Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Ramadhan...
Assalamualaikum dan salam Ramadhan...
Alhamdulillah hari ni telahpun masuk hari ke-20 kita berpuasa... sekejap je kan...?? Rasanya baru je semalam saya ucap selamat berpuasa... hari ni dah pun masuk 10 malam terakhir Ramadhan... (sedihnya Ramadhan nak habis dah...)
Entri ini ditulis khas untuk PLAINMUM yang ada meninggalkan pesanan di salah satu previous post saya (hempedu dibuang).
Saya amat terpanggil untuk membuat entri khas ini, bila Plainmum kata ibunya juga baru dua bulan menjalani pembedahan membuang hempedu... mengikut kata Plainmum, ibunya sering sakit di bahagian bawah perut, setelah dua bulan menjalani pembedahan tersebut. Mungkin saya boleh share beberapa perkara yang saya lakukan setelah membuang hempedu empat bulan lalu...
Dear Plainmum, (eh tetiba jek... :p)
Alhamdulillah akak tidak menghadapi masalah yang dihadapi ibu plainmum...selepas pembedahan, akak minum 24 botol pati ikan haruan, untuk pastikan bahagian dalaman sihat sepenuhnya... (ada tak Plainmum bagi ibu minum pati ikan haruan? Kalau xminum lagi, mungkin boleh minum 6 botol untuk permulaan.. takut yang ibu sakit tu, disebabkan oleh luka dalaman yang belum sembuh...)
Atau mungkin juga kerana angin yang tak keluar dari badan... apa yang akak boleh sarankan... plainmum boleh goreng garing halia (banyakkan halia), bawang merah, bawang putih, ikan bilis (jika suka)... kemudian masukkan dalam satu bekas, dan makan bersama nasi panas serta lauk-pauk lain setiap hari... insyaAllah, ia akan membantu angin keluar dari badan secara semulajadi.
Perkara lain yang akak lakukan adalah:
1. makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
2. kurangkan makan makanan yang berminyak dan bersantan.
3. kurangkan makan makanan yang pedas.
4. makan minyak zaitun (sangat sarankan minyak zaitun HPA), satu sudu besar dicampur dengan air suam dan madu HPA, setiap pagi dan malam.
5. makan sebiji epal hijau setiap hari waktu pagi.
6. minum air suam yang banyak (3liter) sehari.
InsyaAllah Plainmum boleh minta ibu cuba... mana tahu sedikit sebanyak ia membantu... kalau ada apa-apa, boleh tinggalkan pesanan ya... Mungkin tips ini berguna juga untuk mereka yang pernah menjalani pembedahan membuang hempedu...
Rakan blogger jaga kesihatan ya...! Moga anda semua berada dalam limpahan rahmat Allah... Amin...
Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Menu Sepanjang Berpantang
3. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
4. Perkongsian Pakar Pemakanan
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan
Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Menu Sepanjang Berpantang
3. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
4. Perkongsian Pakar Pemakanan
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan
Klik banner untuk dapatkan buku-buku Agama... |