Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, October 31, 2012

Resipi Mudah: Aiskrim Coklat (Homemade)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ada orang tinggalkan komen minta saya share resipi aiskrim coklat yang saya buat... Sebelum saya share resipi ni... credit to Kak Ayu yang bagi saya resipi yang sangat simple dan maveles nih... heheh thanks Kak Ayu... 


Bahan-bahan yang diperlukan:
2 cawan susu coklat (jenama apa pun tak kisah... Saya pakai susu coklat HL)
2 cawan coffee mate   
1 sudu besar gula pasir (atau ikut kesesuaian manis masing-masing... )

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan dan kemudian blend. (kena blend sikit-sikit la... kalau masuk semua sekali tumpah pula nanti.. :p )

2. Blend sampai berbuih dan masukkan ke dalam bekas, lalu bekukan. Biarkan semalaman dalam freezer.

3. Keesokkannya keluarkan semula dari freezer dan biarkan sedikit cair dan blend semula... (proses ni nak bagi aiskrim tu lebih mampat dan ringan... tapi step yang ni saya tak buat pun sebab bila keluarkan dari freezer semua excited nak makan... Rasanya sedap je... hehehe)

Tadaa... ni lah hasilnya... (^_^) Selamat mencuba...



Tuesday, October 30, 2012

Ziarah Adik Harraz...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ala... ni cerita dah basi sikit... 23/10/12 hari tu bawa AF ziarah baby baru uncle Sharel dengan auntie Nana... Dekat je, di Taman Sunway, Gombak. Alisya nampak excited tengok baby pada mulanya... Tapi bila dah lama-lama, dia pun sibuk main mainan Abang Mirza yang hyperactive! (^_^) 

Comel betul tengok mereka berebut mainan Mirza, yang kebanyakkannya LORI! Lori pasir ada... lori simen ada... Lori kargo ada.. Lori Tesco ada... Lori Giant ada.. kalau nak tahu, Mirza memang suka LORI... hehehe

Ok, jom tengok adik kepada Mirza si peminat LORI... 

Harraz yang tidur sokmo... dari kami datang, sampai la kami balik...
AF & Mirza... dah sepah-sepah mainan
main iPad pula...

Lamanya Tak Makan Black Canyon...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Lama betul rasanya tak makan Black Canyon. Dulu masa di Kuantan, Black Canyon memang jadi salah satu tempat untuk reward diri sendiri bila dapat settlekan kerja-kerja office. Sekarang ni jarang makan di luar...

Hari tu... masa singgah di Jusco AU2, Keramat... jalan-jalan ternampak pula restoran Black Canyon ni... Apa lagi... Terus melepaskan rindu nak minum mocha glacier... Adoi... sedap betul!! Sayangnya tak sempat ambil gambar mocha glacier tu, sebab sampai je di atas meja, terus berebut dengan Faris... Habis sudaaa... tapi rupanya macam ni la...

Picture from here

Sedapkan nampak... Inilah favorite saya... air untuk encik hubby, air tembikai... Menu lain yang kami order

American Fried Rice... Ni untuk saya dan anak-anak...
BBQ Chicken Fried Rice... Ni untuk encik hubby...
Tak sempat ambil gambar juga... Spring Roll
favorite AF.
Alisya yang susah sikit nak makan... Dia dok
belasah timun yang ada dalam plate kitorang je...

Psst... sekali sekala makan di luar seronok juga... (^_^)

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha Buat Semua...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Salam Aidiladha buat semua rakan-rakan bloggers... Semoga segala pengorbanan yang telah kita lakukan sedikit sebanyak mengajar kita akan erti sebenar keikhlasan. Kepada yang pulang berhari raya di kampung... Semoga perjalanan anda selamat pergi dan pulang... (^_^)

Psst, anda masak apa pagi raya ni? Saya masak nasi minyak, ayam masak merah dan acar... 

Nasi minyak
Ayam masak merah, acar & bawang goreng...

