Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, November 05, 2012

Bersantai di Pantai Pengkalan Balak

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah setelah sekian lama tak bermalam di hotel/resort... Dapatlah kami sekeluarga merehatkan badan di Perahu Layar Beach Resort, di Pengkalan Balak, Melaka... Walaupun "percutian" ini dalam Melaka juga... sekurang-kurangnya dapatlah bawa AF berjalan-jalan... Oh ya, ini pertama kali Alisya bermalam di resort. Memang seronok sangat dia...!

Dan yang paling penting... seronoknya dapat tengok laut... tersangatlah tenangnya... kalau 3 tahun lalu, hari-hari saya tengok laut... sebab kolej IKIP tempat saya bekerja dulu berhadapan dengan laut... 

Sekali sekala saya ada juga buat kuliah di depan laut tu... bila time lunch juga, hari-hari disapa angin laut... Nasi lemak... rojak ayam... Haih!! Sedapnya!! Ah, rindunya zaman mengajar dulu... Macam saya, Faris pun excited bila tengok laut... ye la... dulu pun encik hubby rajin bawa Faris main-main di tepi pantai...  Maklum la di Pahang dulu ada banyak tempat boleh singgah main air laut... 


Pemandangan dari dalam bilik
Hujan dah nak turun... Air pasang... Ombak kuat
tapi Faris tetap nak main ombak... Lastnya pegang
tiang yang penanda aras air laut tu... :p
Takut takut pun posing juga...

Tips: Pentingnya Menjaga Gigi Anak

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ramai ibu bapa yang masih 'takut' untuk mengajar anak-anak untuk memberus gigi. Sedangkan perkara ini perlu diajar sedari mereka kecil agar mereka tahu akan kepentingan rutin ini. 

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga akan mudah mendapat kerosakan gigi dan jangkitan dalam mulut. Ini kerana sisa makanan yang tertinggal di dalamnya. 

Bila?
Sebaik sahaja gigi pertama anak tumbuh, maka ibu bapa perlu mengajar anaknya cara yang betul untuk memberus gigi. (biasanya gigi bayi boleh tumbuh pada bila-bila masa sejak lahir sehinggalah 2 tahun lebih, so kalau baby masih kecil 4-6 bulan ibu bapa kenalah bersihkan gigi mereka...

Kenapa?
- untuk mengelakkan jangkitan bakteria di dalam mulut
- mencegah kesakitan, kerengsaan dan kerosakan gigi

Bagaimana?
1. Bagi bayi yang masih belum tumbuh gigi, bersihkan gusi mereka dengan kain bersih. (dulu saya pakai kain lampin yang dipotong empat... senang... sebab kain lampin tak la keras sangat) Caranya: basahkan kain lampin tu dengan air suam dan gosok dengan lembut pada gusinya ketika mandi...

2. Bagi kanak-kanak yang baru tumbuh gigi, gunakan berus gigi yang boleh disumbat dalam jari anda (baby toothbrush finger), lalu gosokkan perlahan-lahan pada giginya.  

3. Bagi kanak-kanak yang giginya sudah agak penuh, bolehlah dibelikan berus gigi yang lembut dan ajarkan mereka cara memberus gigi dengan betul. Ketika ini, jika anak anda telah berusia 7 bulan ke atas, bolehlah diletakkan sedikit ubat gigi yang tidak mempunyai fluorida. (Ubat Gigi Mu'min Junior, merupakan salah satu produk yang halal dan selamat untuk kegunaan kanak-kanak...)

Elakkan!
1. Jangan letakkan ubat gigi, jika bayi anda berumur 6 bulan ke bawah, walaupun ubat gigi yang tidak mempunyai fluorida. 

2. Jangan biarkan anak-anak memberus gigi tanpa pengawasan anda.

3. Jangan biarkan anak anda tidur dengan botol susu. (ini paling susah sekali, sebab AF saya memang takkan boleh tidur kalau tak minum susu...)


Nota kaki: Gigi yang sihat membolehkan si comel anda untuk makan, bercakap dan senyum. So berikan mereka  keyakinan itu dengan rutin memberus gigi! (^_^) Klik sini untuk tips saya mengajar anak-anak saya memberus gigi. Klik sini untuk rujukan lanjut...
 

Friday, November 02, 2012

Jari Saya Sakit...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Semalam Faris lukis gambar ibu jarinya yang luka... (padahal bukan luka teruk pun, sikit je... beria sangat nak pakai plaster...

