Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam
2 Ramadhan,
Semalam encik hubby
saya request Nasi Tomato untuk buka puasa... Aaa
sudah...!! Saya kalau resipi yang jarang-jarang masak ni susah sikit
nak masak time puasa... maklum la... takut ada yang tak
cukup rasa... Tapi dah direquest, saya buat la juga...
Tawakal, agar semuanya cukup rasa... Alhamdulillah menjadi... (biasa
masak nasi tomato ni masa Hari Raya je... jarang la masak nasi tomato
kalau bukan Hari Raya... )
3 pot beras
1 kuntum
bunga lawang
3 kuntum
bunga cengkih
3 biji buah
pelaga
2 cm kulit
kayu manis
1 biji
bawang besar (hiris)
2 ulas
bawang putih (hiris)
2 sudu besar
minyak sapi (kalau takde minyak sapi, mentega pun boleh)
2-3 sudu
besar tomato puree (kalau takde tomato puree, pakai sos tomato pun
boleh... masukkan ikut citarasa masing-masing)
1 pot susu
cair/sejat (pakai pot beras tu... senang sikit nak agak airnya :p )
3 pot air
(air bergantung pada jenis beras)
Garam
secukup rasa
Cara
membuatnya:
1. Cuci
beras dan toskan.
2. Tumiskan
bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis dengan
minyak sapi hingga naik bau.
3. Masukkan
bawang besar dan bawang putih yang dihiris hingga kekuningan/layu.
4. Masukkan
tomato puree/sos tomato, biarkan sehingga sedikit mendidih.
5. Masukkan
beras dan kacau rata.
6. Masukkan
susu cair/sejat dan air serta garam dan kacau sebati.
7.
Perlahankan api dan tutup pemanggang ajaib. Biarkan ia masak
sepenuhnya selama 15-20 minit (15 minit yang pertama boleh buka dan
tengok sama ada cukup air atau tak... kalau tak cukup boleh tambah
air sikit)
8. Bila dah
masak bolehlah dihidang dengan bawang goreng (rumah saya tak de stok
bawang goreng... hehe)
* kalau
masak dalam periuk nasi pun boleh... atau nak tumis dulu dalam kuali
lepas tu pindahkan dalam periuk nasi pun boleh... Mana-mana la...
saya sebab pakai pemanggang ajaib... Senang sikit...
Saya buat
nasi tomato dengan ayam masak merah dan acar timun/carrot.
Selamat
mencuba! (^_^)Y
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.