Thursday, October 25, 2012

Manisnya Menjadi Surirumah! (^_^)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ketika nak approvekan komen dari blogger dashboard ni, saya sangat tertarik dengan satu komen yang ditinggalkan oleh NAD. Komennya seperti berikut:   


Betapa saya juga merasakan apa yang Nad rasakan... Dulu ketika awal perkahwinan, saya dan encik hubby berlainan negeri hingga hampir setahun lamanya. Lebih memburukkan keadaan apabila saya cuti Sabtu dan Ahad, manakala encik hubby tidak tentu cutinya... (sebab encik hubby wartawan yang cutinya 2 hari seminggu, dan memang jarang kena hari Sabtu dan Ahad

Satu hari ketika saya menziarah makcik saya di Sentul, dia ada menasihatkan saya... bahawa tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya... walau di mana suami berada, di situlah sepatutnya isterinya juga... Ketika itu juga saya sedang mengandungkan anak sulung saya, Faris (maklum sajalah sejak saya berkahwin, pakcik dan makcik lah tempat saya menumpang kasih sayang dan mendapatkan nasihat... Mak dan ayah saya tak sempat pun melihat saya naik pelamin... :( Moga mereka ditempatkan bersama golongan yang soleh... Amin) 

Bila saya menjadikan kewangan sebagai alasan... makcik saya kata... "Allah akan permudahkan apa juga yang kita rancangkan... Jika kita sentiasa redha untuk berada di sisi suami dan menguruskan sendiri anak-anak. Anak-anak tu amanah Allah untuk kita." 

Atas nasihat itu, akhirnya terbuka juga pintu hati saya mengikut suami ke Kuantan, Pahang. Alhamdulillah ada rezeki saya di bumi Kuantan, apabila dapat menjadi salah seorang tenaga pengajar di sebuah kolej swasta. Hidup makin menyeronokkan bila saya dan encik hubby boleh membesarkan Faris bersama-sama.

Akhir tahun lepas, sekali lagi saya diuji... Encik hubby mendapat arahan untuk bertukar biro ke Melaka (di mana tempat saya berada sekarang...) Mula-mula berat juga rasa hati... lebih-lebih lagi bila saya tahu saya akan menjadi surirumah sepenuh masa... Walaupun berat hati... saya redha juga mengikut encik hubby berhijrah... Lagipun, perkahwinan jarak jauh sebenarnya memerlukan pengorbanan MODAL DAN MASA YANG LEBIH BANYAK. 

Sekarang saya dah pun jadi suri rumah sepenuh masa... Saya akui 3 bulan yang pertama, saya memang stress... Mungkin sebab nak serasikan masa dan tanggungjawab dengan situasi. Dah 10 bulan saya menjadi suri rumah... saya rasa sangat seronok! Manisnya menjadi suri rumah bila:
 
Origami - love
bookmark
1. Saya boleh luangkan sepenuh masa saya bersama anak-anak - Melihat perkembangan anak-anak dari sehari ke sehari benar-benar menyeronokkan. Oh ya... setiap hari juga kita boleh belajar benda baru dari mereka. Bila mereka bercakap, menyanyi, menari, menangis, merajuk... semuanya mengasyikkan...! Tambahan lagi bila anak-anak berjaya membuat sesuatu yang kita ajarkan pada mereka dalam masa yang singkat.

2.  Saya boleh masak untuk encik hubby dan anak-anak - makanan yang baik bermula dari rumah... Masakan seorang isteri adalah pengerat kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak. Sila baca entri tentang air tangan isteri di sini...

3.   Saya boleh tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga - ini yang sangat susah nak  buat masa bekerja dulu... Masa saya banyak dihabiskan untuk kerjaya saya... Sekarang mereka semua (keluarga), sangat dekat dengan saya \(^o^)/


4. Masa yang fleksibel boleh diluangkan untuk hobi saya  - sekarang, saya boleh buat semua benda yang saya minat... membaca novel dan buku-buku motivasi, membuat cross stitch, lipat-lipat kertas (baca sebagai origami), berblog dan macam-macam lagi... (^_^)

5. Saya boleh turut serta bila encik hubby kena outstation - saya tak perlu minta cuti dari majikan apabila encik hubby kena outstation. Saya boleh ikut sekali dan bercuti!! (buat masa ni Faris belum bersekolah lagi... so... ok la...) 

