Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Tak banyak entri yang saya dapat siapkan sepanjang tahun 2016. Kalau ikut rekod, entri yang disiarkan sepanjang 2016 cuma 44 sahaja. Sangat sedikit berbanding tahun-tahun saya rajin dulu. 😝
Masalah paling besar adalah bila laptop buat hal... Rasanya inilah penyebab paling besar, bukan saja untuk saya tapi semua bloggers kan? Kebanyakkan entri hanya sempat saya tuliskan di dalam draft, melalui telefon saja. Kalau dah nama pun draft, tentunya entri-entri tersebut belum siap. Menaip dengan skrin yang kecil memang tak puaslah kan? Nantilah, saya ansur sikit-sikit yang dalam draft tu, moga dapat saya publishkan tahun 2017 ni.
Apa pun saya tetap bersyukur sebab masih berjaya publish 44 entri dengan kepayahan menggunakan telefon. Walaupun tak banyak, Alhamdulillah... Moga apa jua entri di dalam blog ini akan menjadi manfaat buat pembacanya.
Berikut saya senaraikan 10 entri terbaik blog ini (baca sebagai entri paling banyak dibaca) sepanjang tahun 2016:
1. Mak Bidan Sekitar Kuala Lumpur & Selangor. (6049 pageview)- asalnya entri ini saya tulis disebabkan ia lalu di timeline Facebook saya. Saya rasakan ini adalah info menarik untuk dikongsikan kepada umum bagi memudahkan sesiapa yang memerlukan.
Yang menariknya, ada yang personally maklumkan pada saya bahawa tukang urut sekian-sekian dah tak mengurut sebab dah tak kuat, ada tukang urut yang dah meninggal dunia, dan ada juga tukang urut yang tiada dalam senarai, Whatapps dan maklumkan dia mengurut dan mohon untuk dimasukkan dalam senarai tersebut. Siap offer bayaran lagi!
Tapi saya tak ambillah bayarankan... sebab entri saya ni pun saya panjangkan dari orang lain. Maka, sebab itu entri ini adalah yang paling banyak kali saya update.
2. Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank. (1763 pageview)- entri ini saya sempat publish beberapa hari lagi sebelum tarikh akhir kad sepatutnya diperbaharui. So, trafik sangat hebat sehingga ke tarikh akhir 31 Disember, semalam. 😂
3. Carilah Pengasuh. (920 pageview)- saya memang cukup sensitif bila anak-anak menjadikan ibu bapa sebagai "pengasuh" sepanjang mereka keluar bekerja. Lebih-lebih lagi bila isu membayar pengasuh lebih mahal berbanding memberikan ibu bapa dengan sejumlah wang RM50 seorang. Bayangkan ibu bapa yang dah tua ni, nak menjaga 4-5 orang cucu satu masa. Kesian tau...!
4. Educational Toys: Menguatkan Otot Tangan. (750 pageview)- entri-entri educational toys ini, saya tulis kerana di mana-mana sahaja, kita akan dapat lihat, ibu bapa yang membawa anak-anak ke shopping mall, tapi dalam masa yang sama, anak-anak ini dibekalkan dengan tab atau gajet.
Sedangkan anak-anak ini perlu dilatih untuk menggunakan motor halus dan motor kasar mereka sejak kecil lagi. Tab atau gajet tidak membantu dalam hal tersebut. Ada yang kata, tak sempat nak beraktiviti, seperti menggunting, menampal, membina dan sebagainya dengan anak-anak di rumah sebab sibuk bekerja...
Sedangkan boleh dibekalkan anak-anak dengan educational toys ini. Jangan pula kata, mahal, sebab tab dan smartphone yang dibelikan khas untuk anak-anak tu lebih mahal daripada educational toys ni... 😒
5. 7 Minit Je Cabut Gigi. (582 pageview)- Ini pengalaman cabut gigi yang paling menakutkan... 😂😂😂 Saya ni dah pernah operation sebab apendiks, buang hempedu, bersalin dua kali... semua doktor tu menakutkanlah juga... tapi doktor gigi paling saya takut.
Honestly, memang lama tak jumpa doktor gigi, sebab tu saya takut sangat. Rupanya kan, lepas saya publish entri ni, ramai yang geng dengan saya sebab takut jumpa doktor gigi... Siap ada yang mesej saya privately tanyakan detail tentang klinik tersebut. Sekurang-kurangnya, entri saya ni jadi semangat untuk mereka juga berjumpa doktor gigi.
6. Resepi Mudah: Tempe Sira. (566 pageview) - resepi mudah-mudah macam ni memang saya suka share. Lebih-lebih lagi bila orang yang cuba masak tu kata, menjadi! Atau pendek katanya, entri sebegini mudah dipublish bagi blogger yang kematian idea. 😜
7. Genap 10 Tahun Pemergian Mak... (395 pageview) - entri ini ditulis kerana sarat rindu saya pada arwah mak dan ayah saya... 10 tahun menanggung rindu kepada mereka yang telah pergi. Saya masih ingat bagaimana saya berkejar-kejar setiap hari untuk menziarahi mak saya di ICU, sibuk juga menyiapkan persiapan perkahwinan, dan saya antara anak yang Allah izinkkan untuk memandikan dan mengkafankan mak. Moga roh mak dan ayah saya sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah. 😢
8. Educational Toys: "Lacing Set" Untuk Anak-anak. (323 pageview)- tujuan entri ini ditulis sama seperti nombor 4.
9. Scaling a.k.a Cuci Gigi. (257 pageview) - ini adalah pengalaman kedua saya berjumpa doktor gigi. Kalau kali pertama saya cabut gigi, kunjungan kedua adalah untuk cuci gigi.
