, harus la main conteng-conteng kuku dengan AF... hehe

Berikut adalah gambar-gambar dalam Hello Kitty House: Rumah yang super cute... Bukan Alisya je yang suka... Mama dia ni pun suka...!

Suka sangat la AF saya ni...
Dalam rumah ni pun ada beberapa buah komputer untuk anak-anak...
Simple quizzes...
Cantik set meja makan ni... comel je...



Alisya siap cakap, "Adik nak bilik macam Hello Kitty ni boleh tak mama?"
Alahai anak...
 



Bilik yang ni pun cute juga...
Ok jangan kacau saya tengah berangan :p

Nota kaki: Alahai banyak pula gambar nak share... sambung kemudian la yea? :p

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...