"Nora, macam mana kau handle haters di media sosial?" Satu mesej daripada aplikasi Whatsapp menerjah telefon saya.
Lama saya memikirkan untuk menjawab.
"Aku ada haters ke?" Bisik saya sendiri, sambil berfikir.
"Kenapa?" Saya membalas ringkas.
"Minggu lepas aku ada accept friend request dua tiga orang di Facebook... hari ni depa kaw kaw kutuk aku di komen post aku dan wall depa, sebab tak setuju dengan apa yang aku tulis," jelasnya.
"Lepas tu depa tulis komen marah-marah. Aku explainlah apa yang aku tulis tu. Depa tak puas hati lepas tu naik angin, siap panggil geng-geng lain kecam aku dekat post aku tu," sambungnya lagi.
Kemudian bertalu-talu mesej masuk dengan gambar kecaman, makian dan yang sewaktu dengannya yang discreenshot oleh sahabat saya.
Terkedu saya membacanya.
Bahasa yang digunakan... Allah.
Tak sanggup nak baca.
Bagi segelintir orang, mendapat new friend request adalah satu keterujaan. Lalu terus menerima tanpa usul periksa.
Tak salah menerima kawan baru, tetapi adalah lebih baik jika kita dapat menapis semua friend request sedari awal.
|
Hasil poll semalam, syukur majoriti tidak sewenangnya menambah rakan baru, tanpa semakan teliti. |
Etika paling penting adalah meneliti beberapa perkara ini sebelum mengesahkan permintaan rakan baru:
1. Lihat gambar profilenya. Jika gambar kartun, haiwan, bunga dan selain dari wajahnya, sila abaikan.
2. Lihat nama profilenya. Jika selain nama manusia, contoh Bakal Jenazah, Harum Mewangi dan lain-lain nama samaran, abaikan.
3. Semak biodata ringkas yang ditulis di bahagian bawah profile picturenya.
4. Semak sekurang-kurangnya lima hantaran terkini miliknya.
a) Jika hantaran terbaru pun tahun 2014, sila abaikan.
b) Jika lima hantaran terbaru adalah berkaitan perniagaannya, sila KIV.
c) Jika hantarannya dipenuhi isu politik dan agama yang melampau, sila abaikan.
d) Jika hantarannya dipenuhi dengan unsur negatif, caci maki dan 'menerakakan' orang lain, sila abaikan.
5. Jika telah berpuas hati dengan gambarnya, biodata ringkasnya, hantaran-hantarannya, sila tinggalkan jejak kita. Maknanya, mulakan perkenalan dengan meninggalkan komen atau Like di hantaran miliknya, sebelum proses mengesahkan friend requestnya.
6. Mutual friends juga sangat membantu dalam proses mengesahkan rakan baru. Melalui mutual friends, kita akan dapat gambaran, dia circle rakan yang bagaimana.
7. Adalah lebih baik dan selamat jika kita hanya menekan butang FOLLOW di Facebook mereka, sebelum menerima mereka menjadi kawan baru di Facebook.
8. Aktifkan butang FOLLOW, supaya rakan baru hanya perlu menekan butang itu jika dia berminat dengan setiap perkongsian kita.
9. Saya juga belajar sesuatu daripada Puan Mazniza Mohd Nor, jika kita 'berkenan' untuk menjadi rakan baru seseorang di Facebook, sila tekan butang Add Friend dan disusuli private message menyatakan sebab mengapa kita nak jadi rakan Facebooknya. Dengan cara ini, saya yakin prosesnya akan menjadi lebih cepat.
Pendek kata, kaji dan teliti dulu orang baru yang cuba 'memasuki rumah (Facebook)' kita. Perkara-perkara di atas adalah sekadar langkah berjaga-jaga.
'Sepak terajang' di media sosial sebenarnya lebih menakutkan. Kesannya bukan sejam dua, malah lebih dari itu.
Adalah lebih baik kekalkan kumpulan rakan yang memang kita kenali, positif, saling memahami dan membantu.
Sudi apalah kiranya untuk Follow saya juga. Eh! 🤪
E-book Personal Branding dan Penulisan Viral