10. Moms & Tots Shoppe di Assalamualaikum. (207 pageview)- Moms & Tots Shoppe adalah tempat di mana saya membeli educational toys untuk anak-anak saya. Kedai ini telah bersiaran dalam rancangan Assalamualaikum, TV Al-Hijrah. So, pendek kata kedai ni adalah trusted seller dalam menjual educational toys. So, jangan ragu, ok?!
Alhamdulillah entri pertama saya sempena tahun baru 2017 ni dah pun siap! 😜 Moga sama-samalah kita (blogger) rajin perbanyakkan entri, supaya bermanfaat kepada pembaca.
Ini adalah all time PV DialogUda dari tahun 2004 - 2016. Tak la banyak macam orang lain, segan nak tunjuk... 😩 |
Alhamdulillah entri pertama saya sempena tahun baru 2017 ni dah pun siap! 😜 Moga sama-samalah kita (blogger) rajin perbanyakkan entri, supaya bermanfaat kepada pembaca.
Selamat tahun baru 2017, buat semua yang masih lagi sudi bertandang walaupun saya jarang-jarang tulis entri baru. InsyaAllah, lepas-lepas ni kena gagah jugalah update entri walaupun guna telefon.
Anda ada azam baru 2017? Jom share... Orang kata kalau tulis banyak kali azam kita tu, akan mudah tercapai... Orang katalah... bukan saya kata... 😜
Updated (2 Jan 2017): Atas saranan Reen Johari saya dah masukkan pageview (PV) bagi setiap entri di atas sehingga tarikh (2 Jan 2017, jam 5.15 petang : seperti kita sedia maklum PV akan berubah dari sehari ke sehari). Sebelum ni saya tak letak PV sebab blog saya ni blog biasa-biasa saja... 😜 Saya buat entri ni, hanya untuk rujukan saya. Untuk pastikan entri yang macam mana biasa orang cari. Itu saja... thanks Reen. 😃
entri mak bidan tu tengok tajuk pun dah tau mesti ramai org cari kat google
ReplyDeleteBukan entri saya pun... just panjangkan dari orang lain... 😁
Deleteterbaikkkk teruskn berblog kak
ReplyDeleteInsyaAllah... Thank you Anies... kadang ada pasang surut mood blogging ni.. 😂
DeleteAssalamua'laikum.. Selamat tahun baru.. Salam ukhuwah.. Kalau ada pageview lagi best baca kak 😜
ReplyDeletehttp://www.reenri.com
Wa'alaikumussalam Reen, selamat tahun baru, moga tahun ini menjadi tahun yang paling manis buat Reen dan saya. Thanks, saya dah update entri dan masukkan PV.
DeleteSelamat tahun baru kak :) Tak kisah kak berapa banyak PV, yang penting niat kita untuk berkongsi kan :) banyak dah PV akak tu :) Semoga tahun ni lebih baik daripada tahun lepas ye kak..
ReplyDeleteSelamat tahun baru SH. 😁 Sebenarnya saya buat entri ni untuk rekod sendiri... PV tu kalau lebih dari 1k memang kira bonus la...
Deleteala kak...tok sah segan tunjuk PV
ReplyDeletekalau banding dengan blogger tip top, memanglah
jadikan aje PV tu sebagai satu pencetus semangat
selitkan sikit SEO
tajuk digunakan pastikan buat orang nak google
contoh macam cara-cara nak masak...
masukkan sikit tajuk tu pada 100 ayat pertama dalam
bila orang google, benda tu yang akan keluar dalam
laman carian...saya pun baru juga belajar
tapi Alhamdulillah, ok juga PV walau tak banyak...haha
agak tak berapa faham, akak PM ye
untuk ilmu, saya takde hal punya =)
Thanks sharing Yana... akak ada juga baca2 pasal SEO ni... 😄 cuma tak de la apply sangat...
DeleteSaya nak pm yana boleh??? Hehe.. nak belajar pasal SEO
DeleteTahniah.
ReplyDeleteAnd yes. Blogging utk sebar ilmu bersama.
Aida br skali amik tau pasal pv.
Sebabpv x kencang pon 😃😃😃.
Blogging more for fun.
Betul... saya pun tak bersungguh la on PV... kalau org cari and terjumpa blog saya itu adalah bonus... blog pun suka2...
Deleteinshaa Allah semoga semuanya bermanfaat..
ReplyDeleteInsyaAllah... Amin...
DeleteTahniah NK. Satu pencapaian terbaik utk diri sendiri. Sebagai kawan, tumpang bangga jadiklah hihi...
ReplyDeleteTapi saya lagi bangga dengan okje... sekali publish entry berduyun orang komen... hehehehe tahniah juga buat okje... 😍
DeleteWaahhh!!! Banyaknya pv.. tahniah!!!
ReplyDeleteTak banyak pun tu DP... cukup-cukup makan je.. huhuhu
DeleteTahniah pn. Nora..blog mncri tukang urut mnjadi rating teratad.. Sy tkang urut Bterima kasih.. Smkin byk custmer mngurut sjak sy postkn dlm blog pn.. Tq membantu kami tkang urut mncri rezeki selain.membantu sekadar termampu. Smga Allah membalas.. Kebaikan pn. Nora..
ReplyDeleteAllahuakbar... Alhamdulillah, terharu saya. Moga bisnes Puan lebih maju jaya ya. Saya tak tolong banyak pun Puan. Itu rezeki Puan Allah beri. 😍
Delete