Monday, July 21, 2014

Cubaan Membakar Cookies Dengan Pemanggang Ajaib

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Ramadan, 

Hari ni saya saja cuba membakar biskut raya dengan pemanggang ajaib. Sibuk nak mencuba juga semperit susu tu, sebab bahannya tak banyak...

Tapi saya tak de acuan semperit... So, suka hati saya je main tekap-tekap pakai acuan bento anak-anak macam buat lukisan... ^_^ Boleh je la...

Tak de la buat banyak... Sebab saya memang saja nak cuba membakar cookies guna pemanggang ajaib... Resipi ni saya ambil dari blog Nurbijen...

Taraaa...


First batch yang saya bakar, agak tidak mencapai piawaian.. hehehe sebab tak dapat nak agak berapa lama nak dibakar... Tapi lepas tu alhamdulillah dapat agak... Banyak juga hasil yang saya dapat dari sukatan bahan yang Nur tulis tu...

Alisya sangatlah excited tengok saya bakar kuih raya... tak habis-habis dia tanya siapa nak datang, bila nak raya... (^_^)

Saya buat biskut susu ni je la kot... sebab memang tak de perancangan nak buat biskut raya pun... Buat ni pun sebab nak test texture biskut yang dibakar dalam pemanggang ajaib tu... Pendek kata, memang ajaib la pemanggang ajaib tu... hahaha 


Nota kaki: Berapa jenis kuih raya anda buat tahun ni?!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, July 18, 2014

Adam Faris, 7 Tahun...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 20 Ramadan,

Alhamdulillah semalam merupakan hari lahir ke-7 buat anak sulung saya Adam Faris... Memang rasa sekejapan masa berlalu... Baru je rasa ditimang-timang, diagah-agah... sekarang dah pun 7 tahun...

Bila nurse letakkan Adam Faris di atas perut saya sementara doktor memotong tali pusat, tiada kata yang terucap... Terkejut... Gembira... Takut... Macam-macam perasaan ada... Ingat lagi bagaimana menggeletarnya tangan saya ketika nak menyentuh Adam Faris yang masih berdarah di atas perut saya... Sayu... Juga excited.

Muka dah kuning...
Esoknya warded...
Bila Faris di masukkan semula ke hospital kerana demam kuning yang sangat tinggi... Saya jadi tak tentu arah... Bayangkanlah, 6-7 biji lampu dipasangkan ke arahnya... Kulitnya menjadi semakin kering... Kakinya pula tah berapa kali dicucuk, untuk di ambil darah, setiap hari... Melihatnya menangis, tapi saya tak dapat nak pujuk...


Saya masih ingat... ketika Dr Kishore, (Paed) Hospital Tawakal, Kuala Lumpur, maklumkan jika paras kuning Faris tidak turun, mereka terpaksa menukar darah... Masa tu, saya menangis teresak-esak... Manakan tidak, dia anak sulung saya... 

Pengalaman pertama saya menjadi ibu... Melihatnya berpanas di bawah cahaya biru, dengan kulit yang sangat kering... Hati ibu mana yang tidak sedih... Memegangnya pun baru beberapa kali... Sepanjang dia di bawah cahaya biru, hanya sekali dua saya dapat menyentuh dan menyusukannya... Selebihnya, dia hanya berbaring dan menyusu hanya melalui botol. Semuanya macam baru lagi berlaku...!!
Ketika Faris masih dirawat...

Alhamdulillah, 7 tahun dah sekarang... Melihatnya membesar adalah satu pengalaman indah buat saya...  

Sekarang dah jadi kawan gaduh... kawan merajuk... kawan belajar...  


Sesekali tersentap dengan kata-katanya... Saya dapat rasakan bagaimana frustnya Faris ketika belajar... Terhibur melihatnya dalam acara sukan ketika di Tadika tahun lepas... dan melihatnya beraksi di pentas ketika majlis Konvo Tadikanya... 

Seperti biasa setiap kali hari lahir anak-anak, kami beri pilihan untuk mereka memilih hadiah. Faris sejak akhir-akhir ni memang sangat obses dengan jam tangan... Asal jumpa jam tangan yang nampak cantik di matanya, dia minta dibelikan...  

