Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Dulu masa saya kerap cerita tentang kehebatan novel tulisan Tuan Ramlee Awang Murshid pada encik suami, terus dia tanya, “kenapa tak difilemkan kalau bagus?” Saya jawab, “sebab exclusive. Ada ke pengarah filem yang boleh buat macam apa yang ditulis?”
Tapi hari ni, terbukti filem Tombiruo: Penunggu Rimba berjaya menterjemahkan novel hebat Ramlee Awang Murshid ke layar perak. Kagum. Ye kagum dengan hasilnya. Jika dulu setiap pembaca mempunyai imaginasi masing-masing tentang Ejim atau Tombiruo, tapi di layar perak penonton dijuruskan kepada satu watak Ejim yang dilakonkan oleh Zul Ariffin.
Ramai juga yang bertanya saya, apa yang menariknya filem Tombiruo: Penunggu Rimba ni?
1. Saya tak nafikan tarikan utama untuk saya menonton filem Tombiruo ni adalah kerana saya adalah peminat tegar novel thriller Ramlee Awang Murshid. Dan Ramlee Awang Murshid juga merupakan penulis novel yang mempunyai fan club dengan lebih 100,000 orang peminat. Nampak tak sokongan yang penuh untuk Tuan Penulis?
2. 90% plot atau jalan cerita dalam filem Tombiruo adalah daripada novel. Jadi tak timbul masalah kalau tak baca novel tak boleh tengok filemnya. Jika anda dah baca novel itu kira bonus. Dan mereka yang tak baca novel, boleh terus menonton. Tapi percayalah, selepas anda menonton, mungkin anda akan mencari novel triloginya.
3. Tombiruo dalam bahasa Kadazan-Dusun bermaksud roh atau hantu. Dikatakan di Sabah, anak-anak kecil tidak dibenarkan masuk ke dalam hutan dan dimomokkan dengan kehadiran Tombiruo. Jika di Sabah Tombiruo dikatakan hantu, tetapi Tuan Penulis menterjemahkan Tombiruo itu sebagai makhluk yang menjaga hutan.
Tuan pengarah pun nervous... 😄 |
4. Filem ini diarahkan oleh dua orang pengarah yang bukan calang-calang, Nasir Jani dan Seth Larney (yang juga terbabit dalam pembikinan filem antaranya The Matrix Reloaded and Revolutions dan Star Wars: Revenge of the Sixth) – jadi anda dapat bayangkan tak kehebatan filem ni dengan kehadiran Seth Larney? Melihatkan 'trailer'nya saja pun dah buat kita tak senang duduk, inikan pula menonton keseluruhan filem. Memang terbaik!
Cantik gambar ni. Salah satu babak Farah cuba menghanyutkan Ejim. |
5. Visual effect dan camera angle bagi filem ini saya rasa cukup cantik. Setiap babak 'camera angle'nya sangat bertepatan. Saya memang tak alihkan mata dari skrin sebab rasa semua moment itu sangat berharga untuk ditonton. Durasi filem ini, 1 jam 55 minit terasa sangat cepat berlalu. Tak puas tengok!
6 Satu ketika bila mana ura-ura mengatakan Zul Arifin bakal memegang watak Ejim atau Tombiruo, ramai yang mengatakan tidak sesuai. Watak ini sangat istimewa, tersalah pilih pelakon maka akan merosakkan kehebatan novel. Tapi bila filem ini ditonton, percayalah watak itu memang HANYA sesuai diberikan kepada Zul Ariffin. Lakonan Zul Ariffin sangat lain dari drama biasa yang pernah dilakonkan. Ia boleh dikatakan sisi lain Zul Ariffin, yang boleh hidup lakonannya dengan body language dan eye contact. Nampak tidak kekok dan wataknya hidup seperti yang dibayangkan dalam novel.
Farid Kamil (kiri), Zul Ariffin (kanan) dalam salah satu aksi bertarung. |
7. Pelakon-pelakon lain seperti Farid Kamil (Amiruddin), Nabila Huda (Wan Suraya), Faizal Hussein (Pondolou), Hasnul Rahmat (Juslan), Farah Ahmad (Monsiroi), Michael Chen (Wong), Dato M. Nasir (Tuan Berham), Datin Marlia Musa (Isteri Tuan Berham), Atu Zero (Ondu), Faye Kusairi (Salina), Dynas Mokhtar (Baizura) dan lain-lain, berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Saya percaya semuanya memberikan 100% usaha dan tenaga terhadap naskah terbaik Tuan Penulis ini. Tahniah semuanya.
Gunung Kinabalu tarikan di Sabah. |
8. Tarikan lain filem ini juga adalah bila melihat kecantikan Gunung Kinabalu. Ya Allah cantiknya! Rasa macam nak pergi Sabah! Filem ini secara tidak langsung mempromosikan kecantikan Sabah kepada orang luar.
9. Filem bergenre action thriller ini digariskan FINAS sebagai P13 – untuk tontonan 13 tahun ke atas. Bagi kanak-kanak berusia bawah 13 tahun, perlulah dipantau ibu bapa atau penjaga. Hari tu saya bawa Faris dan Alisya tonton sekali, mereka pun excited menonton Tombiruo. Ayat Alisya, “Best, cerita Tombiruo Ma... Alisya ingat tak best cerita Mama ni...” Ha, nampak tak budak seusia Alisya pun suka.
