Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, September 28, 2015

Muzium Negeri Terengganu

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kami ni kan, kalau sampai di Marang, memang tak tahu apa nak dibuat. Encik hubby tak de kawan di Marang... Kalau kami balik ke Cerul, memang dari pagi sampai ke petang encik hubby bawa jumpa kawan-kawan dia. So, bila tak de nak jumpa siapa-siapa, kami pergi la melawat tempat-tempat menarik berhampiran.

Sehari sebelum Raya Aidiladha, encik hubby bawa kami pergi Muzium Negeri Terengganu... Faris dan Alisya la seronok sangat... Alisya walaupun demam layankan juga pergi berjalan-jalan. Cuma kadang-kadang dia minta didukung sebab dah penat berjalan.

Sebenarnya masa cuti macam nilah ramai orang ambil peluang untuk "Cuti-cuti Malaysia". Maklumlah hari biasa-biasa susah juga nak cutikan... Nak-nak kerja macam encik hubby saya yang kadang-kadang cuti kena beku disebabkan ada event besar melibatkan menteri.

Oh ya... kalau dah nama pun melawat muzium, mestilah tengok hasil-hasil tinggalan sejarah. Yang tak boleh nak layan tu bila Faris asyik la tanya macam-macam soalan pelik. Mama dia ni kalau tak sakit gigi, boleh la melayan. Ni nak layankan sakit gigi, layan soalan cepu mas lagi.. Aduhai! Mencabar betul rasanya... (T_T)


Saya: Faris ni la Batu Bersurat...

Faris: Batu Bersurat tu apa?!

Saya: Ni tengok... tulisan Jawi paling awal ni... Orang dulu tulis atas batu...

Faris: Kenapa susah-susah tulis atas batu?! Kertaskan ada mama... 

Saya: Dulu mana ada kertas... (*tepuk dahi*)

* * * * *

Faris: Macam mana pedang Jepun boleh ada kat kampung abah...?

Saya: Ye la dulu kita ni DIJAJAH orang Jepun... orang dulu-dulu mana ada pakai senapang hebat-hebat... pakai pedang je...

Faris: Kenapa Jepun GAJAHKAN kita?!

Saya: GAJAH apa pulak... JAJAHLAH... Jajah tu orang Jepun nak perintah tempat kita... (saya elak guna perkataan "takluk", kang lagi macam-macam dia tanya...)

Faris: MAJALAH?! Ooo, ambil gambar semua pedang ni masuk majalah... (T_T) Aduhai Faris... mama ni sakit gigi tau! Soalan-soalan lepas tu saya diamkan aja... Makin banyak di jawab, makin banyak soalannya... Kalau tak sakit gigi saya layankan je... Ni sebab sakit pun tak dapat nak tahan...

* * * * *

Bila tanya Faris dan Alisya apa yang paling best dekat muzium tu, kata mereka... Tempat yang paling best adalah di bahagian luar muzium. Di bahagian luar tu ada kolam ikan koi. Punyalah banyak ikan koi dalam tu... Ada pula jual makanan ikan... kami pun pakat beli dan bagi ikan makan... Seronoknya la Faris dan Alisya bila tengok ikan-ikan melompat dan berebut makanan. 

Anak-anakkan, aktiviti macam ni la mereka suka buat... kalau baca dan tengok barang-barang lama dalam muzium tu bukannya mereka faham pun...


Kepada mereka yang ingin melawat Muzium Negeri Terengganu, ini sedikit info tentangnya:

TIKET:
Kanak-kanak (7-15 tahun) - RM 2.00 (bawah 7 tahun percuma)
Dewasa (16 tahun ke atas) - RM 5.00

WAKTU OPERASI:
Sabtu - Khamis - 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat - 9.00 pagi - 12.00 tengah hari, dibuka semula jam 3.00 - 5.00 petang


Nota kaki: Lepas ke Muzium dan bagi ikan makan, kami terus ke Pantai Batu Buruk... Nanti saya buat entri lain...

Wednesday, September 23, 2015

Kecelaruan Bahasa (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah pun sampai di kampung encik hubby dengan selamatnya lewat petang semalam.

