Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, July 24, 2007

Alhamdulillah...

Name: ADAM FARIS BIN KAMARUL IRWAN
D.O.B: 17.07.07
Time of delivery: 4.29 pm
Weight: 3.12 kg

Untuk gambar2 terbaru baby Faris, sila klik di sini.

Kesian Faris...



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Faris kena kuning... doktor kata kalau lambat bawa hari tu, Faris akan kena tukar darah... Nasib baik la cepat... tapi saya dengan Encik hubby kesian tengok Faris... banyak sangat wayar berselirat pada badan Faris. 

Masa mula-mula hari tu lagi la... saya tak sanggup nak tengok... Dua hari Faris puasa, masuk getah dalam mulut untuk keluarkan semua benda kotor dalam badan Faris. Masuk air... kaki faris hari-hari kena cucuk... Nurse ambil darah nak tengok sama ada darah Faris ada kuman lagi ke tak...

Encik hubby hari-hari pergi tengok Faris.. Saya tak dapat nak tengok hari-hari... sebab saya pun tak berapa kuat lagi... Hari ni saya datang... Faris dah nampak ok... nurse kata saya dah boleh susukan Faris... 

Doktor kata 26 hari bulan nanti baru Faris boleh keluar wad... tak sabar saya nak bawa Faris keluar  dari situ... sebab kesian tengok keadaan Faris yang hari-hari kena cucuk... tiap kali faris kena cucuk, faris jerit/menangis kuat sangat... saya tahu dia sakit.... Bila Faris menangis... saya pun menangis sama... moga Faris cepat sembuh... saya tak sabar nak bawa Faris balik...


Saturday, July 21, 2007

Faris Masuk Wad...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Faris dan saya keluar hospital 19 Julai.... baru 2 hari 1 malam, saya jaga Faris... Faris dah kena tahan wad balik... Faris kena infection... sepanjang malam setiap kali lepas susu, Faris akan muntah balik... 

Saya dan Encik hubby perasan, makin lama muntah Faris warna kuning... mula-mula ingatkan Faris tak serasi dengan susu... Encik hubby cari & tukar susu lain.. tapi Faris muntah kuning juga. 

Sampai satu tahap (pagi 21 ni) Faris tak nak menyusu lagi... Kami terus bawa pergi hospital Tawakal... doktor check, then kata Faris kena infection... Kesian Faris... :-( Get well soon, baby...

 

Thursday, July 19, 2007

Alhamdulillah...



Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Alhamdulillah... saya dah selamat bersalin... jam 4.29 pm (17 Julai 2007)... Baby boy, dengan berat 3.12 kg. Setakat hari ni.. saya dan baby Faris sihat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...