So, encik hubby gagah carikan jam untuk Faris... Lastnya, dia pilih yang ni... nak tahu harganya berapa? Cuma RM15.00... hahaha... Bila encik hubby tunjuk jam Baby-G (dengan harapan jam tu tahan lama sikit... tak  de la selalu bertukar...), dia kata, "yang ni mahal... Faris nak yang tadi tu je... 15 ringgit je...!" Sebenarnya, jam Baby-G tu tak de gambar Transfomers... :p


Jam tu siap boleh cabut dan jadikan robot... sebab tu la dia nak sangat jam tu... apa-apa la Faris... asalkan happy...

Moga Adam Faris sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T... Diberikan kesihatan yang baik... Mudah menerima ilmu yang diajarkan oleh guru-gurunya di sekolah... Sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh... Amin... 

Nota kaki: Sedih mendapat berita tentang #MH17... Trauma #MH370 masih belum pulih... kini MH17 pula... Tahun yang amat sedih bagi rakyat Malaysia... Moga mereka tenang di sana... Perginya mereka dalam keadaan begitu... Kita?! 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Seronoknya Berkumpul Adik Beradik!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 18 Ramadan,

Sabtu lepas dapatlah kami berkumpul adik beradik di rumah pusaka arwah mak dan ayah di Gombak... Seronoknyalah bila sekali sekala berkumpul... Makan sama-sama... 

Itu pun secara kebetulan saya dan family turun KL (plan asalnya berbuka puasa dengan family encik husband... tapi tak jadi...) So, saya pun pujuk kakak saya yang duduk di Kota Puteri untuk balik ke Gombak... Bila dah confirm, kami ajak sekali abang sulung yang juga ada di Rawang. Dan tiga lagi (abang, kakak dan adik saya) yang memang tinggal di Gombak. Alhamdulillah Allah permudahkan... semuanya dapat berkumpul.

Dulu masa arwah mak dan ayah ada, memang kami ada buat satu hari dalam bulan Ramadan yang boleh adik-adik mak berkumpul. Biasanya family Pak Lang dan Pak Usu akan datang berbuka bersama. Setiap tahun, tak pernah tidak... Ah, rindu moment tu...

Sabtu hari tu, menu kami adalah, pulut kuning (sebab kakak saya yang di Kota Puteri tu teringin nak makan pulut kuning) + rendang ayam + nasi putih (kot-kot ada yang tak nak makan pulut kuning masa buka) + kobis goreng + bubur kacang hijau durian + puding buah-buahan + roti john (beli je) + buah tembikai (beli je) + air timun.

Air timun tu memang wajib buat la masa bulan Ramadan... Sebab arwah mak pun memang akan buat air timun ni kalau berkumpul adik-beradik... Rasa lebih feeling kalau buat bulan Ramadan berbanding bulan-bulan biasa... :p

Tak dan nak ambil gambar menu yang ada... sempat snap beberapa keping gambar sebelum saya makan... Dan kalau nak tahu... Hari Sabtu tu la Faris puasa penuh... Siap bangun sahur dan berpuasa sepanjang hari... tapi setiap sejam dia akan cakap, "lama lagi nak buka?" Saya cakap, "eh tak lama dah la... kejap je lagi... pegi main dengan Uwais... nanti tak la lapar..."
Faris masa berbuka tu nampak sangat keletihan berpuasa sepanjang hari...
hehe bagus Faris...!
Kakak saya dengan anaknya Raihana...
Air timun:
Sagat timun + air + air gula + masukkan ais... Siap!
Puding buah-buahan...


Monday, July 14, 2014

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Alhamdulillah dah pun melepasi 15 Ramadan... cuba renung semula, adakah 15 hari sebelum ini kita berbuka seiring dengan sunnah Rasulullah? Jom semak adab-adab berbuka puasa menurut sunnah Rasulullah: 

1. Menyegerakan berbuka apabila telah masuk waktu berbuka. 

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

2. Berbuka dengan kurma, tamar atau air.

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan memakan beberapa biji rutob sebelum menunaikan solat. Sekiranya tiada rutob, baginda berbuka dengan kurma. Jika tiada kurma, baginda meminum beberapa teguk air." - Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka, sekiranya makanan masih belum dihidangkan.

"Apabila makanan dihidangkan, mulakanlah dengan makanan sebelum kami menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika menjamah makan malam kamu." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

Meninggalkan makanan ketika keinginan untuk menjamahnya begitu kuat atau dalam keadaan lapar, boleh menghilangkan kekhusyukan dalam solat. Para ulama mengatakan bahawa makruh menunaikan solat sewaktu makanan sudah terhidang di hadapan mata.