Sepanjang jalan adakalanya hujan lebat, adakalanya renyai. Kelihatan juga beberapa kemalangan berlaku mungkin disebabkan jalan licin. Untuk rakan-rakan yang akan pulang ke kampung, tak kira dekat ataupun jauh, pandulah kereta berhati-hati. Biar lambat, asal sampai dengan selamat.

Apa yang saya nak cerita adalah tentang Faris dan Alisya. Seperti yang saya beritahu dalam entri sebelum ni, mereka sangatlah seronok bila cakap akan beraya di kampung. Raya Aidilfitri hari tu, kami tak dapat nak balik kampung sebab encik hubby kerja. Jadi kami balik la Raya Haji ni...

Ahad lepaskan kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Serting, Negeri Sembilan. Ahad tu Faris dan Alisya dengar la loghat Nismilan. Balik tu dapat la sebut, "apo kono ea jang?!" 

Tiba-tiba hari ni mereka dengar loghat Ganu pula. Sampai-sampai di rumah Tok De ni, jumpa la seorang budak kecil (encik hubby kata, budak tu dua pupu Faris dan Alisya). Macam biasalah kan, budak-budak kecil ni mudah berkawan. So, main sama-sama sampai berpeluh-peluh.

Masa nak pakaikan Alisya baju, saya tanyalah apa nama kawan Alisya tu? Alisya cakap, "tak tahu la Alisya tak faham dia cakap apa... dia cakap nama dia ipang ke... ifang."

Yang mamanya ni pun lupa sedang berada di Terengganu. Saya pun jawablah, "takkan la namanya pang... Alisya tanya la betul-betul." 

Lepas makan, sambil tengok tv terdengar Tok De nya panggil budak tu, minta ambilkan remote tv. Terus Faris tanya apa nama dia?! Tok De nya jawab, "Ifang" Faris tah berapa kali cakap "Ha? Ha apa?" Lepas tu Tok De sebut perlahan-lahan, "IRFAN."

Terus saya tergelak... betul la Alisya cakap tadi... nama budak tu ipang/ifang, sebab Ganu ada "g" belakang... 

Alisya cakap... "cikgu Alisya cakap Klate (gapo dio), kampung mama cakap Nismilan (apo kono ea jang), kampung abah pulak cakap Ganu (Ifang). Pening Alisya!"

"Ha... ni baru Malaysia!" jawab saya... (^_^)


Nota kaki: Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Jaga diri baik-baik ya!


Monday, September 21, 2015

Jumpo Waghih!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lama dah saya tak jumpa saudara mara di Nismilian (Negeri Sembilan) ni... Sejak mak dan ayah saya tak de, kami memang jarang balik. Lebih-lebih lagi dulu saya duduk luar dari Kuala Lumpur, so, jarang dapat masa nak penuhi jemputan saudara mara.

Semalam, mak ngah Ani saya di Serting, buat majlis perkahwinan anak bongsunya... Kebetulan adik saya pun nak pergi, saya pun join sekaki. Encik hubby saya kerja. So, saya ikut la adik, abang dan kakak saya. Faris dan Alisya, kemain seronoklah bila kata nak balik kampung!

Yang kelakarnya, kami siap sosek (sesat)! Nampak sangat dah lama tak datang, sampai sesat-sesat dibuatnya... Kami sampai pun dalam pukul 3 lebih... Pengantin pun dah turun dari pelamin dan cuci pinggan mangkuk... Hahaha... Kena gelak tak ingat dengan orang kampung... Haih! Tak pe la... yang penting kami selamat sampai.

Tapi yang seronoknya dapat jumpo waghih... Mak Ngah Ani, Mak Long, Pak Teh... eh semualah! Part yang paling best bila dengar mereka cakap Nismilan. Punyalah lama tak dengar orang cakap Nismilan. Excited pula rasa. 

Dulu arwah mak dan ayah saya memang cakap Nismilan. Kami adik beradik ni tukang gelak. Tapi sekarang ni rasa rindu pula. Nak cakap sendiri, bunyinya tak sama macam orang Nismilan cakap! Dengar pakcik makcik cakap sedap je bunyinya.