6. Banyak masa untuk perbaiki diri - saya bukanlah sempurna... saya masih lagi belajar banyak perkara... untuk menjadi isteri dan ibu yang baik, saya banyakkan membaca buku-buku yang berunsurkan keibubapaan/kekeluargaan. Begitu juga untuk jadi muslimah yang baik, saya pertingkatkan amalan dan membaca buku-buku islamik. 

Ish... banyak lagi nak taip... kena buat part 2 la rasanya ni... Buat masa ni saya simpulkan dulu ya... (adeh... penat taip)

Saya mengaku saya hidup dalam kesederhanaan. Tak boleh la bermewah sebab encik hubby seorang je bekerja... (kesian juga pada encik hubby bila ada bulan-bulan yang kami agak sesak... mujur ada ahli keluarga yang sangat memahami dan membantu kami...) Namun saya rasa sangat seronok dan bahagia... Apa yang orang nak cakap, kita tolak tepi je... Jika mereka berada di tempat kita suatu hari nanti, mereka akan tahu betapa manisnya menjadi suri rumah...!! Lebih-lebih lagi... jika mereka tahu kerjaya apa yang lebih mulia bagi wanita di sisi Allah... So suri rumah semua... Jangan pernah menyesal dengan keputusan yang telah dibuat... Chill!! (^_^) 

Nota kaki: Buat NAD, (saya rasa Nad bukan blogger sebab meninggalkan komen sebagai Anonymous, sayangnyakan? kalau Nad blogger mesti lagi seronok...) terima kasih singgah dan meninggalkan komen di blog saya... saya bersyukur, sekiranya entri-entri saya di sini dapat memberikan idea dan mungkin sedikit sebanyak memberikan anda kekuatan... (^_^)

Friday, October 19, 2012

Senyum!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Terbaca sesuatu di FB page Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan blogger sekalian. Untuk simpanan saya juga kemudian hari... Amalan yang amat mudah dan besar fadhilat tapi sering diabaikan ialah SENYUM. Terdapat 13 fadhilat atau kebaikan apabila kita senyum:


Mungkin macam ni la kot senyum ikhlas?
1. Dapat pahala sedekah dengan memberikan senyuman.  
2. Mencantikkan wajah seseorang.
3. Dengan senyuman kita dapat perbaiki mood kita.  
4. Rangsang orang lain untuk turut senyum.  
5. Kuatkan imuniti badan daripada penyakit.
6. Mengurangkan stress  
7. Turunkan tekanan darah.
8. Mengeluarkan endorphin yang buat kita ceria.
9. Jadikan wajah awet muda.  
10. Nampak lebih berjaya.  
11. Bantu kita kekal dalam keadaan yang positif (mustahil boleh marah sambil senyum...)
12. Terhindar dari sakit jantung.  
13. Cermin kepada hati yang murni dan kebijaksanaan.

Nota kaki: Saya tambah juga info yang saya dapat dari rancangan Tanyalah Ustazah (Ustazah Norhafizah Musa, dengan tajuk Amalan Kebaikan Sesama Muslim), SENYUM YANG IKHLAS adalah senyum yang menggerakkan kedua-dua belah otot muka (terutama dia bahadian mulut dan pipi). Senyuman ini akan menyebabkan mata kita sepet! Itulah SENYUM IKHLAS...   

Jom SENYUM! (^_^)  

Thursday, October 18, 2012

Lipat Plastik, Jimat Ruang!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Perasan tak, kita akan dibekalkan dengan beg plastik setiap kali membeli barang? Walaupun satu barang! Even barang yang kecil! (kalau hari Sabtu pun, rata-rata dari kita sanggup bayar 20 sen untuk sehelai beg plastik)

Apa yang kita lakukan apabila barang dah dikeluarkan dari beg plastik tu? Plastik tu buang je dalam tong sampah? Atau sumbat dalam laci? Atau... 