4. Tidak makan secara berlebihan ketika berbuka.

"Makan dan minumlah kamu serta janganlah berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan." - Surah al-A'raf: 31

5. Memperbanyakkan doa yang ma'tsur sebelum berbuka.

"Sesungguhnya orang yang berpuasa itu, doanya tidak akan tertolak ketika hampir waktu berbuka." - Diriwayatkan oleh Ibn Majah. 

Waktu itu, kita boleh berdoa meminta apa sahaja doa yang dihajati. Ini kerana, orang yang berpuasa jiwanya bersih daripada segala dosa dan syahwat.

6. Berdoa kepada orang yang menjamu kita ketika berbuka. 

"Nabi s.a.w. pernah datang ke rumah Sa'ad bin 'Ubadah. Beliau telah menghidangkan kepada baginda roti dan minyak. Baginda pun makan dan berkata: Aftara 'Indakum al-Soimun, wa akala to'amakum al-Abraru wa sollat 'alaikum al-Malaikatu (Telah berbuka bersamamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.)" - Diriwayatkan oleh Abu Daud.

Berdoalah kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa agar kita diredhai dan dirahmati Allah S.W.T

Nota kaki: Bersederhanalah ketika berbuka... dan jangan lupa perbanyakkan doa buat saudara seislam kita di Gaza... #prayforgaza

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, July 09, 2014

Ketuk-Ketuk Ramadan 2014: Kerabu Tomato

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 11 Ramadan,

Sekejapan je dah 11 Ramadan yea?! Cepat sungguh masa berlalu... Biasa bulan Ramadan memang saya akan tonton rancangan Ketuk-ketuk Ramadan. Sebab resipi yang dikongsikan Sheila Rusly dan artis-artis yang dijemput tu sangat mudah. 

Ada beberapa yang saya salin resipinya disebabkan terliur menengoknya di tv... Hahaha... Saya belum cuba lagi buat Kerabu Tomato ni... So, takde gambar. InsyaAllah nanti kalau saya dah buat, saya akan masukkan gambar hasilnya. Atau kalau ada sesiapa yang dah try resipi ni... boleh la share gambarnya di sini.

By the way, dalam rancangan tu memang tak de sukatan-sukatan... Maka kena pandai-pandai agak la yea...

Bahan-bahannya:

Tomato (hiris) - bahagian dalam tomato tu tak pakai...
Bawang besar (hiris)
Timun jepun (hiris)
Suhun (celur)
Daging (direbus dan hiris nipis)
Sos ikan
Jus limau nipis 
Gula dan garam (secukup rasa)

Bahan tumbuk: 
Cili merah
Belacan (dibakar sedikit)
Cili padi

Cara membuatnya:

1. Tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan sos ikan, gula dan garam (sos ikan ada masinnya, jadi boleh kurangkan penggunaan garam)

2. Pindahkan bahan tumis tadi ke dalam bekas, masukkan daging, bawang besar dan jus limau nipis. Gaul sebati.

3. Akhir sekali masukkan, tomato, timun jepun dan suhun. 

Siap untuk dihidang. Menu ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet!  Selamat mencuba... (^_^)Y


* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, July 08, 2014

"Pinjam Warna FISH, Sya..."

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 10 Ramadan,

Lepas saya ambil Faris dari sekolah, tak sempat salin baju semua dia dah keluarkan buku mewarna yang dibeli dari kedai buku sekolahnya... Faris ni memang la suka beli barang dari kedai buku sekolah. Hari-hari dia membeli... Buku la, pemadam la, pembaris la, pensel la... macam-macam lagi la... 

Dia pernah juga beli pensel tekan untuk saya (saya ada tulis di entri ini, Istimewanya Hadiah dari Adam Faris) dan Buku Untuk Alisya.

Masa saya tengah belek-belek magazine, saya terdengar perbualan dua beradik ni:

Faris: Sya, Faris nak buat kerja jap... tadi dekat sekolah, Faris dah warna sikit... ada sikit lagi nak siap ni... (sambil kelam kabut keluarkan buku warna dari dalam beg sekolah... macamlah kerja sekolah beriya sangat nak siapkan...!)

Alisya: Adam Faris tak beli untuk Alisya ke? Alisya nak juga... 

Faris: Tak sempat Sya... nanti Faris beli... tengok esok... 

Alisya: Ok... kalau esok, Faris belikan Frozen untuk Alisya eh...