Antara waghih-waghih....
Si Alisya asyik berkepit dengan anak kakak saya si Raihana tu...
Kemana-mana pun menempel je budak dua orang ni...

Oh ya, Faris dan Alisya punyalah seronok bila sampai kampung... Berlari sana sini, melawat kawasan, tegur sapa dengan atuk dan wan. Suka hati dia je tegur atuk dan wan yang dia nampak. Bukan kenal pun! Tapi sebab excited nampak atuk dan wan! Maklumlah sebab mereka tak sempat jumpa atuk dan wan mereka.


Nota kaki: Esok insyaAllah balik kampung encik hubby pula... Raya Aidiladha di Marang... AF macam biasa, excited bila kata nak balik kampung!!

Friday, September 18, 2015

Perkongsian Jumaat: Terjemahan Surah Al-Kahfi: Ayat 49

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Penghulu Hari,

Play Store: BAYAN QURAN

Terjemahan Surah Al-Kahfi, ayat 49:
Lalu diserahkan suratan amalan masing-masing untuk ditimbang. Ketika itu, orang yang berdosa, mukanya pucat lesi, takut melihat suratan amalan yang mereka sudah dapat meneka kandungannya. Bisik hati mereka: Apakah begini lengkap catatannya, sehingga tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang aku buat? Semua tercatat dengan jelas. Demikianlah caranya Allah menunjukkan keadilanNya supaya tiada yang boleh menuduhNya zalim.

Peringatan buat diri sendiri:
Setiap amalan baik mahupun buruk, amalan kecil mahupun besar, amalan tersembunyi mahupun nyata, segalanya dalam pengetahuan Allah SWT. Segalanya dicatatkan selengkap-lengkapnya tanpa ada yang tertinggal... Allahurabbi... (T_T)


Nota kaki: Sudahkah kita membaca Surah Al-Kahfi hari ini? Jika tidak juga punya masa untuk baca, dengarlah melalui MP3/YouTube/Aplikasi Quran. Moga ini juga menjadi amalan kecil untuk dicatatkan dalam buku amalan kita... InsyaAllah. Amin.  

Thursday, September 17, 2015

GA: Tudung Aidijuma Giveaway by Anies

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya luangkan masa ini, untuk support Giveaway yang dianjurkan oleh salah seorang rakan blogger saya iaitu Anies. Apalah gunanya rakan maya kalau tak support rakan blogger lainkan...

Jom join... Hadiah menarik tau! (^_^) InsyaAllah mudah juga syaratnya... Kalau nak join boleh klik banner yea... Tarikh tutup 24.09.2015, sempat lagi nak join ni...

http://aniesandyou.blogspot.my/2015/09/tudung-aidijuma-giveaway-by-anies.html

So, dalam entri ini saya nak ceritakan pengalaman saya bila Alisya nak pakai tudung. Alisya mula pakai tudung pada usianya 2 tahun (sekarang dia 5 tahun). Saya sendiri tak pernah paksa Alisya untuk pakai tudung. Tapi dia sendiri yang nak pakai bila dia tengok saya selalu bertudung bila keluar rumah. Inilah tudung pertama Alisya...


Alololo... masa ni Alisya tembamkan...? Maklumlah masa ni fully breastfeed kan... Alisya menyusu cukup dua tahun... Alhamdulillah... Ok berbalik cerita tudung Alisya, so, selepas tudung yang ni maka banyaklah koleksi tudung Alisya kemudiannya. Boleh kata, kebanyakkan masa kalau keluar rumah, memang dia minta tudung untuk dipakai.

Tapi biasalah budak-budak ada on & off. Kalau dia sangat berpeluh, dia akan minta untuk buka tudung... Biasanya dia akan minta izin dulu dari saya untuk buka tudung. Disebabkan dia masih kecil, saya akur. Tapi slowly ajar juga kenapa mesti pakai tudung sepanjang berada di luar rumah.

