- Pinned Post -
*Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah*
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Sana
sini orang menulis dan mengulas tentang ''teguran pedas" Chef
Wan tentang ibu bapa yang tidak menegur anak-anak mereka yang
berkelakuan "luar biasa" (seperti meramas kuih raya,
menumpahkan kuah, mengambil makanan dengan banyak dan kemudiannya
tidak dihabiskan, melompat di sofa, menyepahkan mainan dan lain-lain)
di rumah yang dikunjungi.
Saya
tak mahulah mengulas tentang isu yang tular itu. Pada saya apa yang
"ditegur" oleh Chef Wan itu ada betulnya. Ibu bapa buka
mata, buka telinga dan pandanglah dari sisi yang lebih positif.
Ketika
kali pertama saya membaca "teguran" Chef Wan tu, saya juga
marah, maklumlah saya juga punya anak-anak yang lasak bila bertandang
ke rumah orang. Tapi esok lusanya, bila saya bertenang dan baca
semula teguran itu, saya mula fahami maksud tersirat.
Benarlah
kata orang, bila kita membaca dengan emosi, maka kita akan rasa
marah, sakit hati, bengang. Tapi kalau kita baca dalam keadaan yang
tenang, Insya-Allah kita akan nampak lebih banyak ruang untuk kita
sebagai ibu bapa take note. Sahabat, ilmu parenting ini
tidak pernah berakhir... ia bersifat berterusan maka lapangkan dada
dan fikirlah dalam-dalam.
Eh,
jangan salah faham tau, saya tulis macam ni bukanlah bermaksud saya
tak nak terima tetamu... Saya okay je kalau orang nak datang rumah
bawa anak-anak. Kadang-kadang saya yang keluarkan mainan untuk
anak-anak tetamu main. Anak-anak ni kalau tiada benda yang boleh
lekakan dia, maka itulah jadi nak meramas kuih raya, lompat sofa
semua... sebab lumrah anak-anak memang nak buat aktiviti yang boleh
buat mereka leka...
Ok
berbalik kepada tajuk asal entri ini, sebenarnya saya nak kongsikan
beberapa perkara yang TIDAK BOLEH (sebagai orang dewasa yang waras)
lakukan, jika bertandang ke rumah orang. Atau pendek kata, adab
ketika kita menziarahi rumah orang lain.
|
Gambar
ni masa buka puasa saya dan adik-beradik
|
Maklumlah,
raya masih berbaki, maka kunjung mengunjung, serta tuntutan memenuhi
jemputan rumah terbuka tu masih lagi ada. Maka mungkin kita boleh
sama-sama menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang:
1.
Minta izin jika berhajat untuk menziarahi tuan rumah
Jika
bukan memenuhi jemputan rumah terbuka, tapi nak datang ziarah,
mintalah izin terlebih dulu. Sebaiknya sehari sebelum kita nak
bertandang ke rumahnya. Maklumlah, kita kena faham, ada kalanya peti
ais tuan rumah kosong atau tidak sempat mengemas rumah atau tidak
bersedia untuk menerima tetamu atau tuan rumah ada urusan lain...
atau... atau... atau... (isilah sendiri) ? Sekarang teknologi dah
canggih, maka gunakanlah.
2.
Meminta tuan rumah untuk masak sedap-sedap
Jika
kita ikhlas untuk menziarahi rakan-rakan, maka terimalah apa
saja yang disediakan oleh tuan rumah. Walaupun hanya kuih-kuih raya.
Jamah apa yang ada, sebab kita tak pernah tahu apa yang tuan rumah
sedang hadapi. Mungkin ada yang sedang berkira-kira duit belanja
sehingga dapat gaji semula, bulan berikutnya. Maklumlah raya hari tu
pun dah belanja banyak, beli baju raya, sediakan duit raya, buat hidangan raya, termasuk balik kampung. Jadi, janganlah minta
tuan rumah masakkan yang sedap-sedap untuk kita.
3.
Membuat rondaan dalam rumah; dari dapur, tandas, malah semua bilik
yang ada.
Biarpun
tuan rumah tu best friend kita malah adik-beradik sekalipun, kita tidak berhak
untuk membuat rondaan ke segenap sudut rumah itu. Ingat, rumah itu
privacy tuan rumah. Maka janganlah kita ceroboh. Tak manis
macam tu. Kita mungkin tengok reaksi tuan rumah macam okay, tapi
percayalah di satu sudut dalam hatinya, dia pasti terguris. Iyalah,
kita sendiri pun belum tentu suka tetamu masuk ke bilik kitakan.