Faris: Ha ok tengok dulu... Ni la muka dia tak dapat warna tadi... Faris tak de warna FISH... Sya, ada warna FISH tak? Pinjam...!

Alisya: Ok jap Alisya ambil warna FISH... (sambil pergi dekat beg sekolahnya dan keluarkan pensil warna... Saya dalam hati tertanya-tanya... warna FISH?! Warna apa tu? Sambil tunggu Alisya keluarkan warna apa)

Warna peach tu untuk warna
muka dan tangan Ben10
Faris: Ada tak Sya warna FISH?! Cepatlah... Faris nak kena pakai baju ustaz ni... (pakai baju sekolah agama. Alisya masih cari warna yang abang dia nak)

Saya: Warna FISH tu warna apa?!

Faris: Warna FISH la... takkan mama tak tau kot?! (serious saya tak de idea warna apa yang dimaksudkan...)

Alisya: Nah... nasib baik Alisya ada... (sambil hulur warna PEACH...)

Saya: La ni bukan warna FISH... Ini warna PEACH!! FISH tu ikan... 

Faris: Eh, bukan FISH eh... Faris ingat FISH... (sambil gelak guling-guling... masalahnya adik dia boleh bagi warna yang betul pula tu...!!)

Sabar je la... Tapi memang selalu macam tu la... Alisya memang akan faham apa yang abang dia cakap/nak... Saya je selalu confuse dengan apa yang Faris cakap... 
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, July 07, 2014

Kisah Di Sebalik Doa Penerang Hati

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 9 Ramadan,

Rancangan: Tanyalah Ustaz
Tajuk: Mohon PadaNya
Panel: Ustaz Sharhan Safie
Tahukah anda kisah di sebalik turunnya doa penerang hati? Kisah ini diceritakan dengan jelas oleh Ustaz Sharhan Shafie dalam rancangan Tanyalah Ustaz (TV9), baru-baru ni...

Kisah Nabi Musa dan Firaun:
- Firaun telah bermimpi bahawa ada seorang bayi lelaki yang akan lahir dan menentang kuasanya.

- Oleh kerana mimpi tersebut, Firaun telah mengarahkan semua bayi lelaki yang dilahirkan dibunuh.

- Ketika Nabi Musa dilahirkan, lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan dihanyutkan ke sungai.

-  Kotak yang berisi Nabi Musa itu kemudiannya melalui sungai di dalam kawasan istana Firaun.

- Lalu kotak itu diambil oleh para dayang istana dan isteri Firaun.

- Dan ketika itu Allah mencampakkan perasan kasih dan sayang ke dalam hati isteri Firaun untuk menjaga Nabi Musa.

- Atas pujuk dan rayu isteri Firaun, akhirnya Firaun bersetuju dan membenarkan isterinya menjaga Nabi Musa.

- Maka membesarlah Nabi Musa di dalam istana Firaun dengan penuh kemewahan.

- Satu hari ketika Firaun mendukung Nabi Musa, Nabi Musa telah mencakar mukanya (ada sesetengah riwayat mengatakan Nabi Musa mencabut janggut Firaun)

- Firaun sangat marah dan hendak membunuh Nabi Musa, tetapi dihalang oleh isterinya.

- Firaun kemudian menguji Nabi Musa. Diletakkan emas (ada sesetengah riwayat yang mengatakan susu) di sebelah kanan dan bara api di sebelah kiri lalu meminta Nabi Musa memilih salah satu. 

- Kata Firaun, jika Musa memilih emas/susu, maka dia akan membunuhnya.

- Ketika memilih, Nabi Musa telah menuju ke emas/susu tersebut, namun malaikat telah memandu arah Nabi Musa kepada bara api.

- Lalu berkatalah Firaun lagi, jika Musa memegang bara api tersebut aku tetap membunuhnya, melainkan Musa makan bara api tersebut.

- Lalu Nabi Musa memegang dan memakan bara api tersebut, maka cacatlah mulut serta lidah Nabi Musa.

- Hingga satu masa apabila Firaun semakin melampau, Allah memerintahkan Nabi Musa untuk menasihati Firaun.

- Lalu berkatalah Nabi Musa, bagaimana aku ingin berdakwah kepada Firaun sedangkan lidahku cacat.

- Lalu Allah menurunkan ayat dalam Surah Taha; ayat 25-28 (iaitulah Doa Penerang Hati):


- Dengan ayat tersebut, Nabi Musa dapat berdakwah/menegur Firaun dengan berkeyakinan dan sangat lancar, seperti orang yang tidak mengalami kecacatan lidah.