Sekarang ni mudah sikit sebab di PASTI pun cikgu dah sentuh bab aurat. Cikgu selalu pesan, orang perempuan kena tutup aurat. Anak-anak biasalah, akan ikut cakap cikgu berbanding Mama dan Abahkan... :p Bagus juga... kalau Mama dengan Abah yang cakap, banyak sangat "ye ke?" nanti...

Kalau nampak tudung kanak-kanak yang menarik di shopping mall kan, mesti Alisya akan cakap, "kalau Mama cukup duit nanti, boleh tak belikan Alisya tudung macam tu." Alo.... sweetkan?!

Alisya ni satu yang saya perasan tak macam abangnya yang jenis meraung kalau tak dapat barang yang dia nak... Alisya lebih bersifat cool and understanding. Biasanya dia akan cuba minta dengan polite. Kalau tak dapat dia tak menangis. Memang bezalah dari abangnya.

Ni saya share lagi gambar-gambar Alisya bertudung... Moga anak saya ni juga turut "istiqamah" bertudung pada usia remaja dan dewasanya nanti... Moga jadi anak yang solehah ya sayang... InsyaAllah... Aamiin...



Nota kaki: Menarik juga giveaway Anies pasal entri pengalaman bertudung ni... tiba-tiba rasa touching pula bila cerita pasal anak... hahaha

Wednesday, September 16, 2015

Tutorial: Widget Top Komentator (Bulanan)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ok ini kelakar... Sebenarnya saya tak boleh nak panggil ni tutorial. Sebab blog saya ni tak boleh di copy dan paste. Eh ke boleh?! Sebab seingat saya, dulu saya pernah masukkan coding agar entri-entri saya tidak boleh di copy paste. Tapi saya tak sure sama ada anda boleh copy paste entri saya atau tak? Acer try... (^_^) 

Saya cuma nak panjangkan ilmu yang saya ambil dari Azhafizah. Saya sebenarnya dah lama cari widget tukang komen secara bulanan. Ada tutorial yang saya dapat dari blogger-blogger lain hasil carian di Google, tapi kebanyakkannya akan menyebabkan blog saya lambat loading. Sampailah saya jumpa widget yang dikongsikan Fiza ni.

Tutorial ni sangat mudah. InsyaAllah blog pun tak ambil masa lama untuk loading. Jom tengok caranya...

1. Log in blogger.com
2. Dashboard >> Layout >> Add gadget >> HTML/Javascript
3. Copy code (sila ke blog Fiza untuk coding ya kawan-kawan)
4. Paste ke dalam box HTML/Javascript 
5. Edit coding. 
6. Dah siap Edit. Save!

Ha... tengok caranya pun senang je kan? So, anda yang mencari widget top commentator bulanan ni, boleh la ambil code dari blog Fiza tu ya. Saya harap dengan perkongsian saya ni dapatlah panjangkan ilmu yang dikongsikan Fiza...

Selamat mencuba! (^_^)


Nota kaki: Saya personally nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Fiza atas tutorial yang dikongsikan ni. Saya percaya ilmu ini bukan hanya bermanfaat pada saya, malah ramai lagi blogger di luar sana, lebih-lebih lagi blogger yang baru belajar blogging. Thanks Fiza. (^_^)

Bahulu Warisan Kegemaran Alisya

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Petang tadi Alisya beritahu dia nak makan "benda" tu. Saya tanya la "benda" apa? Dia cuba explain, tapi saya tetap tak faham... Lepas tu dia ambil kertas dan lukis "benda" yang dia nak makan tu.
Yang dalam bulatan tu Alisya lukis...
Yangmacam payung bawah tu saya yang lukis...
Hahaha ada juga la rupa bahulunya :P

Yang dilukis seperti dalam bulatan tu. Saya puas fikir apa la agaknya tu... Lepas tu dia cakap, "mama ni semua tak ingat, ni la yang Alisya makan selalu tu... Mama tak ingat ke? Mama beli lepas tu Alisya makan, Uwais makan, Syifa makan, Raihana pun makan. Tak ingat?"

