Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, May 16, 2005

:-(

Komputer bukan bidang org... Pengetahuan org pasal komputer mmg "zero" (0)... Walaupun dah setahun org bekeje kat syarikat IT ni... Masih belum menjamin yg org tau semuanya... IT tu luas... dalam 100%, org mungkin baru dpt 10%... Tu pun yang hanya melibatkan portal/website... Selain pada tu org masih merangkak lagi... :-(

Org masih blaja... byk menda yg org PERLU blaja... dlm tempoh sethn jagung ni... jgn harap org boleh serap semua ilmu IT... org perlu mula dari bawah... jgn harapkan org pandai secara mendadak...

5 tahun org blaja masscomm + sertai bengkel2 penulisan... Hanya utk 'pandai menulis'... semuanya dengan BERGURU!! Itupun org rasa masih banyak yg org perlu blaja... Inikan pula blaja menda2 komputer TANPA GURU!!! Yg tentunya sesuatu yg baru bagi budak masscomm!! Bayangkan la cam mana tahap penerimaan & pemahaman org pada komputer?!?!

Jgn harapkan org tau kewujudan sistem/sorfware2 tertentu hanya kerana penglibatan awal dalam bidang IT (yg tentunya master/phd bg sesetengah pihak)... Bagi sesetengah pihak perkara2 macam tu mmg remeh... Tanya je sistem/software ni tuk ape?! Semua jawapan di hujung jari... tapi cuba cerita ngan budak account... budak ekonomi... budak law.... org sure mereka pun tak tau (melainkan mereka ada minat yg mendalam dalam bidang IT)

Kalau pengetahuan IT org sama level ngan IT graduate/ngan mereka yg "hidup matinya kerana minat pada komputer"... sure org takkan benarkan sesiapa "mencabuli" hak privacy (komputer) org... even mereka pun x berhak nak "pantau" apa pun aktiviti yg berlaku dalam komputer org... idealoginya mudah... "kalau kita respect org tu.... kita takkan ambil kesempatan atas apa jua keadaan yg ada... kita xkan cabuli privacy org lain."

Maafkan org... Org perlu banyak lagi blaja... :-((

Friday, May 13, 2005

Gayne & Kelisa Barunya....


Gayne & Kelisa barunya :p Posted by Hello

What a good news!!
Congratulation 2 Gayne at last u bought Kelisa haaaa?
Silver color haaa... oooo... eksen eh... tak nak kasi tau plate number kete :p??
(dia bg tau WMV je... ade ke dia kata, takut org beli no. ekor pakai no plate dia :p) - nonsense la gayne... just wanna know la...

heheheh... gayne belum berani bawa kete baru dia "jalan2"... dia wat perhiasan je kat umah :p
apa la gayne...membazir tau kalau tak bawa... (tapi ok gak... save minyak.. minyakkan mahal skang..)

er... nanti ada masa u bawa i jalan2 dengan kereta baru u eh gayne...!!
kita pi genting nak gayne naik kete baru :-))
pape pun..hati2 bawa kete tuh...

Pandu Cermat.. Sayangilah keluarga Anda!! (eeeceh! :p)

Thursday, May 12, 2005

Ketahui Nombor Siri HP Anda...

Er... mungkin info nie boleh pakai... mana tau... kita perlukan satu hari nanti...

Ini adalah sesuatu yang bernilai untuk diketahui. Untuk mengetahui nombor siri handset, sila dail: star hash zero six hash (*#06#). Lima belas digit no. akan muncul di skrin handset anda. Catat no. ini dan simpan. Apabila handset anda di curi, telefon kepada telco anda dan beri no. ini. Dengan adanya nombor ini, mereka boleh blok handset anda jadi walaupun pencuri tersebut tukar kad SIM, handset itu tidak boleh digunakan langsung. Jadi dia tak dapatlah nak pakai sendiri atau menjualkannya. Jika semua orang lakukan ini, tiada sebab untuk pencuri mencuri handset lagi. Hantarkan ini kepada kawan anda yang mempunyai handset dan marilah kita bersama-sama membuatkan pencuri handset tukar kejer lain. (try skrg!)


p/s: YM msg ini difwdkan oleh Niza...

Tugas "Tukang Gantung"...

Email ini diforwardkan oleh seorang rakan. Menyentuh tentang tugas seorang "pencabut nyawa". Saya tertarik untuk membaca email ini kerana sedang membaca novel (Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid) yang sedikit sebanyak menyentuh bagaimana proses hukuman gantung dijalankan...

Artikel ini memberikan pengajaran kepada setiap orang yang membacanya. Dari hakikat "hukuman gantung" itu sendiri sehinggalah persoalan "kematian". Adakah kita akan tersenyum (di akhir hayat kita), seperti mana tersenyumnya mereka di tali gantung. Renung dan fikirkan... kerana mereka telah ditentukan keadaan dan tempat kematian mereka...sedangkan kita?!?

HUKUMAN gantung sampai mati merupakan hukuman paling berat yang boleh dijatuhkan ke atas mana-mana orang perseorangan yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta tertentu seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang negara. Hanya seseorang wanita yang sedang mengandung sahaja boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut tetapi mahkamah boleh menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup seperti yang termaktub di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yang menakutkan ini. Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung'. 

Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spiritual. Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa' tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?'' katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut'. 

Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini. Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia... orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,'' katanya.

Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan. Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.

Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain. 

Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu... selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya. Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini,'' katanya.

Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu. Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan' daripada mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar,'' katanya sambil ketawa.

Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah. 

Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas. Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal' kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.

Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas... tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,'' katanya.

Mengenai `gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara. 

Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang' dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya 'pulang' dan dia pun terus menghilangkan diri.

Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata,'' katanya sambil tersenyum. Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara. Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara,'' ujarnya.

Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit. Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah. Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama. Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?

Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah pemergian' mereka dirahmati-Nya,'' ujar beliau.

Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis: Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear' di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan...keajaiban itu tidak pernah berlaku!''


p/s: Terima kasih kepada Normazmin Che Ad yang forwardkan email nie (juga kredit kepada Saujanaku YahooGroups)

Tuesday, May 10, 2005

Selamat Pengantin Baru Julia & Pasangannya...


Gambar ehsan dari Hasliza... TQPosted by Hello

Selamat Pengantin Baru...
Semoga Kekal Abadi...
Bahagia ke anak cucu...
Semoga murah rezeki....
AMIN....

Semoga jodoh kalian berdua berpanjangan...
http://cybergifs.com/hearts/heartani.gif

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...