Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, February 28, 2005

Ayah Pergi Dengan Tenang...

Arwah ayah dalam kenangan

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Tanggal 19 Februari 2005 (Sabtu) bersamaan 10 Muharram 1426 (hari Assyura), ayah telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.30 pagi...

Pemergian ayah paling kami tidak sangka berikutan ayah tidak pernah sakit (melainkan darah tinggi - yang hanya diperingkat permulaan). Ayah hanya mengadu sakit dada (sekitar jam 12-1.30 pagi), tidak lama kemudian ayah tinggalkan kami semua (jam 2.30 pagi)... 

Sesungguhnya kami semua (termasuk mereka yang mengenali ayah) begitu terkejut dengan pemergiannya... Hanya Tuhan saja yang tahu, betapa sedih dan tergamamnya kami melihat susuk tubuh ayah terlantar di ruang tamu dengan diiringi bacaan Yassin oleh mereka yang datang menziarah ayah untuk kali terakhir...

Sepanjang malam kami berjaga dan memaklumkan berita sedih itu kepada saudara mara, rakan dan sesiapa sahaja yang kami rasakan perlu diberitahu... kami juga bergilir-gilir membacakan Yassin untuk ayah... (sementara abg Zaini membuat report di balai polis tentang pemergian ayah)...

Menyingkap semula saat cemas sepanjang malam tersebut...
12.30 am - ayah mengetuk pintu bilik saya dan kak linda, minta minyak sapu kerana mengadu sakit dada.
12.45 am - ayah asyik keluar masuk bilik air.
12.55 am - ayah sempat menawarkan air penenang untuk mak yang nampak cemas ketika itu.
1.00 am - mak mula mengejutkan kami semua kerana ayah mula sesak nafas.
1.05 am - kak linda mula menelefon jiran-jiran yang berdekatan - saya mula menelefon adik yang ketika itu masih berada di office... dan abg sulung saya yang ketika itu baru tiba di Taiping, Perak
1.10 am - jiran-jiran mula mendapatkan lain-lain bantuan - menelefon ambulan dan doktor, sementara abg zaini mula mengajar ayah mengucap.
1.20 am - adik bongsu saya dan Azwan (jiran) mula memberikan CPR.
1.30 am - jiran-jiran dan sanak saudara mula memenuhi ruang rumah...
2.00 am- ayah semakin nazak...
2.05 am - saya berada di sisi mak (sambil memeluknya erat) sepanjang ayah nazak kerana takut mak pengsan...
2.30 am - ayah meninggal dunia... Al-Fatihah...
2.45 am- ruang tamu dikosongkan...
2.47 am - muka dan badan ayah ditutupi dengan kain pelekat dan kain putih.
2.50 am - mayat ayah diturunkan dari bilik di tingkat atas... oleh adik beradik dan jiran-jiran.
2.55 am - yassin mula dibacakan bergilir-gilir..
3.00 am - abg zaini melaporkan pemergian ayah di balai polis berdekatan.

Alhamdulillah ayah pergi dengan tenang... Tiada sebarang masalah yang timbul sepanjang tempoh pengurusan jenazah, semuanya teratur... Talkin selesai dibacakan oleh Imam Besar Masjid Ar-Rahimah tepat jam 11.00 pagi... Al- Fatihah...

Sesungguhnya maut/ajal itu pasti, cuma ketikanya tidak kita ketahui... sehingga kini pesan Arwah masih terngiang di telinga... 

"Tiada HARTA yang ayah tinggalkan untuk kalian, melainkan ILMU yang kalian miliki..."

Semoga roh ayah dicucuri rahmat... Al-Fatihah... Amin...

*** Lagi 2 minggu saya nak bertunang... :-( ***

Saturday, February 12, 2005

Enjoy - Time Square


Time Square Posted by Hello

Semalam bawa anak2 sedara pi Time Square...maklum la cuti sekolah..ni la masanya dorang nak enjoy... :P

Mmg sonok kuar ngan Aizad, Angah & Iskandar... hm.. Nani ngan Arfan je x de... kalau dorang pun ade... sure riuh jadinya... atau dgn kata lainnya, POKAI aaa.. :p

Kitaorg kuar kul 3pm... then sesampai je.. terus makan kenny rogers... Mahal jgn kata la... idea ateh aa ni nak makan kat kenny rogers kononnya... bila time bayar.. KETAQ.. :)) lima set = rm90 lebih... :)) terpaksa la share duit ngan kak pura & kak linda... Ces!! tak pasal je...