4.
Menjadi juri awam kepada reka letak perhiasan dan perabot tuan rumah
Ni
lagi satu hal, janganlah sekali-kali kita bagi nasihat pada tuan
rumah untuk meletakkan perabot atau barang perhiasannya di mana...
rumah dia, dia tahulah. Tak perlulah kita nak bagi khidmat percuma.
Siap cakap, "eh rak ni tak sesuailah kau letak kat sini, baik
kau letak dekat situ..."
"Eh,
benda ni pun kau jadikan hiasan? Tak cantiklah!" dan lain-lain
komen yang menyebabkan tuan rumah hanya mampu senyum je.
5.
Ambil apa yang nak dimakan, jangan membazir
Ambil
dalam kuantiti yang sedikit, rasa dulu. Jika nak lagi maka tambahlah
tiada siapa pun larang. Tapi jangan ambil sekali banyak sampai penuh
pinggan, lepas tu bila makan kita rasa ada yang tak kena dengan
selera kita, maka kita buang semuanya. Hormatilah tuan rumah, dia
dah berpenat lelah siapkan hidangan untuk kita, tapi kita
buang pula. Janganlah membazir.
|
Baby Uwais super cute! (^_^) |
6.
Minta apa yang tiada di atas meja
"Lemang
je ke? Nasi beriani ke nasi ayam ke tak de ke?"
"Air
panas je ke ada? Air sejuk tak de ke? Ni cuaca panas ni"
"Aik,
kering je semua... tak de kuah ke?"
"Ni
kalau ada sambal ikan bilis, memang sedap makan dengan lontong ni..."
Kita mungkin rasa kita bergurau, tapi tuan rumah mesti sikit sebanyak
terasa hati. Apa lagi orang yang penat masak tu. Apa kata kita
sama-sama belajar bersyukur, sebab tuan rumah sudi sediakan hidangan
itu untuk kita. Itulah rezeki kita. Maka makanlah. Kalau tak suka pun,
jamahlah sikit-sikit. Buat syarat...
7.
Meminta tuan rumah bungkuskan makanan untuk dibawa pulang
Kalau
tuan rumah yang bungkuskan makanan untuk kita, maka ambillah... jika
tidak, janganlah pula diminta. Pernah jadi depan mata, tetamu yang
tidak segan silu minta tuan rumah bungkuskan makanan yang ada. Bila
tuan rumah ambil bekas kecil, dikata oleh tetamu tu, "ala
kedekutnya kau ni... bekas kecil je kau bagi aku, tak de bekas besar
ke?" Allah... tuan rumah yang tersipu-sipu malu, orang yang
minta tapau tu sikit pun tak malu! Terfikirkah kita, jika tuan rumah sedang risau, sama ada lauk yang dimasak cukup untuk tetamu yang datang?
8.
Menziarah tuan rumah pada jam hampir tengah malam
Jika
jam dah menunjukkan 10 malam ke atas, tak perlulah kita berkunjung ke
rumah orang... Waktu ni orang dah mula nak berehat. Mungkin kita boleh
set masa dan hari lain untuk datang. Rayakan sebulan...
9.
Duduk lama-lama di rumah orang yang di ziarah
Jika
boleh janganlah berlama-lama di rumah orang yang di ziarah. Makan,
borak sikit-sikit, kemudian beransurlah pulang. Janganlah sampai
baring di depan TV rumah orang tu. Ada tu kadang sampai tumpang tidur
lagi!
Sama-samalah
kita jaga adab ketika menziarahi rakan-rakan kita. Janganlah nanti
disebabkan perbuatan atau percakapan kita nanti, boleh jadi gaduh
pula. Sebelum terlupa, bolehlah bacakan Doa Tetamu Kepada Tuan Rumah
seperti berikut:
Masuk rumah
orang tutup mata, keluar rumah orang tutup mulut.
(Usahlah
melihat apa yang ada di dalam rumah yang kita ziarah, dan tutuplah
mulut, janganlah diceritakan apa yang buruk di dalam rumah orang yang
kita ziarah)
Salam 17 Syawal 1438H
(11 Jul 2017)
Artikel berkaitan adab:
Adab Menziarahi Orang Sakit
Adab Bermasyarakat