Momentum
Istighfar
Ustaz
Mohd Elyaz Ismail
1.
Istighfar adalah penawar, bagi membolehkan seseorang itu meminta
ampun daripada Allah, agar mendapat nikmat kesenangan hidup.
2.
Bagaimana istighfar dan zikir mudah meresap di dalam hati setiap
orang yang mengamalkannya:
a)
dengan sebutan (qauli)
b)
dengan perbuatan (fiqli)
c)
dengan jiwa - istiqomah dalam melakukannya.
3.
Istighfar terbahagi kepada dua:
a)
istighfar tunggal - hanya melafazkannya dalam keadaan tertentu
b)
istighfar diiringi dengan taubat - melafazkan dan melakukan solat
taubat
4.
Amalkan beristighfar tiga kali setiap kali selepas solat, istighfar
boleh memberikan kekuatan dan melunakkan hati pengamalnya daripada
melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
5.
Amalkan "Penghulu Istighfar" yang menyamai ratusan ribu
istighfar, yang dianjurkan oleh Nabi SAW.
6.
Amalkan membaca "Tasbih Kafarah" setiap kali selesai
berbicara, moga dengan itu akan terhapuslah segala lisan yang tidak
baik yang kita ucapkan sebelumnya.
7.
Amalkan membaca Al-Ma'thurat setiap hari, selepas Subuh dan Asar,
supaya dapat melindungi diri dan harta benda daripada gangguan dan
kejahatan orang lain.
8.
Amalkan membaca istighfar (3 kali), doa "Allahuma ajjirni
minannar" (7 kali), doa "Allahuma antassalam..." dan
ayatul Kursi setiap kali selepas Subuh dan Maghrib, supaya kita tidak
leka dan lalai dalam mengingati Allah SWT.
9.
Baca dan lazimilah "Doa Ibu Bapa", untuk ibu bapa kita yang
telah lama meninggal dunia, agar Allah memgampuni mereka dan
mengasihani mereka dan menempatkan mereka dikalangan para solihin.
10.
Kelebihan mengamalkan istighfar:
a)
Allah perbanyakkan nikmat untuknya (bukti firman Allah dalam surah
Nuh, ayat 10-12)
b)
Allah jauhkannya dari azab seksa ( bukti firman Allah surah Al-Anfal,
ayat 33)
c)
Allah berikannya kekuatan (bukti firman Allah surah Hud, ayat 52)
d)
Allah akan memakbulkan permintaan dan permohonannya
e)
Allah berikan kejayaan di dunia dan akhirat (bukti firman Allah surah
al-Jumu'ah, ayat 10)
f)
Allah campakkan rasa kasih dan sayangNya dengan memudahkan pengamal
istighfar untuk melakukan kebaikan.
11.
Doakan anak-anak kita agar menjadi anak-anak yang soleh, musleh dan
musoleh. Bila mana anak-anak ini menjadi anak yang soleh, musleh dan
musoleh, doa anak-anak ini akan dapat membantu kita di akhirat kelak.
a)
soleh - anak yang baik
b)
musleh - anak yang baik bagi dirinya, ibubapa, keluarganya serta
membawa rakan-rakan terdekatnya untuk menjadi baik
c)
musoleh - anak yang baik bagi dirinya, ibubapa, keluarganya, membawa
rakan-rakan terdekatnya untuk menjadi baik serta merencana cara atau
kaedah supaya lebih ramai menjadi orang yang lebih baik.
12.
Tanda istighfar seseorang itu diterima Allah ialah hatinya ringan
memaafkan orang.
13.
Perbanyakkanlah istighfar ketika mana kamu sedang makan, berjalan di
pasar mahupun ketika duduk (setiap masa) sesungguhnya kamu tidak tahu
bilakah turunnya keampunan Allah - Imam Hassan Al-Basri.
14.
Waktu afdal melazimi istighfar adalah pada waktu sebelum masuknya
fardhu Subuh. (bukti firman Allah surah Al-Israk, ayat 79)
*Saya
sertakan video Penghulu Istighfar (UNIC) agar sama-sama dapat hafal
dan amalkan. Alisya boleh hafal, insyaAllah kita pun boleh.
#notailmunorakarim