Ini pun antara babak yang menarik untuk ditonton. |
10. Sedar atau tidak, dengan penglibatan Seth Larney dalam filem ini sedikit sebanyak menarik perhatian media dari luar negara. Secara tidak langsung mempromosikan filem Malaysia, keindahan Malaysia dan naskah penulis novel thriller No.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid.
Seth Larney pun ada peminat tersendiri yang tidak sabar untuk melihat hasil kerjanya dalam Tombiruo. |
Jangan lepaskan peluang tonton filem Tombiruo: Penunggu Rimba. Filem Malaysia lain dari yang lain. Pasti!
Tahniah, buat team produksi filem Tombiruo.
Tahniah Tuan Ramlee Awang Murshid.
Saya beri markah penuh 5 bintang!
Sekarang sangat banyak cerita adaptasi daripada novel..susah nak dapat rasa yang sama..teruja baja novel dengan teruja untuk menonton..kadang kala banyak yang diubah.tapi bila baca review ni..rasa teruja pulak PC..
ReplyDeleteFilem lain dari yang lain PC... teruja baca novel memang sangat best, tak sama macam tengok filem... 😄
Deleterasa macam nak tengok tombiruo lepas baca review mdm.
ReplyDeleteanyway, mcm mana nak pronounce Tombiruo? hehe!
Tom-bi-ru-o
Delete😅😅😅
Tengoklah.. nanti boleh baca review awak pula...
FILEM YG RAMAI MINATI KARYA PENULIS HEBAT N LAKONAN BINTANG2 FILEM BERKAREKTER
ReplyDeleteSaya memang minat penulis novelnya... so saya gagah la pegi tonton... Faizal Hussein, yes.. antara pelakon yang saya nak tengok juga...
Deletetak tengok lagi filem ni..
ReplyDeleterobiahtul.blogspot.com
menarik jalan ceritanya. mmg dah lama kowt tunggu mana2 novel ramlee awang murshid ni di adaptasi kan. suka dengan penulisan beliau
ReplyDeletedh banyak baca review kwn2 psl filem nih, n tak sbr sangat nk tonton filem nih.. hrpnya ada lah masa utk tonton kt pangung wayang.. klu tak dpt, hrpnya kuar la kt astro first ...
ReplyDeletetak sangka dpt jgk tgk novel nih di filemkan.... kadang rasa bosan ngn filem malaysia yg asik2 cite cinta, asik2 cite antu...
semoga filem melayu lepasni makin membangun :D
ReplyDeleteSalam Perkenalan :)
ReplyDeletemacam best jugak citer ni
Mmg menarik.. rasanya potensi filem ni boleh pergi setaraf filem antarabangsa juga.
ReplyDeletesy memang layan novel RAM ni dan tombiruo memang takkan pernah lupa jalan citernya. ramai review filem ni bagus dan tak mengecewakan. tak sabar nak p tengok
ReplyDeleteSaya rasa macam saya dah komen ni.
ReplyDeleteBlom berkesempatan tp my friend and sis in law yg minat betul dgn novel2 RAM masing2 tak sabar nak pi tgk
ReplyDeletenak tengok movie ni sebab novel RAM! Tapi berkesempatan lagi sebab busy sangat. Harapnya dapat la minggu depan.
ReplyDeletep/s : Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :D
Saya sempat tengok trailer di YouTube memang teruja..
ReplyDeleteFilem ni unik lain dari yang lain..
teringin sangat nak tonton..
ReplyDeleteAdik saya cakap pun memang best. Dia pula memang peminat tuan RAM
ReplyDeleteBila baca review ni rasa teringin pulak nak tengok NK hihi....
ReplyDeleteKalau ikutkan, okje kurang suka tgk cite cite gini. Kalau tengok mesti terlelap dalam panggung haha...
Mungkin jugaklah, bila dah baca novel dia mesti teringin jugak nak tengok cite dilayar perak
Mmg nampaknya til sgt babak2 dalm citer tombiruo
ReplyDeletemenarik ni.
ReplyDeleteblm tgk lg,kebanyakkan ckp cite nie best...
ReplyDeleteKalau baca review Nora ni rasa macam tak dan-dan nak tengok. Ada juga saya baca review orang lain tapi mungkinlah minat berbeza. Makanya cara review pun berbeza. Secara jujurnya saya cuma tahu nama Ramlee Awang Murshid sebab memang tak pernah membaca hasil karyanya. Dulu-dulu rajin juga baca novel Melayu. Sekarang tengok adaptasi drama je ^_^
ReplyDeletemacam menarik. Nak kena tengok juga cerita ni
ReplyDeletelama dh novel ni xsilap baca thn 2006 tgh skolah lg.. ada 2 novel tombiruo dh baca. memang best jln cerita
ReplyDeleteWahhh...ada Zul Arifin :D
ReplyDeleteMama novel dia pun X abis baca lagi ni haa
ReplyDelete