Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Tak sangka pula lepas saya publish entri tentang pengalaman saya (yang takut jumpa doktor gigi ni) buat Scaling a.k.a Cuci Gigi dapat perhatian. Beberapa orang rakan mesej dan bertanyakan lanjut tentang klinik yang saya dapatkan rawatan tu, iaitu Klinik Pergigian Sharifah Aminah. Rupa-rupanya ramai juga orang yang takut jumpa doktor gigi.. (^_^) Saya ingat saya seorang je... Alhamdulillah, sekurang-kurangnya entri saya boleh melembutkan hati-hati orang yang juga takut jumpa doktor gigi... :p
Dalam entri kali ni saya nak cerita tentang pengalaman saya cabut gigi di klinik yang sama. Seperti yang doktor dah beritahu pada saya, gigi geraham atas di kedua-dua belah dah pun terhakis. So saya cabut yang sebelah kiri dulu. Memandangkan gigi geraham kiri tu dah terasa sakit sedikit, bila saya ketap gigi.
Saya ni acah-acah berani je nak pergi cabut gigi. Alisya jadi peneman saya masa tu. Selalunya kalau hantar Faris ke sekolah, Alisya akan tertidur dalam kereta. Tapi disebabkan saya nak cabut gigi saya pesan siap-siap pada Alisya yang saya nak pergi klinik. Elok je dia tak mengantuk.
Sampai klinik, debar jangan cakap la... Saya dapat giliran nombor 4, sebaik klinik gigi dibuka semula selepas lunch hour. (Klinik tutup dari jam 1.00 - 2.30) Sementara menunggu giliran tu, cuak juga.
Saya: Macam takut je nak jumpa doktor gigi.
Alisya: Tak apa mama, tengok budak tu dia tak takut pun nak jumpa doktor gigi. Siap nyanyi-nyanyi lagi. (sambil tunjuk pada seorang budak kecil berusia 5 tahun. Kami dengar masa ibunya daftarkan dia di kaunter. Nak cabut gigi yang dah rosak.)
Saya tengok je budak kecil tu. Memang tak de langsung perasaan takut. Muka ceria je... Mungkin juga sebab dia tiada trauma yang melibatkan rawatan gigi, sebab tu dia ceria. Kan?! :p
Bila tiba giliran saya, saya beritahu doktor gigi mana yang nak dicabut. Bila doktor dah periksa, dia meminta pembantunya ambil apa yang diperlukan. Bila doktor nak letak gel di gusi, saya siap tahan tangan doktor tu... :p Siap cakap, "kejap doktor... kejap"
Doktor tu cakap, "ok kalau dah ready bagitahu yea..." kemain memahami doktor ni. Dia tak de lah nak marah sebaliknya di beri saya masa untuk bertenang.
Bila saya dah betul-betul ready, doktor sapukan sedikit gel pada gusi. Kemudian di injectkan bius... sambil bercerita tentang filem Dilwale dengan pembantunya. (^_^) Dua kali saya disuruh berkumur dan lepas tu doktor cakap, "ok dah siap... bukan lama pun."
Saya yang terpinga-pinga dok tanya, "dah siap ke?"
Doktor jawab sambil gelak-gelak, "dah... dah siap dah..."
Bila saya ambil handphone saya dari tangan Alisya, tengok jam, la.. 7 minit je. Alisya siap cakap, "dah ke mama? Alisya tak main lama pun game tu." (nampak, Alisya pun rasa sekejap sangat)
Aduhai, memang tak lama pun cabut gigi, sekejap je. Kes saya 7 minit je selesai... Alhamdulillah saya tak rasa sakit pun sepanjang proses mencabut gigi tu... Sehari selepas cabut pun tak de lah rasa sakit... Harga saya cabut gigi hari tu RM80 sahaja (termasuk ubat tahan sakit dan kapas).
Saya masih lagi ada satu gigi untuk dicabut. Saya ingat next rawatan, saya nak bawa Faris dan Alisya sekali. Supaya mereka tak takut dengan doktor gigi! (^_^) Jangan jadi macam mama ni... :p
So, siapa-siapa yang tinggal berdekatan Greenwood atau Taman Sunway, dan mencari doktor gigi, bolehlah datang dan buat rawatan di klinik ini. Memang sangat- sangat recommended!
KLINIK PERGIGIAN SHARIFAH AMINAH
SH 2, Taman Greenwood,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6184 1153
No. 27, Jalan SM2,
Taman Sunway,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6185 6125