Hari ni terasa sedih sgt... x tau la kenapa... Pagi tadi, masa sampai opis... Baca paper Utusan... Cerita tentang adik Muhammad Alif Adam Juri yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari mengaji al-Quran benar-benar mengundang sedih. Adik Alif yang baru belajar melintas jalan, meninggal dunia pada hari ke-3 mempelajarinya... Al-Fatihah buat adik Alif, semoga rohnya dicucuri rahmat...
Saya mmg cukup cemas apabila melihat kanak2 sekolah yang melintas jalan. Lebih-lebih lagi yang sebaya adik Alif... Menakutkan... kerana mereka tidak dipimpin oleh orang dewasa... Teringat saya pada iklan yang menyatakan kanak-kanak seusia adik Alif tidak boleh mengagak jarak/kelajuan kenderaan... Kepada semua... (Peringatan untuk diri saya jugak...) pimpinlah anak, adik, anak saudara anda ketika melintas jalan... Tak luak kalau kita pimpin mereka... dan janganlah sekali-kali memandang remeh perkara sebegini... Kita mampu mengubahnya!!
OK, berbalik kepada "hari sedih sedunia saya"... Selepas cerita sedih adik Alif... Saya juga mendapat berita tentang bos kawan saya (qisty80) yang meninggal dunia setelah beberapa hari berada di ICU... Berita ini pun, hanya dimaklumkan oleh qisty80 melalui status YMnya.. Saya pun belum berkesempatan untuk bertanya lanjut tentang perkara tersebut... InsyaAllah jika saya ada peluang, saya akan bertanya qisty80 hal tersebut & akan saya updatekan di sini. Al-Fatihah juga buat Allahyarham bos qisty80... Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... AMIN...
Seterusnya, saya mendapat satu SMS dari kakak saya yang menyatakan mak mengalami hypertension sebaik sahaja balik dari medical appointment kelmarin... Berita yang memeranjatkan kami adik beradik apabila mak disahkan oleh doktor kedua-dua buah pinggangnya rosak yang memaksanya membuat dialisis (tunggu result darah minggu depan, kalau teruk kena masuk wad & buat dialisis), selain itu mak juga disahkan mengalami paru-paru berair yang juga mengganggu organ jantungnya... Sedih betul... :-(
Apa yang lebih menyedihkan apabila doktor tersebut seolah-olah menakutkan mak dengan mengatakan "kalau buat dialisis, pesakit akan share mesin tu... & akan mengakibatkan jangkitan kuman... Satu je caranya, kita tebuk perut & makcik boleh cuci (buang air berlebihan dlm badan) kat rumah je." Mendengar istilah TEBUK saja dah cukup menakutkan saya.. Apatah lagi mak.. :-( Mujur saja Yap (adik bongsu) berjaya menenangkan mak... Apa yg paling mengecewakan, saya rasa tidak patut seorang doktor menceritakan hal tersebut kepada pesakit... Inform kepada waris adalah lebih baik berbanding berterus-terang kepada pesakit... (sekurang-kurangnya waris boleh 'berkias' bagi memancing pesakit untuk menjalani pembedahan/pemeriksaan lanjut)...
Belumpun reda dengan berita tersebut, saya sekali lagi dikejutkan dengan berita accident kawan saya, DJ Ann yang ketika itu dalam perjalanan ke opis... Mujur saja dia tdk apa-apa... Alhamdulillah... walau bagaimanapun.. berita itu cukup mengejutkan saya... ye la... kawan saya yang tu bukannya sihat sgt (tak perlulah saya tuliskan di sini penyakitnya, cukup sekadar pembaca tahu dia tak sihat)... Apa pun Ann... saya harapkan lepas nie akan lebih berhati-hati ketika memandu...
Berkecamuknya hati... tak tau pada sapa nak ngadu, bila kawan baik sendiri bertindak mendiamkan diri dan langsung tak mahu bertegur sapa... bila ditanya... mukanya pun seolah-olah tidak berminat untuk menjawab... :-( bila ditanya... "Marah saya ke?" jawapan yang diterima "Ntah"... (cukup untuk menunjukkan dia marah... atas alasan apa..?? saya sendiri tercari2 jawapannya...) Apa pun... kalau dia terbaca post nie... saya nak minta maaf banyak-banyak... & terima kasih kerana sudi jadi "kawan gembira" untuk saya... :-(
Sedih betul hari nie.. :-(