Plastik ni bila kita simpan... makin lama akan banyak... dan akan 'makan ruang' jika tidak disimpan dengan betul. Maka laci yang besar akan penuh dengan plastik yang disumbat, walaupun cuma ada 10-15 helai... Lebih parah lagi apabila kita terpaksa kirai satu persatu untuk memilih saiz beg plastik yang kita mahukan...

Dalam post kali ni, saya nak share bagaimana saya simpan beg plastik yang boleh jimatkan ruang dan memudahkan saya memilih saiznya setiap kali saya memerlukannya.

Ratakan plastik macam ni...


Lipat dua...

Lipat lagi sekali...
Lipat bahadian bawah plastik menjadi bentuk 3 segi...
Lipat hingga ke hujung pemegang beg plastik...
Selitkan lebihan plastik ke dalam lipatan yang sebelumnya...
Ha... dari lipatan anda boleh tahu saiz plastik tersebut... :)
So, bolehlah di simpan dalam laci...
Saya tak de laci, jadi saya simpan dalam ni je...
 
Jom lipat plastik!! (^_^)

"Mama, Baby Sakit..."

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Tengah saya baca magazine, tiba-tiba Alisya datang pada saya dengan muka sedih. 

"Mama, baby sakit..." (oh nada pun sedih juga...) Terus saya tanya kenapa... Sambil dia tunjukkan baby bearnya pada saya... Ala... kesiannya baby bear Alisya... lehernya dah koyak... 

So terus la saya ambil bekas jahit dan mula nak menjahit... Alisya tengok dengan cemas... Bila saya keluarkan jarum... Alisya kelam kabut...

"Mama, jangan... jangan... Nanti baby akit (sakit)..." (muka dah macam nak nangis...)

"Kena jahit dulu... nanti baby tak sakit dah..." jawab saya. Sambil saya menjahit tu... Alisya menjerit-jerit... (urkh... fokus... fokus... kelam kabut juga jahit, sebab makin lama makin kuat Alisya jerit...)

"Ok, baby tak sakit dah..." kata saya... Terus Alisya datang dekat dan peluk baby bear dia, sambil cium beberapa kali... Alahai... terharu pula saya tengok... Punyalah dia sayang bear tu... Bila saya tunjuk leher bear yang dah berjahit tu... Terus dia peluk saya... dan cakap...

"Aceh (terima kasih)... Sayang mama ketat-ketat..." 

Lagi la terharu mama... "Sayang Alisya ketat-ketat juga..."

(Oh by the way, Faris yang mula-mula sebut "sayang ketat-ketat" tu, then Alisya pun ikut...)




Tuesday, October 16, 2012

Faris Suka Rainbow!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Semalam saya minta encik hubby belikan pensil warna untuk Faris... sebab minggu ni Faris periksa... Cikgu pesan suruh bawa pensil warna sendiri sebab yang ada di taska tu dah kontot-kontot... :p

Balik je encik hubby, excited la Faris dan Alisya dapat pensil warna baru... masing-masing sibuk minta kertas lukisan... bila dapat seorang sekeping, mulalah merealisasikan daya kretiviti masing-masing di atas kertas tu... 


Ok, ini adalah hasil kerja Faris... yang saya perasan... dia sangat la suka lukis rainbow... mana-mana kertas yang dia conteng, memang akan ada rainbow... Cuma ni first time saya tengok Faris lukis rainbow + orang lidi tu... hehe comel je... 

Bila tanya yang orang lidi tu Faris ke? Dia menafikan :p Dia kata, "Tu Iman dengan rainbow!" (Iman tu kawan taska dia.. Kesian Iman jadi mangsa potret...  ( ´∀`) )

Terus la saya puji... "Wah, Iman handsome la..."

Tergugat dengan kata-kata tu agaknya, terus Faris tanya, "Ayies?! Ayies handsome tak mama?"

Tergelak saya! Ada orang jealous!