Ni la tiga anak kakak saya... tengok yang
dalam troli tu super cute!
Lepas dia sebut nama-nama anak saudara saya yang tiga orang tu baru la saya teringat. "Benda" yang Alisya maksudkan tu adalah bahulu. Sebab masa saya jumpa kakak saya dekat Tesco Rawang hari tu, saya ada beli bahulu satu bekas sederhana untuk Alisya. Dia makan sama-sama dengan anak kakak saya. So, yang dilukis dalam bulatan tu rupanya bahulu la... (^_^)

Kalau nak tahu, Alisya ni memang suka sangat bahulu... tapikan dia cuma suka Bahulu Warisan. Kalau dapat Bahulu Warisan bekas besar tu, dia boleh habiskan dalam 2-3 hari je. Tapi kalau beli bahulu lain dia memang tak makan.

Seingat saya Alisya mula suka Bahulu Warisan ni sejak umurnya 3 tahun. Masa duduk di Melaka dulu, Bahulu Warisan ni senang dapat. Saya selalu beli dekat Jusco Ayer Keroh je... Dekat dengan rumah saya dulu. 

Ni bila Alisya minta, saya tak tahu pula mana nak cari Bahulu Warisan, di area Gombak ni... Takkan nak pergi Tesco Rawang pulakan?! Jauh tu... (T-T)
Alisya ni jenis susah makan... So, bila dia cakap dia nak makan apa-apa, saya cuba jugalah usaha untuk dapatkan. Kalau nak nasi ayam ke, pulut kuning ke, homemade chocolate ice-cream ke, biskut nestum ke... bolehlah saya buat... Er... ke saya kena apply francais kiosk Bahulu Warisan? Hahahah... 
Ada sesiapa pernah nampak kiosk Bahulu Warisan di area Gombak ni?!

Tuesday, September 15, 2015

Jerebu: Sekolah Tutup 15.09.2015

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sekolah-sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada 15.09.2015 (hari ini) kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin meningkat. 

Cuaca semakin tidak sihat, maka pastikan anak-anak sentiasa berada di dalam rumah. Pantau pergerakan anak-anak, jangan biarkan mereka terdedah dengan udara yang tidak sihat ini. Pastikan juga anak-anak minum air suam yang mencukupi. Baca Tips Hadapi Jerebu ini.

Jaga diri ya semua... Moga kita semua baik-baik saja... Doakan juga agar cuaca kita nanti akan semakin baik.

Petua: Hilangkan Lendir Bendi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

http://www.theayurveda.org/ayurveda/herbal-medicine/10-health-benefits-of-green-vegetable-lady-finger/
Sejak duduk dengan adik beradik ni, saya rajin la juga beli dan masak pelbagai jenis sayur. 

Sebab kami adik beradik jenis makan sayur dan ulam. Encik hubby saya memang tak makan sayur. Kalau makan pun hanya sayur kobis.

Semenjak dua menjak ni, saya memang kemaruk makan bendi, terung dan sawi... Bendi tu kalau masuk dalam kari atau asam pedas, mak aihh sedapnya! 

Kari ayam ni saya bungkus dan beri
pada jiran-jiran masa bulan puasa hari tu...
Tapikan macam yang semua tahu, bendi ni... bila di potong ia akan mengeluarkan lendir kan?! Ni saya nak share petua untuk menghilangkan lendir bendi tu...

Macam biasa potong dan bersihkan dulu bendi tu. Bila dah bersih, rebuskan bendi di dalam periuk dengan air secukupnya. Kemudian masukkan sekeping asam keping. Biarkan mendidih seketika. Angkat dan toskan. (Atau kalau anda tiada stok asam keping di rumah, gantikan dengan sedikit minyak masak.)

Kemudian boleh la anda masukkan bendi yang dah di rebus tu ke dalam kari atau asam pedas yang anda masak. InsyaAllah, masakan anda tidak la berlendir di sebabkan bendi tadi...

Selamat mencuba! (^_^)

Monday, September 14, 2015

ZALORA: Tips Gayakan Shawl Murah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Siapa kata nak bergaya kita perlu berbelanja besar? Tak semestinyakan?! Yang penting... kita kena kreatif dan yakin bila berfesyen. Berfesyen di sini bukan hanya pada pakaian saja tau! Pemilihan kasut, beg tangan, aksesori malah termasuklah pemakaian tudung/shawl (bagi yang bertudung).