Khasiat Doa Penerang Hati:

1. Doa ini boleh dibacakan kepada anak-anak kita yang lambat bercakap.

2. Doa ini boleh dibacakan ketika kita merasa gugup dan tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi.

3. Doa ini boleh dibacakan oleh mereka yang ingin menghadiri temuduga.

Sunday, July 06, 2014

Nasi Beriani Haji Tamby @ Bazar Ramadan Peringgit

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 8 Ramadan,

Jumaat lepas encik hubby request paprik ayam,... Lepas hantar Alisya dan Faris pergi kelas mengaji, kami pun singgah la Jusco kononnya nak beli barang untuk buat pakrik ayam tu (ada 2-3 barang yang tak de di rumah)... Sekali ada member sale la pula... Leka memilih seluar dan baju Faris dan Alisya, tak perasan hampir 2 jam kami di Jusco tu...

Encik hubby saya nikan, kalau membeli baju ke apa-apa yang dia nak beli, mesti ambil masa yang lama... kadang-kadang saya pun tak larat nak ikut... letih ooo, mengalahkan orang perempuan shooping!  :P

Dah berlama-lama di Jusco tu... encik hubby pun cakap tak payah masak la... Hari ni beli nasi beriani Nazli-Melea je... Saya ok je... Kebetulan Sabtu dan Ahad, encik hubby saya ada jemputan berbuka puasa di luar... So, oklah saya dapat off masak Jumaat tu.

Kami singgah di bazar Ramadan Peringgit, sebab nak beli kuih muih juga selain Nasi Beriani tu... Kami sebenarnya nak beli 2 bungkus je nasi beriani... sekalikan si Nazli yang pemurah tu dia bagi kami 4 bungkus nasi dengan sambal ayam (6 ketul ayam) dan rendang ayam (3 ketul) ... Ya Allah... siapalah pula nak makan... kami dah la 4 beranak je... Alisya pun bukan pemakan sangat orangnya...


Tengoklah Nazli isi nasi beriani dalam polistrin kami... punyalah banyak... Dalam hati saya, "alamak-alamak banyaknya, siapa nak makan?..." kalau bawa ke sahur esoknya pun belum tentu habis... 


Tengok ni... dua bungkus nasi penuh dalam periuk nasi 5 pot saya... selalu kami 4 beranak makan 2 pot 1/2 je untuk 2 kali makan, buka puasa dan sahur... Ni penuh periuk... confirm tak habis makan ni... Dari membazir, saya panjangkan sedekah Nazli pada jiran sebelah rumah saya... 

Saya dan encik hubby sebenarnya naik segan dah nak membeli dekat Nazli dan Melea ni... dalam 4-5 kali (atau mungkin lebih) kami membeli di kedai mereka, sekali je yang kami bayar... Itu pun sebab Nazli-Melea tak de di kedai... nampak je kereta Nazli sampai kedai... cepat-cepat encik hubby bayar pada stafnya... hahaha selebihnya kunjungan kami semuanya percuma... termasuklah masa kami membeli di bazar ni...

Encik hubby ambil bungkusan dari tangan Nazli sambil satu lagi tangan masukkan duit dalam apron Nazli... tapi dia berkeras tak nak ambil duit... saya siap suruh encik hubby, Faris dan Alisya lari... tapi Nazli pulangkan balik duit tu pada Faris... Sabar je la...

Kami doakan agar perniagaan kamu sentiasa maju... moga kamu sekeluarga sentiasa sihat walafiat dan dimurahkan rezeki... Amin... Terima kasih banyak-banyak Nazli-Melea.

Siapa-siapa yang ada sekitar Melaka dan berkunjung ke Bazar Ramadan Peringgit, boleh la singgah di gerai Nasi Beriani Haji Tamby ni yea... Betul-betul sebelah depan jalan masuk ke bazar. Atau kalau tak mahu beli di bazar, boleh singgah di kedai mereka di Padang Temu.

Sempat lagi AF ambil gambar kat sini...
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, July 04, 2014

Mini Giveaway #8: Pemenang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 6 Ramadhan,

Alhamdulillah anak solehah saya si Alisya Farha dah tolong saya untuk cabut undi bagi memilih pemenang buku Cukup Hanya Allah tulisan Ustaz Kazim Elias.