Makan FREE di RBB! (^_^)Y

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Malam tadi encik hubby dapat jemputan makan di Rawang Burger Bakar (RBB), di MITC Melaka... (So secara tidak langsung saya dapat off dari memasak... heheh) Makan-makan bersama media bagi tujuan mempromosikan pelbagai jenis burger dari RBB.

Wah... ini adalah first time saya makan burger bakar... Selalu saya baca di blog rakan-rakan blogger je pasal burger bakar ni... (sampai terliur-liur tengok gambar) Malam tadi barulah dapat merasa... Bila wartawan dan photographer buat berita... saya, Faris dan Alisya... sibuk makan... hehehe


Ini encik hubby punya... "Ombak Rindu"

Monday, October 15, 2012

Penangan Mencabut Rumput!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Semalam seharian saya mencabut rumput di depan rumah... Selalunya encik hubby akan racun je... tapi bila racun dan rumput dah kering, tumbuh pula rumput baru... laman tu jadi tak comei... Dah la tak de tanaman, so agak sakit mata jugalah tengok laman ni...

Disebabkan rumput pun dah tinggi, and encik hubby tah bila-bila nak offnya... maka saya pun mencabut la rumput-rumput tu...

Hehehe... saya cabut ikut matahari! Saya cabut di tempat yang redup dulu... Sebab tu jadi la macam tu... bahagian yang redup dah dicabut rumputnya... tinggal yang kat panas tu je lagi...  (^_^)

Saya mula mencabut jam 11 lebih... selesai semuanya lebih kurang jam 5 petang... lamakan? Sebab melayan Faris dan Alisya... Kejap-kejap nak air la... Nak masuk toilet la... Nak makan nasi la... Macam-macam... Faris dengan Alisya pun asyik tanya... "Mama... dah siap belum?" (urkh lagi tension)

Lepas je siap mencabut... tangan saya tersangatlah lenguhnya... dari bahu ke jari-jari kanan... masa masak malam untuk encik hubby pun tangan saya menggigil... huhuhu... Tapi siap jugalah paprik ayam dengan telur dadar yang diminta encik hubby. Sepanjang malam tangan saya sangat sakit... (-_-') sapu balm panas ok la sikit... 

 Paprik ayam untuk encik hubby
Jom LIKE page ni...

Psst: Saya ingat lepas ni nak tanam pokok la... at least tak la rasa boring mencabut rumput... Pokok apa yang sesuai ditanam yea? Kalau tanam pokok cili ke, sawi ke... ok tak? :p
 
 

Sunday, October 14, 2012

Giveaway 2 in 1 (05.10.2012 ~ 04.11.2012) by Simply Moi

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Tiba-tiba rasa nak join GA seorang rakan blogger, (Maya Amir), sebab saya tertarik dengan hadiah yang ditawarkan... walaupun syaratnya punya la banyak.. hihihih... Disebabkan nak menang (kalau ada rezeki) saya gagahkan juga membuat entri ni :p  


Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut: (saya ringkaskan dari blog Simply Moi)

1) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

2) Follow kedua-dua blog SIMPLY MOI & E-MAYAONLINESHOP (done!)

3) Letak Banner di atas & linkkan banner tersebut ke blog SIMPLY MOI ini.. (done!)


4) Lengkapkan penyataan ini:- JIKA SAYA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG KATEGORI PERTAMA, SAYA MEMILIH _____(Sebutkan pilihan nama produk)______ KERANA _____(Sebutkan 1 khasiat produk yang dipilih - satu sahaja ye..) (done!)



Saturday, October 13, 2012

Tips dan Doa Melembutkan Hati Anak

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Oh ya... 3 hari lepas saya sempat ber'whatsapp' dengan seorang rakan, Nad namanya... asalnya anak sulungnya yang terhantar mesej ni (NnnjZjzjzbHHz) kepada saya... (dah sah-sah bukan kerja kawan saya tu... heheh

Panjang juga kami bermesej... macam-macam cerita juga yang keluar... maklum la lama tak jumpa... Dalam banyak-banyak cerita tu, Nad ada bertanya saya, sama ada saya ada tips/ayat untuk melembutkan hati anak... Sebab katanya Tihaj, anak sulungnya agak menguji kesabarannya sekali sekala... Spontan je saya balas, "Tihaj nak perhatian, sebab dia baru je dapat adik baru :p" (biasalahkan... dia dah tahu dia ada saingan, so dia "buat perangai" untuk dapatkan perhatian... heheh Faris pun macam tu juga...)


