Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, August 27, 2010

Mesej buat Syue Syue...

Syue.. saya amat tertarik dengan entry2 di blog awak lately... amat mencuit hati... rasa amat tenang dan sangat seronok membacanya... sangat santai... :-D tapikan syue rasanya ada beberapa perkara yg saya rasa awak perlu add... saya tercari2 ruangan untuk comment... kalau ada ruangan comment tu... lagi menarik...! layout cam yg dah ada skang agak SEMPIT la syue... sbb syue pilih 3 column... kalau nak edit layout/design, pilih yang ada 2 column... so ruang akan nampak lagi lebar dan tersusun...

btw... saya amat suke dengan entry yg ni... advertising project 1 done! Meera tu... Zalikha Ameera ke? dia nampak sgt cantik dalam gambar tu... syue... your shoot SANGAT CANTIK!! Congratulation dear!! :-)

Hati saya berdetik lagi... "rindunya nak mengajar batch u'll, batch yg sgt BEST!"

Wednesday, August 25, 2010

Yey! Alisya dah boleh meniarap...

Wah, hari ni mama sgt teruja melihat perkembangan alisya... sejak dr awal kelahirannya, dia sgt aktif dan suka berborak. selain itu, dia juga sgt suka tersengeh dan tergelak bila org mengagahnya!

selepas habis cuti bersalin, mama sgt risau bila menghantar alisya ke rumah pengasuhnya... mama takut kalau alisya menangis seraya tidak biasa dengan pengasuh... sebaik habis kerja, mama bergegas pulang utk mengambil alisya... sebaik mama sampai di rumah, mama lihat alisya sedang asyik berborak dgn pengasuhnya... (biarpun tidak tahu butir bicaranya!) perbualan itu seakan2 REAL.

hari ini alisya telah berjaya meniarap dengan sendiri! Dua tiga hari lepas, Alisya telah beberapa kali membuat cubaan untuk meniarap namun gagal.. Adakalanya dia menangis kerana tidak mampu untuk meniarap. Tetapi, hari ini Alisya seakan mahu "menunjuk2"! Sebaik mama meletakkan dia di atas tilam milik abangnya, dia terus mengiring dan meniarap. Kemudian tersengeh2 sambil memandang mama. (mungkin dia mahu mama memujinya!)

"Alahai... Alisya dah besar yea?!?" (dgn reaksi muka yg excited) sambil Alisya terkekek2 gembira! Mungkin sgt gembira kerana dpt menunjukkan aksinya tadi...

Dalam hati mama terdetik "cepatnya masa berlalu..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...