Maka saya umumkan pembaca bertuah yang akan memiliki buku tersebut adalah:


Terima kasih kepada semua yang telah sudi menyertai Mini Giveaway #8 saya... InsyaAllah nanti saya bagi buku lain pula ye...

Kepada pemenang, mohon hantarkan Nama Penuh, Alamat & nombor Telefon ke email saya nora1404@yahoo.com. Moga buku ini bermanfaat buat Lia... Tahniah...

Terima kasih semua... \(^_^)/

Alahai Kesian Alisya...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jumaat lepas adalah hari terakhir Alisya bersekolah di Tadika Ilmu Murni Bukit Katil... Terpaksa akur kepada pihak pengurusan Tadika tu yang terpaksa menutup cawangan di Bukit Katil... Hanya cawangan di Bukit Katil yang ditutup... 

Dua lagi cawangan di MITC dan Ayer Keroh beroperasi seperti biasa. Cuma kalau nak hantar Alisya ke Ayer Keroh tu makin terkejar-kejar la saya... Nak ambil Faris sekolah hujung sini... Alisya pula tadika hujung sana... Jauh juga! Jadi encik hubby kata, tahun depan je lah masukkan Alisya sekolah semula... Ye la kan, ni dah tengah tahun... mana ada tadika yang nak ambil kan? Mujur Alisya masih 4 tahun... 

Saya personally rasa sedih la juga bila diberitahu pertengahan bulan Jun hari tu, bahawa cawangan di Bukit Katil akan ditutup... Tapi nak buat macam manakan... mereka pun ada kekangan juga...

Alisya ni walaupun baru empat tahun, dia sangat bersemangat nak ke sekolah. Kalau dekat rumah pun dia rajin baca buku (buku Bacalah Anakku, Read Easy dan Iqra'), mewarna... kalau buku-buku cerita tu jangan cakap la... naik letih saya bacakan untuk dia... hahaha (jauh beza dengan Faris... yang kalau disuruh baca buku... menjerit satu taman ni dengar..)

Selasa baru ni Alisya tanya saya kenapa tak hantar dia ke sekolah? (Sebab Isnin cuti umum 1 Ramadhan di Melaka). Saya cakaplah yang sekolah Bukit Katil dah tutup... Lepas tu dia cakap "ooo, sekolah MITC dengan Ayer Keroh je buka? Saya iyekan je... 

Tak lama lepas tu dia berangan sorang-sorang jadi cikgu... Dia sebut nama kawan-kawan dia... "Iman, cuba baca doa... em... doa masuk tandas..." (dia baca doa tu dan kemudian sambung cakap) "Pandai... doa apa lagi tau? Doa makan? (Baca doa lepas tu sambung) Ha... pandai..., Diba... baca ayat Qursi" (dia baca kemudian sambung cakap) "Pandai... nanti balik rumah buat ulangkaji lagi... tau?! (sambil ketuk-ketuk meja, macam cikgu betul la... heheh) Saya pandang dengan ekor mata je la... kalau saya pandang, tak jadilah dia berangan... 

Lepas tu dia nampak bosan... saya ambil buku latihan ABC... duduk sama-sama dan teman dia buat latihan... sambil buat sambil mulut bercerita... masih lagi tentang kawan-kawan dia... Asyrafkan, bla... bla... bla... Afrinakan, bla... bla... bla... Imankan, Dibakan... Umair tu kan... Zikri tu...

Alahai anak... Kesian dia... Dia dah ada 6 bulan memori dengan kawan-kawan tadika tu... Sebab tu dia boleh cerita macam-macam... mesti dia rindu kawan-kawan dia tu... Ye la, budak kecil bukannya tau nak sebut rindu tu kan...

Tak lama lepas tu... dia cakap "eh, Alisya belum sembahyang la... Nanti cikgu marah!" Sambil kelam kabut ambil telekung... Saya tengok jam... ok baru pukul 10.30 pagi... di sekolah dulu Alisya ada juga belajar solat Dhuha... So saya pun solat la sekali dengan dia... Habis solat dhuha dia baca doa dhuha dan doa ibu bapa... Memang touching la... Dalam 6 bulan sekolah dia dah belajar macam-macam sebenarnya...

Antara doa-doa yang Alisya dah hafal doa ibu bapa, doa makan, doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa tidur, doa bangun tidur, doa dhuha, doa penerang hati (semua siap terjemahan) termasuk ayat qursi, al-fatihah, 3 kul, bacaan dalam solat... dan beberapa hadis...