Hari ni baru saya berkesempatan nak taip entri ni untuk Nad dan rakan-rakan bloggers yang lain. 

Tips Melembutkan Hati Anak:

1. Rajin-rajinlah memeluk anak - tak kisah la anak nombor 1 ke, 2 ke, 3 ke, 4 ke, 5 ke, 6 ke dan seterusnya sebab dengan pelukan anak-anak sebenarnya akan rasa lebih tenang. Ini kerana degupan jantung ibu merupakan irama pertama yang didengari oleh anak-anak ketika mereka di dalam kandungan.   

2. Sentiasalah bergurau dengan mereka - jangan sebab anak no 3 tak berapa comel macam anak nombor 1 dan 2 maka anda tidak bergurau dengannya... dalam erti kata lain, jangan bahagikan kasih sayang anda kepada anak-anak mengikut kecomelan, keupayaan dan lain-lain.


3. Doa depan anak-anak sambil sebut namanya - bila anak buat sesuatu yang mencabar kesabaran, pegang anak tu, renung matanya then baca doa lebih kurang macam ni dengan agak kuat... "Ya Allah ya Tuhanku... Aku bermohon kepadaMu agar anakku Adam Faris, mendengar cakap mama dan abah, jauhkanlah Adam Faris dari kedegilan... Semoga Adam Faris menjadi anak yang soleh... Amin". Kaedah ini saya ada terbaca melalui FB Wardina Safiyyah. Bila buat dekat Faris atau Alisya, mereka akan terkebil-kebil tengok saya baca doa sebut nama mereka.   

4. Ajarkan zikir dan surah-surah yang mudah - ajarkanlah surah-surah lazim kepada anak-anak (surah Al-Fatihah, 3 Qul dan lain-lain) tak perlulah sampai bertaranum bagai... Memadai mereka boleh ikut membacanya (walaupun dengan pelat mereka sendiri) atau ajarkan zikir-zikir yang mudah macam Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar...

5. Dengarkan bacaan Al-quran - Kalau boleh setiap malam masa nak tidur tu... bukakan CD bacaan Al-Quran... biarkan ia terbuka sehingga anak terlelap. Bacaan Al-Quran akan beri ketenangan kepada anak-anak yang mendengarnya.

Setakat ni itu la yang saya buat pada anak-anak saya... So, saya kongsikan juga beberapa ayat/doa bagi melembutkan hati anak-anak syurga kita yang kadang-kadang menguji kesabaran kita... Doa-doa ini saya ambil dari beberapa rancangan TV... (Semanis Kurma, Tanyalah Ustaz/Ustazah, Al-Kuliyyah) Moga bermanfaat buat semua...

1. Surah Toha: Ayat 1-6

2. Surah Al-Imran: Ayat 200
3. Surah An-Naml: Ayat 30-31
4. Bacalah zikir 'Ya Latiff' (Yang Maha Lembut)


Psst: Pernah dengar tak orang tua-tua kata, jangan cium anak masa mereka tidur? Orang tua-tua cakap la.. bukan saya cakap... bila kita cium anak waktu mereka tidur, anak tu akan jadi degil...! 

- Tapi betul juga.. kenapa nak SOROK ciuman sayang anda kepada mereka (ketika mereka tidur...) sebaliknya TUNJUKlah ciuman sayang tu ketika mereka sedar/berjaga... agar mereka tahu anda sayangkan mereka...-


Friday, October 12, 2012

Ala... Gas Habis!!!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alahai... tang ni yang leceh... bila tengah syok memasak GAS HABIS pula! Kalau di Gombak, memang ada spare satu tong gas baru... So, memang tak de la masalah bila gas habis... Kat rumah sewa ni... tak de pula ruang lebih nak menyimpan gas spare... sebab dapurnya terlalu la kecil... bila habis, kalut la juga... Nak tak nak kena la masak dalam ni... 


