Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, June 29, 2012

Kisah Bas Alisya...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Ini adalah antara mainan kesayangan Alisya... Oh, jangan pelik Alisya memang suka beli mainan yang berasaskan kenderaan... Mungkin sebab dia tengok abang dia selalu beli mainan macam tu... dia pun ikut... Memang boleh kira la berapa je mainan yang tidak berasaskan kenderaan. 

Bas dua tingkat tu, memang ke hulu ke hilir Alisya bawa... Kalau dia naik ke bilik di tingkat atas, maka dia akan bawa bas tu sekali... kadang-kadang Alisya leka bermain dengan bas tu... Siap bunyi bagai... oh ya, ini adalah penumpang setia bas dua tingkat Alisya... Jom tengok...


Thursday, June 28, 2012

OST Dejavu di Kinabalu

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Sejak seminggu ni lagu Butterfly, sokmo singgah di telinga dan bibir saya... Saya suka dengar dua rangkap pertama yang Aqasha nyanyi ni... saya rasa sangat menarik dan dalam maksudnya... Faris dengan Alisya pun bila dengar lagu ni di radio, terus cakap "ni lagu Mama!" (dengan excitednya) Cerita Dejavu di Kinabalu ni pun sweet je rasa... (seperti biasa sila ke blog Khazami untuk sinopsis Dejavu di Kinabalu... hehe)

Ni full version lagu Butterfly nyanyian Melly dan Andhika:


Wednesday, June 27, 2012

Resipi Mudah: Sup Telur

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Apa khabar agaknya rakan bloggers hari ni... Mudah-mudahan semuanya sihat... Untuk post entry yang serba ringkas, saya nak share dengan rakan semua satu resipi mudah SUP TELUR.


Bahan-bahan yang diperlukan:
Sedikit minyak
3 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
Air secukupnya
1 kiub ayam 
3 biji telur
Carrot- potong memanjang
Cendawan - diracik
Daun sup 
Daun bawang

Cara-caranya: 
1. Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak sehingga naik bau.  
2. Masukkan air secukupnya dan kiub ayam. Biarkan mendidih.  
3. Kecilkan sedikit api dan pecahkan telur perlahan-lahan. Biarkan sehingga telur masak.  
4. Masukkan carrot dan cendawan. Kacau rata dan biar seketika.  
5. Tutup api dan masukkan daun sup dan daun bawang. Siap! 

* Saya tak masukkan garam sebab kuib ayam tu dah cukup perasanya! (^_^)

Selamat mencuba kawan-kawan... :-)

Wednesday, June 20, 2012

I Love My Job... I'm a Housewife!!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Isu "Surirumah Berijazah" yang dibincangkan dalam salah satu slot Wanita Hari Ini... menyebabkan ramai ibu yang agak 'panas hati'... Lebih-lebih lagi apabila ada statement yang agak 'memedihkan telinga' daripada orang awam yang ditemuramah. Antara respon orang ramai tentang isu ini:

1. Masa yang diperuntukkan untuk belajar perlu digunakan dengan sebaiknya selepas mereka keluar...  kerja untuk mendapat pendapatan untuk membantu ekonomi keluarga. 

2. Tak bagus la... sangat rugi... rugi masa, ijazah tu pun tak berbaloi, duit mak bapa pun habis...

3. Memang tak bagus la... sekarang yang tak de pelajaran pun nak kerja, inikan pula yang ada ijazah... cuma dorang ni malas ke apa... rugi bertahun-tahun belajar... tapi tak kemana-mana...

Daripada pemerhatian saya, orang awam yang ditemuramah adalah remaja yang belum bekeluarga dan mungkin tidak faham akan dunia sebenar kekeluargaan. Pada pendapat saya, respondannya agak tidak relevan. Sepatutnya respondan perlu juga di kalangan surirumah itu sendiri atau mungkin juga di kalangan suami. 

Dalam dua Facebook group yang saya sertai... rata-rata menyatakan pendapat masing-masing terhadap isu ini. Ada yang marah, sakit hati, kecewa dan macam-macam... Apapun saya tidak mahu menulis tentang apa yang kami bincangkan... adalah lebih baik saya simpulkan apa yang telah dikupas oleh panel jemputan rancangan WHI iaitu Tuan Haji Hushim Salleh, yang merupakan Perunding Motivasi dan Keluarga.


Saturday, June 16, 2012

Selamat Hari Bapa... :-)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Encik Hubby dan anak-anak saya
yang comel!  :p
Selamat Hari Bapa kepada semua bloggers yang bergelar bapa... Semoga anda menjadi bapa yang boleh dijadikan contoh oleh anak-anak... Semoga anda dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk membimbing setiap insan yang menjadi tanggungjawab anda. 

Peliharalah anak-anak yang menjadi amanah kepada anda. Didiklah mereka dengan ilmu agama, bentukkan akhlak mereka, agar mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan juga akhirat... Semoga anak-anak itu akan mendoakan anda satu ketika nanti... InsyaAllah.

***Nota kaki buat Encik hubby: Terima kasih di atas segala pengorbahan dan kasih sayang... Selamat Hari Bapa... Moga tabah menghadapi hidup ini bersama kami selamanya... Amin... :p 

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...