Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, May 27, 2012

Akhirnya Dapat Sunan Musafir...!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Wah lama juga saya menyepikan diri... Sejak batuk yang belum reda membantutkan hasrat untuk menulis entri dan blogwalking... Mana taknya... bila makan ubat batuk... maka tidur la jawabnya... So, kepada rakan-rakan bloggers yang singgah di blog saya... Saya akan singgah semula ke blog anda apabila batuk saya semakin pulih... Jangan risau... saya akan singgah... Janji! :D

- - - - -

Penantian memang satu penyeksaan... Sejak diwar-warkan akan kemunculan novel akhir fenomena Laksamana Sunan tulisan penulis thriller No.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid... Saya memang tertunggu-tunggu...! Tidak dapat ke Pesta Buku Antarabangsa juga amat meresahkan saya... Kerana difahamkan novel Sunan Musafir edisi kulit keras akan dicetak dan dijual pada Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini...(rasa nak menangis bila dapat tahu en hubby kerja sepanjang Pesta Buku Antarabangsa berlangsung...)


Untuk pengetahuan semua, novel penutup atau siri akhir pengembaraan Laksamana Sunan akan menjawab segala persoalan pada perjalanan hidupnya lebih-lebih lagi kepada watak Ratna yang juga isterinya... (argh memang tak sabar-sabar nak baca...


Novel ini telah berada di dalam genggaman saya dengan edisi kulit keras...!! Yey!! Makanya... akan sunyilah lagi blog saya ini... Sementara saya menghabiskan novel tersebut :P Hahaha...




Friday, May 18, 2012

Walla, Kek Pisang Kukus!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sangat lembut & 'rapuh'... tapi moist... :D
Alhamdulillah dari malam semalam teringin nak buat kek pisang kukus... Memandangkan ada lebih  pisang yang dibeli di pasar malam tempoh hari... (en hubby dah bunyi hari tu... katanya pisang banyak-banyak tu nak buat apa..? So, saya fikir la macam mana nak habiskan pisang tu...) Jom buat kek pisang kukus...!

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan pisang (dilenyek) - untuk lebih rasa pisang, tambah lagi...
3/4 cawan minyak masak


Wednesday, May 16, 2012

Cikgu Minta Resipi :p

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Tadi masa jemput Faris dari taska... Cikgu Faris terus cakap, "Sedapnya puding roti akak... nak resipi boleh?"

"Ye ke? Alhamdulillah... boleh... nanti akak tulis ye" (jawab dengan malu-malu kucing)

"Budak-budak ni suka betul... si Faris pula bila kawan-kawan dia nak ambil puding tu dia cakap... 'Ni mama saya masak!' Suka sangat budak-budak ni makan..." (wah promote masakan mama dia... saya tersengih-sengih je la.. :p

Yang kat rumah ni pun en hubby dah habiskan... :-( kena buat lagi la gamaknya ni...  

Balik tu ada banyak sangat makanan dan jajan yang cikgu bagi... Habis ke tak nak makan semua tu?! Hari ni rasa nak bermalas-malasan... Penat pula rasanya... Haish!
 
p/s: Rakan-rakan bloggers kena cuba la resipi yang awesome ni!! :p
Yey, Puding Roti Kukus
Jom LIKE page ni...

Yey, Puding Roti Kukus!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah syukur sangat-sangat... Percubaan pertama saya memasak puding roti kukus menjadi... Yey!! (sebelum ni saya pernah buat puding roti versi bakar...) Nak tahu kenapa saya masak puding roti ni... sila klik sini... Sekarang dah pun jam 2.10am... saya tak nak tulis panjang-panjang... nak upload gambar je lah... (penat pula rasanya... tapi rasa sayang kalau tak blogwalking jenguk kawan-kawan... :-( )

Ini sebelum dikukus dan ditaburkan kismis...
Masa ni berdebar-debar... takut tak jadi...
Setelah ditabur kismis dan seterusnya ke dalam
pengukus... Bismillahirrahmannirahim...

Alhamdulillah... dah pun siap!!! Baunya sedap betul!!
 Apa?! Nak tahu rasanya?! Memang sedap la... disebabkan baunya yang menusuk kalbu, saya dah makan tadi... (oh jangan risau... saya buat dua loyang... satu untuk Taska Faris... dan satu lagi untuk disimpan di rumah... Ada sesiapa nak rasa... meh la datang rumah... :p)

Saya tengah rebus telur... kalau rajin esok pagi nak buat sandwich telur untuk Faris bawa ke Taska juga... Kalau tak rajin... saya buat untuk makan sendiri je petang-petang sikit... 

Kepada rakan-rakan blogger yang nak membuat sendiri puding roti kukus ini... boleh rujuk resipi di sini... InsyaAllah first time cuba mesti menjadi... (saya pun first time buat... :D

Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis


Cara-cara
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Selamat mencuba!!

Tuesday, May 15, 2012

Mungkin Puding Roti Kukus?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Taska Faris akan menyambut Hari Guru esok dan setiap pelajar perlu membawa makanan atau dalam erti kata lain potluck... Sejak dapat surat dari pihak Taska Faris tu... puas saya fikir nak masak/buat apa... 

Saya ada mencadangkan pada encik hubby untuk buat homemade strawberry ice cream (memandangkan saya telah berjaya membuat homemade chocolate ice cream...)... tapi encik hubby kata... 

Inilah homemade chocolate ice cream yang saya buat...
"Nanti cikgu kata... dah la surirumah tapi bagi aiskrim jea?"

"La... cakap la homemade... lagipun kan pakai tupperware kita sendiri... bukan bekas aiskrim yang jual kat kedai tu..." balas saya sedikit kecewa... :-(  (saya rasa macam sesuai sebab lepas mereka makan-makan dan main... makan pula aiskrim tu... hm... nyaman... Melaka ni memang panas la..!!)

Encik hubby diam... tak de respon... So, saya menyifatkan encik hubby tak setuju... terus saya berfikir lagi apa nak buat... Ingat nak buat popia Nestum je... tapi macam tak sesuai pula... sebab nanti bersepah-sepah... 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...