Jom saya nak kongsikan tips menggayakan koleksi shawl murah bersama ZALORA. Biarpun memakai shawl murah, anda masih boleh tampil bergaya tau!

1. Dapatkan shawl murah yang selesa untuk dipakai. Penting untuk anda pastikan fabriknya sesuai dan selesa, maklumlah... cuaca di Malaysia ni kan panas. Oh ya, kalau anda lihat di laman sesawang ZALORA, jangan terkejut... harga shawl di ZALORA bermula dari hanya RM10 tau! Anda pasti teruja... So, nanti boleh intai-intai ya... (^_^)


2. Ok tip ini saya rasa sangat penting. Kalau anda nak menggayakan shawl, pastikan anda memakai anak tudung/inner. Bukan apa, penampilan anda akan nampak lebih kemas dengan adanya inner. Sebenarnya inner membolehkan anda bergaya dengan pelbagai teknik unik pemakaian shawl. Tak percaya?! Anda kena cuba!


3. Pilihlah aksesori seperti kerongsang, bracelet, beg, kasut dan sebagainya yang berpadanan dengan corak dan warna shawl anda. Tak semestinya pakai tudung tak boleh pakai aksesorikan?! Yang penting anda kena bijak mix and match. Cuma perlu diingatkan rekaan aksesori yang simple adalah yang terbaik!


4. Akhir sekali, dalam berfesyen anda perlu berani bereksperimen dengan fesyen tudung terkini dan mencuba lilitan shawl kontemporari yang unik. Macam mana?! Ha... kan ada banyak tutorial pemakaian hijab yang anda boleh dapati di laman sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram. So, anda hanya perlu klik dan cuba! Mudahkan?

Selamat mencuba!   
Online shopping dengan ZALORA, yuk! (⌒‿⌒)

Sunday, September 13, 2015

Jerebu: Pastikan Anak-anak Tidak Terdedah Udara Kotor...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sejak hari Jumaat lepas jerebu nampak teruk di Gombak ni. Masa hantar dan ambil Faris dari sekolah, Alisya dah start beritahu tekaknya sakit. Malam tu mulalah batuk dan selsema. Hari ni dah start demam pula. 

Keadaan jerebu hari Jumaat lalu di Gombak...

Hari ni kami bawa Alisya jumpa doktor, seplastik jugalah ubat yang di bawa balik. Disebabkan dah tiga hari batuk dan selsema, tekak pun dah merah, kena pula demam maka doktor bagi antibiotik untuk seminggu ni. Sabarlah, moga cepat sembuh ya anak mama!

Walaupun demam, batuk, selsema...
nampak mainan nak main juga!

Kesan Kesihatan Akibat Jerebu

1. Masalah pernafasan
2. Asma 
3. Radang paru-paru
4. Sakit jantung
5. Sakit tekak
6. Sakit mata
7. Batuk
8. Selsema

Tips Hadapi Jerebu

1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah/bangunan - baik dewasa, lebih-lebih lagi kanak-kanak, elakkan daripada terdedah kepada udara di luar rumah/bangunan. Jika perlu berada di luar rumah, pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut (face mask)

2. Pastikan udara di dalam rumah/bangunan adalah bersih - kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Perokok perlulah lebih prihatin kepada udara di dalam rumah yang mana adanya anak-anak kecil.

3. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin - tutup semua tingkap kereta dan pilih mode kitaran udara dalaman apabila berada di dalam kereta. 

4. Minum banyak air suam - pastikan anda minum air suam dengan banyak, bagi mengelakkan anda dehydrated kerana udara yang kering dan kotor.

5. Kerap basuh tangan dan muka - pastikan anda membasuh tangan dan muka setiap kali selepas anda melakukan aktiviti luar. 

Moga anda semua baik-baik saja. Yang penting, jaga diri, pastikan minum air suam banyak... Tolong tengokkan anak-anak... Moga mereka tidak terlalu terdedah dengan udara yang tidak baik sekarang ni... Take care ya semua! 


