Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Hari ni saya nak kongsikan cara saya susun buku sekolah anak-anak mengikut jadual. Cara ni memang saya dah praktikkan sejak Faris darjah 2. Tahun ni pun dia dah darjah 4, so, dah dua tahun saya kaji keberkesanan cara ni. Sekarang Alisya darjah 1 pun saya gunakan cara yang sama.
Cara ini saya rasakan agak praktikal dan sistematik untuk saya dan anak-anak. Yang paling penting anak-anak saya boleh urus sendiri buku-buku mereka ikut jadual kelas. So, tak perlulah saya nak susun buku mereka, sebab confirm mereka boleh buat sendiri.
Ini button file milik Alisya, untuk lapan subjek. |
Apa yang diperlukan cuma:
1. File - cari file yang ringan dan tidak tebal. Dari pemerhatian saya, button file atau velcro file, sesuai untuk anak-anak. Tak berat sangat dan mudah untuk digunakan oleh anak-anak. Satu file untuk satu subjek. Macam Alisya ada lapan subjek, so lapan file. Setiap file akan diisi dengan buku teks, buku aktiviti dan buku tulis. Konsepnya 1 file, 1 subjek. Bagi buku yang ada dua jilid (biasanya buku BM, BI dan Maths), untuk enam bulan pertama masukkan buku jilid satu sahaja. Buku jilid dua biasanya hanya dipakai selepas anak-anak selesai ujian pertengahan tahun.
2. Label - saya gunakan Labelmaker DYMO untuk menandakan file dengan nama subjek. Atau anda boleh print je subjek-subjek yang ada kemudian tampal pada file tu. Label yang dibuat, haruslah berdasarkan jadual waktu kelas anak-anak. Maksudnya kalau untuk subjek Matematik ditulis sebagai MATHS di dalam jadual, maka labelkan MATHS juga pada file berkenaan. Tujuannya supaya anak tidak keliru, semasa menyusun buku nanti.
Labelmaker DYMO masa saya beli tu, harganya RM39.90 satu set di Jusco |
Contoh file yang telah dilabel. Label seperti apa yang ada dalam jadual. |
3. Jadual waktu kelas - semestinya jadual waktu kelas anak-anak. 😃 Dengan adanya file mengikut subjek ini, maka anak-anak hanya perlu membawa file subjek yang berkenaan mengikut hari.
Contoh jadual waktu kelas. Label perlulah ikut seperti ditulis pada jadual kelas. |
Kelebihan buku disusun mengikut subjek di dalam file.
1. Memudahkan anak-anak untuk menyusun sendiri buku mengikut jadual kelas. 😜
2. Anak-anak hanya perlu keluarkan file yang berkenaan semasa di dalam kelas. Jika waktu BM, maka file BM yang dikeluarkan. Anak-anak tak perlu lagi mencari satu-satu buku di dalam beg. Habis waktu BM, mereka hanya perlu simpan semula buku-buku BM di dalam file dan keluarkan file subjek berikutnya. Sama juga bila nak siapkan kerja rumah, mereka hanya perlu keluarkan file yang berkenaan. Senang! 😄
3. Seperti yang kita sedia maklum, jadual kelas anak-anak biasanya akan dirombak beberapa kali dalam setahun. Dengan adanya file subjek ni, maka tidak timbul masalah untuk melabel semula semua buku, mengikut jadual waktu baru.
Saya juga pernah menggunakan kaedah yang pernah viral seperti ini, tapi tidak praktikal untuk saya dan anak-anak. Jadual sekolah anak-anak bertukar setiap 3 bulan. |
4. Kalis air dan minyak. Macam mana tu? Disebabkan Faris memang hari-hari bawa bekal, kadang-kadang tertumpah sup ke, minyak ke pada buku-buku yang dibawa. Macam tu juga kalau hari hujan, mesti buku basah. Sejak saya masukkan buku-buku dalam file, alhamdulillah buku-buku selamat... InsyaAllah. 😁
Inilah cara saya susun buku sekolah Faris dan Alisya. InsyaAllah, file ni tahan lama, ia bukanlah item yang perlu diganti setiap tahun. Setakat ni untuk Faris, dia masih pakai file dari darjah 2. Saya cuma gantikan tiga ke empat file, sebab file tu dah rosak dan koyak.
Moga entri ini bermanfaat buat ibu bapa yang mencari solution untuk menyusun buku sekolah anak mengikut jadual... 😁 Thanks for reading! 😍😍😍
Bagusnya cara ni,..memang mudah dan praktikal 😊
ReplyDeleteItulah... memang senang untuk anak-anak... InsyaAllah buku tak hilang.
DeleteMemang cara ini sangat praktikal buat anak-anak.
ReplyDeleteBetul Kak Zakie, senang anak-anak susun sendiri.
DeleteBaguslah idea Nora ni...semuanya mudah bagi anak dan ibunya juga.
ReplyDeleteAlhamdulillah... betul tu, mudah untuk anak-anak dan maknya sekali :D
DeleteBagus idea ni... apsal la sy tak terpikir masa sy sekolah 20 thn lalu.. hahahs
ReplyDelete😂😂😂 saya buat kaedah ni masa belajar dekat U. Masa tu pun terfikir, kenapalah saya tak buat masa sekolah..😂😂😂
DeleteTakpe, nanti sy blh pratikkan kt anak sy bila dia masuk sekolah nanti... thanx for sharing
ReplyDeleteYou are welcome DP... 🤗
DeleteIdea mmg best... Terbaik. tp kawin pun belum, buku anak pun blm ada lg. hehehe
ReplyDeleteZH Blogger
Hehehe so boleh buat persediaan bila dah kahwin nanti...