Tak pe lah Alisya, tak de rezeki nak belajar dekat situ... nanti mama dan abah cari tadika lain untuk Alisya tahun depan yea...?!


Nota kaki: Mujur kelas mengaji di tadika Bukit Katil tu masih berjalan seperti biasa... kelas mengaji hari Khamis dan Jumaat jam 2.30 petang hingga 4.30 petang... So, saya hantar je Alisya untuk kelas mengaji (Iqra) dengan Faris sekali. Yuran kelas mengaji adalah RM45.00/seorang...

Thursday, July 03, 2014

Mini Giveaway #8: Senarai Peserta

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 5 Ramadhan,

Alhamdulillah Mini Giveaway #8 dah pun ditutup jam 11.00 malam semalam... Terima kasih kepada semua yang sudi join... Berikut adalah senarai peserta:












InsyaAllah malam-malam sikit saya minta Alisya Farha untuk cabut undi, kita tengok siapa yang kena... hehe... 

Selamat berbuka...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, July 02, 2014

Mini Giveaway #8

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Ramadhan, 

Alhamdulillah kita masih lagi berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini... Hari ni dah pun masuk hari kedua Ramadhan... Moga kita dapat melakukan ibadah puasa ini sebaiknya serta meningkatkan amalan agar mendapat ganjaran pahala. InsyaAllah... Amin...

Sempena Ramadhan yang mulia ini, saya nak menghadiahkan sebuah buku baru tulisan Ustaz Kazim Elias yang bertajuk Cukup Hanya Allah...

Antara isi kandungan buku...



Buku ini sangat menarik dengan penulisan santai bersifat teguran, peringatan dan nasihat. 

Saya memang suka mendengar ceramah-ceramah ustaz Kazim... Dalam ceramah ustaz Kazim, memang ada jenaka... tapi jenaka itu sangat sinis dan 'makan dalam' bagi orang yang mahu berfikir...

Saya juga telah membaca buku pertama tulisan ustaz Kazim yang bertajuk Tuhan Sedang Menguji Kita... Yang pada saya sebuah buku motivasi islamic menarik untuk dibaca.

Berbanding dengan buku yang pertama, buku kedua ini lebih tersusun penulisannya dan sangat menyentuh hati saya... Maklumlah, kita banyak melakukan kesalahan pada waktu-waktu kita terlalu leka pada dunia satu ketika dulu... Moga Allah ampunkan saya dan rakan blogger sekalian...

Maka saya nak kongsikan ilmu yang telah saya dapat melalui buku ini dengan seorang pembaca bertuah blog saya...

Seperti biasa anda hanya perlu tinggalkan link blog (kalau ada blog), email @ Facebook (kalau tak de blog), di ruangan komen entri ini... Saya buka penyertaan sehingga hari Rabu, 2 Julai 2014, jam 11.00 malam.

Salam 2 Ramadhan... (^_^)

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, July 01, 2014

Resipi Mudah: Ayam Masak Merah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 3 Ramadhan,

Hari ni saya nak share resipi ayam masak merah yang biasa saya buat. Ayam masak merah ni sedap dimakan dengan nasi tomato, nasi minyak... pulut kuning pun boleh... 

Bahan-bahan:

8 ketul ayam (saiz kecil) -
2 cm kulit kayu manis
1 batang serai (dititik)
6 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (hiris kasar)
2 sudu besar cili kering kisar 
1 biji tomato (potong kecil) - (kalau takde buah tomato, boleh pakai sos tomato 1 sudu besar)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula melaka (kalau tak de gula melaka, pakai gula pasir pun boleh)
1 sudu teh asam jawa xtra Adabi
Garam
Serbuk kunyit
1/2 atau 1 cawan air (untuk kuah)

Cara membuatnya:

1.  Perapkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.

2. Tumis kulit kayu manis dan serai sehingga naik bau. Masukkan bawang merah dan bawang putih, masak sehingga kekuningan/layu.

3. Masukkan cili kering kisar, masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan buah tomato kacau/tekan sehingga buah tomato lumat. Masukkan sos cili. Kacau sebati.

4. Masukkan gula melaka dan asam jawa. Tambahkan air. Biarkan sedikit mendidih.

5. Masukkan bawang besar dan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.

Siap!

Selamat mencuba! (✿◠‿◠)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.