Nota kaki: Sekolah-sekolah hanya akan diisytiharkan tutup jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 200 atau lebih... 150++ pun dah agak sesak nafas... maka ibu bapa kena pantau kesihatan anak-anak yea... Moga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah... Amin...

Friday, September 11, 2015

Kesian Tau!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Saya beli 'jajan' ni depan sekolah Adam Faris. Tu pun sebab Alisya dah jerit-jerit kata nak benda ni... saya pun beli je la... Kadang-kadang boleh bagi makan benda ni... Saya ambil dua bungkus, satu untuk Alisya, satu untuk Faris... Saya bagi RM1 dekat akak yang menjual tu... Saya tercegat tunggu baki... sambil dia kemain rancak berbual.

Bila dia tengok saya masih lagi berdiri di tepi kereta dia tu, saya pun tanya... "tak de baki ke kak?!"

Akak tu jawab, "satu 50 sen."

Tekejut saya dengar, "la... ye ke?! Mahal eh?! Saya beli kat kedai 30 sen je sebungkus gini?"

Terus saya berlalu. Dalam hati, niaga depan sekolah je kot... kesian budak-budak sekolah tu kena beli dengan harga yang lebih mahal dari kedai... Kalau ikutkan memang la elok harganya mahal sikit untuk tidak menggalakkan anak-anak makan makanan yang tidak berkhasiatkan...?!

Tapi tu la... apa yang jadi persoalannya adalah, kenapa mereka menjual dengan harga yang lebih mahal dari kedai... itu je... Sebab saya selalu juga tengok anak-anak yang baru keluar sekolah ni, berebut-rebut nak beli "jajan", dah ambil, dah pegang, tapi lepas tu kena letak balik sebab duit tak cukup. Kesian... Kadang-kadang kalau saya bawa duit, saya bayarkan je... 

Kalau dekat bookshop sekolah pun sama... Saya selalu tengok anak-anak ni, terkebil-kebil depan bookshop dan tengok barang-barang yang mereka tak dapat nak beli. Kesian tau! 

Tuesday, September 08, 2015

Jom Amal: Pengasingan Sampah 2

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seperti yang saya janjikan, dalam entri ni saya nak kongsikan cara saya mengasingkan sampah di rumah. Manalah tahu jika berguna boleh la rakan-rakan buat cara yang sama.

Saya mengasingkan barang-barang kitar semula dengan hanya menggunakan kotak saiz A4 seperti ini:


Disebabkan dapur saya di Melaka dulu kecil, maka saya tak boleh letakkan kotak-kotak recycle saya tu di dapur. Barang-barang yang boleh direcycle ni, bukan ada hari-harikan? Bukan macam sampah di dapur. Maka saya letakkan kotak-kotak A4 ni di luar rumah. Bukan apa, senanglah nak jual kalau lori "paper lama" tu lalu depan rumah...

Disebabkan kotak ni ada penutup, maka saya letakkannya secara bertindih. Saya alaskan kotak tu dengan plastik siap-siap. So, bila ada barang yang nak direcycle saya akan masukkan ke dalam kotak tu. Oh ya lupa, di depan kotak tu saya labelkan siap-siap. Satu kotak untuk plastik, satu untuk kaca dan satu lagi untuk kertas. So, senanglah. Tak la bersepahkan...


Kalau ada duit lebih, bolehlah beli tong macam dalam gambar ni di IKEA. :p Yang kecil tu harganya RM30++ yang tinggi sikit tu RM50++. Gambar ni adalah ruangan dapur apartmen yang kami sewa di Jepun dulu. Macam yang saya cakap dalam entri sebelum ni, rumah di Jepun memang ada lebih dari satu tong sampah di dalam rumah. Tong sampah IKEA ni macam menarik juga, sebab ia bersifat "kurus dan tinggi", maka tak perlukan banyak space. (^_^)

So, kawan-kawan, jom la kita mula mengasingkan sampah pepejal dan barangan yang boleh dikitar semula. Moga dengan usaha yang kecil ini, kita dapat menyelamatkan bumi demi generasi yang akan datang. 