DeleteBagus ni Nora..
ReplyDeleteAnak2 tak kehilangan dan ketinggalan buku sekolah kan..
Lagi pun buku tersebut tak rosak..
Betul tu... dulu masa tak pakai file, habis koyak buku teks sebab Faris dok sumbat je dalam beg... sejak ada file, buku semua dalam keadaan baik.... Alhamdulillah..
Deletebaru tak kelam kabut nak simpan buku ikut jadual
ReplyDelete😅 betul.. Faris selalu kemas buku lagi 10 minit nak pergi sekolah 😅
Deleteterima kasih akak berkongsi tips ni.
ReplyDeleteblh lah nti guna pakai utk rania pulakk. in shaa Allah
Sama-sama kasih Ciksu... 😁
Deletebagusnya tips ni. sangat mudah & praktikal. boleh apply nanti bila anak2 dah masuk sekolah rendah. tq for sharing tau. :)
ReplyDeleteSama-sama... moga bermanfaat buat semua 🤗
DeleteNampak kemas ye NK kalau susun buku dalam file. Mudah pun mudah kot sebab buku teks dengan buku tulis simpan sekali
ReplyDeleteYea... betul kemas je... buku pun insyaAllah tak kemek-kemek. Sebab simpan dalam file.
Deletesangat praktikal...boleh rietta cuba utk anak buah rietta nnti...
ReplyDeleteTak de dah masalah buku tercicir. Phew... 😅
DeleteBagus dan praktikal... Sangat memudahkan.
ReplyDeleteMudah. Yang penting senang anak-anak nak susun sendiri jadual sekolahnya.
Deletemmg praktikal ni kak
ReplyDeleteAlhamdulillah memang praktikal...
Deletesaya buat plak, label pada buku
ReplyDeletetapi cara tu susah and tak praktikal sebab jadual kerap berubah
mungkin nak kena follow cara akak
Iye sungguh jadual anak-anak akak pun selalu tukar. Jadi file ni memang praktikal.
Deletebagsu juga cara ni..boleh try bila adam dah besar..hehe :)
ReplyDeleteBagus tips ni...boleh dipraktikkan
ReplyDeleteWahh teratur je... barulah anak2 dpt fokus dan teratur belajar kan.. :)
ReplyDeletebagus tips ni..
ReplyDeletemacam2 cara untuk memudahkan anak. Yg penting mama kene rajin nak buatkan untuk anak
ReplyDeletenice share.. boleh saya cuba amalkan bila dah ada anak nanti.. tapi calon bini pun x nampak rupa lagi, anak apatah lagi.. hehehe
ReplyDeletewahhh bagus idea ni. boleh simpan utk Uwais masuk sekolah nt dan mungkin jugak untuk ummi nya bila sambung belajar nanti. thanks share ;)
ReplyDeleteGood tips, tq share bersama yer
ReplyDeletekita gunakan benda yang sama, saya pun buat macam ni juga untuk anak2, mudahkan
ReplyDeleterajin !
ReplyDeleteanak2 aida masih susun mcm tradisional.
sendiri susun.
hi hi hi ibu nyer x kuasa!
bagusnyer buat cmtu..
ReplyDeleteye x ye kan..bru nmpk lg tersusun..
ok2.cdgn boleh dktgahkan pada akk yaya..coz yaya xde ank lg..hehe
Sangat praktikal.. Tq sudi share..
ReplyDeleteAlhamdulillah satu kaedah terbaru saya pelajari, selama ini lekatkan label isnin hingga jumaat pada kulit buku ikut jadual.
ReplyDeleteTerima kasih banyak2
Tenkiuu akak. Nak buat utk adib
ReplyDeleteBagus buat macam ni mmg systematic.. T jgn lupa pesan pd anak2 utk masukkan semula buku yg digunakan ke dlm file.. Ada students mmg dh buat benda ni tp masalahnya file bwk buku pulak xde.. Huhu.. Harap ada pemantauan jugak dr pihak ibu bapa di rumah.. Tq sekadar berkongsi pengalaman
ReplyDeleteterimakasih share pengalaman anda
ReplyDeleteWaaw idea terbaikk sgt... Tksh sis ats perkongsian idea..
ReplyDeleteNice tips. TQ for sharing...
ReplyDeleteGood idea.. well done puan..
ReplyDeleteIzinkan saya share ilmu puan dan sebar pada yang lain..halalkan ilmu puan ni yer..terima kasih..
ReplyDeleteBagus sangat teknik ni. Tq Tq ye sharing..
ReplyDeletePuan pakai fail saiz apa ya
ReplyDeleteSaiznya besar sikit dari A4. Masa nak beli tu boleh ukur dengan A4 dulu. Harap jawapan ni membantu.
DeleteTerima kasih untuk perkongsian ini. Mohon dishare, kami tak akan ubah perkataan satu pun. TQ.
ReplyDeleteBoleh, silakan jika bermanfaat buat semua. 😊
DeleteIzinkan saya share panduan puan dalam laman portal FMT. Terima kasih terlebih dahulu. Panduan ini pasti akan amat berguna kepada ibu bapa.
ReplyDeleteBoleh silakan jika bermanfaat buat ibu bapa.😊
Delete