Tapi alhamdulillah siap juga nasi minyak dan ayam masak merah saya untuk encik hubby bersarapan pagi... (nampak gayanya sampai ke malam la makan lauk ni... nasib baik masak lebih...)



 Jom LIKE page ni... 

Psst! Kalau jadi macam ni... rasa macam bagus juga kalau ada dapur elektrik... tapi harganya... RM3k lebih... adui!

 

Friday, October 05, 2012

Doakan Ibubapa...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Salam penghulu segala hari buat bloggers sekalian... Moga semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat... Diberikan kesihatan dan kemudahan dalam menguruskan segala perkara. Amin... InsyaAllah...

Ini adalah peringatan ringkas buat saya dan juga anda, yang bergelar anak... Saya petik dari rancangan Tanyalah Ustazah...

Seorang anak yang tidak mendoakan kedua ibubapanya (baik ibubapanya masih hidup atau telah meninggal dunia), dia tidak akan dapat keredhaan dari kedua ibubapanya serta hidupnya akan sentiasa berada dalam kesulitan/kesusahan



Sentiasalah mendoakan kedua ibubapa kita, setiap hari... tanpa jemu... Moga dengan doa itu, kita akan menjadi anak yang sentiasa dalam redha mereka. Ingat, kita yang akan membantu kedua ibubapa kita... sama ada ke syurga mahupun sebaliknya.

Rasulullah s.a.w berpesan, kepada mereka yang ibubapanya telah meninggal dunia, lakukanlah tiga perkara ini:

1. Seorang anak itu perlulah berusaha untuk menjadi anak yang soleh/solehah - menjaga solat, membaca Al-Quran, memperbanyakkan solat sunat, beristighfar dan berzikir dan melakukan kebaikan.  


2. Menghubungi kawan-kawan rapat/baik ibubapa - tanyakan khabar dan ziarahlah mereka jika berkesempatan, bagi mengekalkan silaturrahim.

3. Banyakkan sedekah atas nama kedua ibubapa - sedekahkan Al-Quran, telekung, duit dan lain-lain atas nama kedua ibubapa.


Moga dengan ketiga-tiga amalan ini, kita boleh memimpin tangan kedua ibubapa kita untuk ke syurga. 

Berikut adalah dua doa yang saya petik dari rancangan Semanis Kurma. Doa moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan juga dosa kedua ibubapa kita...

Surah Ibrahim: ayat 41
Surah Al-Baqarah: ayat 127 


Moga dengan amalan yang sedikit akan memberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak... Moga entri ini bermanfaat buat semua... InsyaAllah...

Wednesday, October 03, 2012

Cross Stitch Pula! :D

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Yey, akhirnya barang yang saya beli secara online telahpun sampai semalam... Ha nak tahu apa dia? Jeng... jeng... jeng... ini dia... Cross stitch!! :D Cross stitch ni adalah satu benda yang saya suka buat dulu-dulu... masa bekerja dulu memang tak de peluang nak buat benda-benda yang kita suka... sebab sibuk dengan tanggungjawab pada kerja... 

Dah duduk rumah ni banyak benda yang saya RINDU sangat nak buat... macam baca novel... buat gubahan hantaran, buat cross stitch, menulis (takat ni menulis blog la.. :p sedang dalam usaha untuk buat something yang berkaitan dengan penulisan... tapi nanti dah jadi baru saya reveal ya.. heheh) Saya suka juga benda-benda art... dan saya memang rajin tengok Art Attack, Artzooka dan Finger Tips... Dan suka menghabiskan kertas lukisan yang saya beli untuk anak-anak.. :p
 

Memang rambang mata masa tengok design cross stitch di sini...  Tak tahu mana satu nak pilih... lastnya saya pilih yang ini... 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...