Ini adalah percubaan kedua saya setelah percubaan pertama menyertai Blog Contest terbatal... huhuhu sedih... sedih... jom try yg ni pulak... tarikh tutup 8 April 2011. Saya nak tag: Cik Yuzieta dan Puan R.T.N.Y
Nuffnang Ads
Agoda Ads
Monday, March 14, 2011
'asleenda 1st Give Away'
Assalamualaikum & salam satu Malaysia,
Ini adalah percubaan kedua saya setelah percubaan pertama menyertai Blog Contest terbatal... huhuhu sedih... sedih... jom try yg ni pulak... tarikh tutup 8 April 2011. Saya nak tag: Cik Yuzieta dan Puan R.T.N.Y
Ini adalah percubaan kedua saya setelah percubaan pertama menyertai Blog Contest terbatal... huhuhu sedih... sedih... jom try yg ni pulak... tarikh tutup 8 April 2011. Saya nak tag: Cik Yuzieta dan Puan R.T.N.Y
Friday, March 04, 2011
Saya Sayang Blog Saya...
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah ,
Satu ketika
dulu, (ketika blog ini ditubuhkan - tahun 2004) saya jadikan blog ini
hanya sebagai ruang untuk saya mencoret perkara-perkara yang berlaku
dalam hidup saya... kerana saya memang suka menulis... Pendek kata...
ketika itu, blog ini dijadikan sebagai tempat saya menyimpan segala
kedukaan dan kegembiraan...
Saya juga tidak pernah terfikir untuk
menambah (add on) apa saja widget dan features
kepada blog ini... kerana saya rasa biarlah ia dalam keadaan
default... yang penting, saya menggunakannya sebagai teman penting
dalam hidup saya... ibarat tradisi, si diari...
Sebenarnya
saya tidak pernah terfikir untuk membaca semula apa yang telah saya
tulis di dalam blog ini... kerana, saya berpendapat blog ini adalah
salah satu medium untuk saya release tension... Segala
perkara dan masalah "diadukan" di sini... dan sebaik sahaja
dipostkan, seolahnya saya telah 'terlepas' daripada memikirkan
perkara atau masalah tersebut...
Namun kini,
keadaan itu sedikit berubah... Saya terdetik untuk menggunakan segala
kemudahan yang ada dalam blog, seiring dengan rakan-rakan blogger
yang lain... Setelah hampir tujuh tahun blog ini dalam keadaan
default, saya mencari ruang agar ada kesempatan untuk
ditambahkan beberapa perkara ke dalamnya...
Yang
latest saya masukkan
features LinkWithin.
Dan dari situ saya boleh lihat akan segala apa yang ditulis di dalam
blog ini, yang sebenarnya saya sendiri tak sangka saya menulisnya...
Segala kegembiraan, kedukaan, keperitan saya ada di sini...
Saya memang seorang yang pelupa... lebih-lebih lagi apa yang melibatkan nombor...
especially date! (tak
percaya boleh tanya encik hubby saya...
dia selalu kecik hati bila saya tak ingat akan tarikh perkenalan
kami... tarikh tunang kami, tarikh nikah kami... tapi encik hubby,
begitu sabar dalam mengingatkan saya..)
Bila saya
ada peluang membaca previous posts saya... saya rasa amat
terharu... Sedih bila baca posts tentang mak, ayah dan ayah
mertua saya... sangat gembira dengan posts tentang
perkembangan kelahiran anak-anak saya... juga suka duka dan perit
mengharungi pelbagai perkara seperti family, persahabatan,
kerjaya, motivasi dan apa saja pengalaman dalam hidup ini... Saya
sangat terharu kerana saya ada rujukan untuk kamus kehidupan saya...
Sungguh, saya sayang blog saya...!!!
Kepada semua
yang pernah hadir dalam hidup saya... kalian telah mencipta dan
mewarnai kehidupan saya... Terima kasih banyak-banyak... Kepada semua
yang sudi membaca... saya sangat-sangat menghargai masa anda... Jika
ada yang baik di dalam blog ini dalam kehidupan anda, jadikan ia sebagai pedoman... Semoga ada perkara yang boleh dishare dari blog
ini... Saya masih lagi mencari ruang agar dapat menambahbaik blog
ini... Terima kasih semua... ;-)
Subscribe to:
Posts (Atom)