* Bagaimana cara anda asingkan sampah?! Jom kongsi! (^_^) *

Friday, September 04, 2015

Jom Amal: Pengasingan Sampah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mesti ramai yang dah tahu tentang bermulanya pengasingan sampah bermula 1 September lalu. Tapi bukanlah di semua negeri, hanya tujuh buah negeri terlibat iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. 

Walaupun Selangor tiada dalam senarai, tapi saya tetap teruja! Sejak saya duduk di Melaka dulu (4 tahun lalu) saya dah mula mengasingkan sampah, atas pembacaan dan kesedaran betapa pentingnya usaha mengasingkan sampah dalam menyelamatkan bumi. 

Lagipun di Melaka, memang dah amalkan pengasingan sampah ni. Sampah-sampah yang boleh dikitar semula memang akan di ambil pada satu hari khas di kawasan rumah saya dulu, iaitu setiap hari Khamis.

Melalui pemerhatian saya di Facebook SWCorp Malaysia, ramai yang menyambut baik, tak kurang juga ada yang memperkecilkan usaha ini. Rasanya tak salah kalau kita mencuba dulu. Kalau belum buat tapi dah complain macam-macam, tak best la kan... Sekurang-kurangnya kita usaha untuk menyelamatkan bumi.

So, apa sebenarnya yang nak diasingkan? Bagaimana pula perlaksanaanya?! Seperti yang dikeluarkan oleh SWCorp Malaysia berikut adalah kategori pengasingan sampah.
1. Sisa baki - apa saja yang datangnya dari dapur rumah kita, kotor dan tidak boleh dikitar semula, maka bungkus dan buang DI DALAM TONG SAMPAH.
2. Sisa Kertas - apa saja yang berkaitan dengan kertas termasuk sekecil-kecil bil/resit, dibungkus kemas dan DILETAKKAN DI SEBELAH TONG SAMPAH.
3. Sisa Plastik - yang berkaitan dengan plastik, mestilah diasingkan dan dibungkus, juga DILETAKKAN DI SEBELAH TONG SAMPAH.
4. Sisa Lain-lain - termasuklah kaca, aluminium, barangan elektrik, kain dan penyembur racun diasingkan dan juga DILETAKKAN DI SEBELAH TONG SAMPAH.

Kalau ikutkan, setiap kategori sampah ini perlu diasingkan dan dimasukkan ke dalam plastik yang berlainan warna (anda boleh rujuk gambarajah di atas), tetapi disebabkan nak memudahkan kita yang baru nak belajar ni, maka pihak SWCorp Malaysia, melonggarkan syarat warna plastik sampah tersebut. Pun begitu, penggunaan warna plastik berbeza amat digalakkan.

Kalau di Jepun, mereka mengasingkan sampah bermula dari rumah dengan lebih dari dua tong sampah. Ada yang sampai LIMA TONG satu rumah. Bayangkan, rumah di Jepun, bukanlah luas macam kita di sini, tapi mereka tetap boleh lakukan pengasingan sampah. Bukan itu saja, mereka pun ada plastik khas untuk mengasingkan sampah. Siap ada ruangan nama dan alamat pemilik sampah. So, kalau anda salah mengasingkan sampah, anda akan dikenakan denda!

Jangan tak tahu, Jepun ada satu buku teks khas, yang bercerita tentang pengasingkan sampah sahaja! Apa hasilnya? Hasilnya, anda dapat lihat betapa bersihnya persekitaran di Jepun, udaranya segar, malah air di parit dan longkang pun jernih, macam air sungai! Kan seronok macam tu?!

So, negeri-negeri yang terlibat, bolehlah menyambut positif usaha ini. Buat perlahan-lahan, biasakan... Negeri yang tak tersenarai pun boleh mula mengasingkan sampah yang boleh di kitar semula dan tak boleh di kitar semula... InsyaAllah nanti anda akan rasa seronok! Lebih-lebih lagi jika anda kumpul dan jual pada "lori paper lama". Untung!!!  :p


Nota kaki: InsyaAllah nanti saya kongsi versi saya asingkan sampah masa di Melaka dulu. Jom mula sekarang, untuk kesejahteraan generasi akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...