Apa pun mmg sonok la tgk bebudak ni hepi... kalau ngan mak ayah dorang, sure tak dpt enjoy cam ni... ;-)

Friday, February 11, 2005

Maal Hijrah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita semua.. umat Islam masih berpeluang lagi menyambut 1 Muharram, yakni Tahun Baru Islam...

Penghijrahan membawa maksud yg besar bagi setiap insan.. bukan sahaja penghijrahan dari satu kawasan ke kawasan yg lain, tetapi juga daripada sesuatu yg negatif kepada sesuatu yang positif(perangai/tingkah laku).

Peristiwa pada tahun2 yg lepas jgn hanya dibiarkan sepi, sebagai seorang hamba-Nya perlulah kita lebih menginsafi dan jadikan peristiwa yg telah berlaku sebagai sempadan.

Imbas kembali malapetaka yg melanda negara, Tsunami pada 26 December 2004 lalu. Beribu-ribu nyawa terkoran. Kebanyakan mangsa kehilangan org tersayang, tempat tinggal, hilang pekerjaan... Itulah kehendak Allah... Jika Dia hendak sesuatu perkara itu berlaku... Maka akan jadilah ia...

Gambar di bawah diambil dari satelite semasa kejadian tsunami 26/12/04.

tsunami Posted by Hello

Selamat Tahun Baru 1426H.

Sunday, February 06, 2005

Ni la dia org MELAYU...

Keluhan panjang untuk para peniaga MELAYU...

Sebelum ini org penah bertekad nak TOLONG org Melayu berniaga... Dgn kata lain... kalau nak beli pape org akan dapatkan dr peniaga Melayu.. kalau dah tak de sesgt... baru org akan pegi ke peniaga lain, selain Melayu...

Nak dijadikan cerita, percubaan pertama... org nak tempah baju tunang... Hari ni... rata org pi... dari Gombak ke sri Gombak, then ke Sentul dan kawasan2 sekitarnya... cari kedai jahit Melayu punya pasal la ni...

Bermula di Sri Gombak... masukla sebuah kedai jahit Melayu ni... org pun tanya la pasal nak tempah baju tunang... then hamba Allah ni dgn malas nak layan dgn tingkah yang agak tidak sopan, dia ckp "boss tak de..tak leh amik tempahan..." (patutnya dia lbh bersikap sopan & pentingkan customer-bukannya tutup periuk nasi sendiri-rezeki dah depan pintu... tapi elok je dia lepaskan...apa salahnya dia amik tempahan, mesti boss dia bangga bila diberitahu ade org dtg tempah baju kat dia!!)

Jawapan kedai jahit Melayu yg kedua, "er, kain cam ne nak tempah tu?! (bila diberitahu satin & lace) hm... kami tak jahit kain jenis tu.." (padahal, beberapa jenis kain seumpama itu ade tergantung depan kedai-tak tau la sebenarnya dia kenal ke tak kain satin + lace tu)

Jawapan kedai jahit Melayu ke-3, "tukang potong kain tak de la... boleh dtg esok tak?" (bila ditanya awak bleh ukur tak?) "boleh, tapi kena tunggu tukang potong!!" (dah kalau awak tuh boleh ukur, ukur la dulu... amik tempahan... tukang potong tu bukannya nak potong kain kat badan org!!! HUH!!)

Banyak lagi jawapan2 yg menyakitkan hati dari peniaga2 Melayu nie... (Bila ingat2 balik... rasa sakit hati...terbakar dada) Sampai org dah give up... Letih!! Satu hari dok melayan karenah peniaga Melayu kita.. Last2 org anta jugak kat kedai jahit Cina... SENANG, MUDAH berurusan ngan dorang... Sekali ckp...terus OK... siap bagi pandangan lagi pada design yg kita nak wat... tak de la ALASAN2 BODOH...

Bkn nak megah2kan bangsa asing... tapi nak bagi kesedaran pada org Melayu kita nie... cuba la bersikap PROFESSIONAL sikit dlm berniaga... paling tidak PR SKILL tu kena ada... jgn pandang rendah pada customer... layan customer elok2... buang la alasan2 bodoh tu... sampai bila nak maju kalau alasan bodoh tak penah lekang dr bibir... cuba fikir... renung balik... kalau kita tak moh tolong diri kita sendiri... org lain... lagila tak moh tolong kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...