Oh jarinya sangat gemuk dan comel.. hahaha
Cuba tengok hasil lukisannya... Amacam sama tak?! (^_^) Bila tanya kenapa kuku panjang sangat? Tajam-tajam pula tu... Then dia jawab, "Memang la... belum potong kuku lagi... kalau dah potong tak panjang la.." (adeh, sabar je la...

Sama tak? Sama tak? :p


Tips: Menjadi Ibu Bapa Mithali

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Image taken from here
Ilmu ini saya petik dari rancangan Selami Jiwa (musim kedua) bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Perkara yang mungkin kita dah tahu tapi susah sangat nak buat... 

Nak jadi ibu bapa yang disayangi dan dihormati anak-anak bukanlah mudah... Kita (ibu bapa) perlulah tunjukan teladan yang baik... Sebab anak-anak sedikit sebanyak akan "tiru" perangai dan tingkah laku kita... 

Jom semak tips menjadi ibu bapa mithali:

1. Rapatkan diri dengan Allah - ibu bapa perlu banyakkan berdoa agar kita dapat menjadi ibu bapa yang baik, dihormati, disayangi dan disegani anak-anak.

2. Bentuk suasana rumahtangga yang harmoni - ibu bapa yang ada salah faham, cuba selesaikan dengan cara yang terbaik... jangan bergaduh depan anak-anak, kerana akan mengganggu emosi anak-anak tersebut.

3. Jadilah kawan kepada anak-anak apabila mereka berusia 14-21 tahun, apabila anak dah berusia 21 tahun, biarkan mereka membuat keputusan sendiri - dalam keadaan ini ibu bapa hanya bertindak sebagai penasihat dan mendoakan anak-anak.

4. Pamer kasih sayang yang lebih kepada anak-anak agar mereka sentiasa rasa tenang dan selamat disamping kita...

5. Ibu bapa perlu menpunyai hubungan yang baik dengan cikgu sekolah agar boleh memantau peribadi anak-anak.

6. Jika pasangan yang telah berpisah, jalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan (suami/isteri) - ini kerana tanggungjawab menjaga anak-anak adalah tanggungjawab bersama.


Moga perkongsian ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa perasaan anak-anak perlulah dijaga, sejak dari mereka kecil sehinggalah mereka dewasa.  

Thursday, November 01, 2012

Macam Mana Bunyi Cacing?!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

AF saya... Alisya Farha & Adam Faris
Dalam perjalanan balik dari bank saya borak-borak dengan AF saya... Terfikir nak main game teka bunyi binatang dengan mereka:

Saya: Bunyi tiger macam mana Alisya?
Alisya: Auuummm... (masa ni Faris tak berminat nak join)

Saya: Pandai... bunyi monkey?

Alisya: uk ak uk ak uk ak... 


Saya: Very good... bunyi cat?
Alisya: Meeooowww... 


Saya: Pandai la Alisya ni... (tiba-tiba Faris menyampuk...)
Faris: Adik tak pandai... adik tak pergi sekolah...
Alisya: Adik pandai la...

Saya: Dua-dua pun pandai... (kalau tak di stop kan... boleh jadi gaduh AF ni...) Ok... Bunyi elephant macam mana?
Faris & Alisya: eeeekkkkkkkk... (sambil buat macam belalai dengan tangan...)

Saya: Pandai... Bunyi dog?
Faris & Alisya: wafff waff... 


Saya: Pandai... Bunyi duck?
Faris & Alisya: kuek... kuek.. kuek...


Saya: Pandainya... bunyi ayam?
Faris & Alisya: kok kok kokkk...

Saya: Bunyi cacing?! (oh saya terlepas sebut nama binatang ni sebab saya nak buat u-turn... Faris & Alisya senyap *bunyi cengkerik*... masing-masing berfikir... Saya tergelak dengan soalan saya sendiri... Dalam hati tertanya... macam mana bunyi cacing? Kot-kot la AF saya boleh bagi apa-apa bunyi...

Tiba-tiba Faris cakap... Apa mama ni... mama tak pandai ke?!?! Cacing ada bunyi ke?!? Cacing mana ada bunyi...!!! Pot pet.. pot pet... Pot pet... Pot pet... (Adeh... terkena pula saya! Sabar je la... huhu... Faris kalau dah start membebel... susah nak berhenti... saya pula yang senyap *bunyi cengkerik*)

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...