Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, May 21, 2013

Mini Giveaway #4: Penyertaan Ditutup

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Penyertaan untuk Mini Giveaway #4 telahpun ditutup. Alhamdulillah... Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi join Mini Giveaway #4: sempena sambutan Hari Ibu. Saya akan publishkan senarai nama peserta untuk semakan dalam masa terdekat... (^_^)



Dah 3 Tahun Pun...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Syukur alhamdulillah... Alisya kini dah 3 tahun... Dah besar dah dia... Tapi masih lagi membahasakan dirinya baby (most of the time)... dan kadang-kala je dia sebut dirinya as kakak. Sekejap je rasanya masa berlalu... Terasa macam baru semalam dok timang-timang Alisya... Sekarang dah boleh lari laju dah dia...

Birthday Alisya sama dengan tarikh Faris bersukan hari tu... walaupun birthday girl batuk dan selsema sikit, tapi tetap sokong juga abangnya bersukan... selebihnya seronok sangat melihat kakak-kakak dan abang-abang main macam-macam mainan.

Lepas je bersukan tu, terus singgah beli kek untuk Alisya... Sebab dah janji kenalah beli... Di Secret Recipe dia pilih sendiri kek yang dia nak... Tapi bila dah sampai rumah semuanya terlelap... Penat sangat la tu... Malam tu ke klinik ambil ubat batuk dan selsema untuk Alisya dan Faris... Kek tu pun esok baru dimakan... Sebab masing-masing batuk malam tu... Mungkin juga sebab cuaca yang terlalu panas... 

Anyway, berikut adalah gambar-gambar Alisya dari kecil...

Baru beberapa hari ni...

Ni masa mula-mula dia pandai meniarap...

Ni gambar-gambar sebelum satu tahun...
Ni sekitar usia 2 tahun...
Ni lah gambar sambutan birthday yang serba ringkas... sebab birthday girl tak sihat...

Sekejap je masa berlalu... Moment masa mereka kecil ni lah yang akan kita (sebagai ibu) rindukan... Faris sekarang ni pun dah malu nak peluk or kiss mama dia (tapi saya peluk je dia kuat-kuat lepas tu cium pipi dia yang tembam tu... walaupun dia menjerit-jerit... haha)... Alisya pun mungkin akan rasa malu satu ketika nanti untuk buat perkara yang sama... (huhu sedih la pula...

Pencapaian Alisya sepanjang usia 3 tahun:

1. Dah tak pakai diapers siang hari... kadang-kadang berjaya tak berdiapers sebelah malam. Baca kisah Alisya + potty train di sini.

2. Alisya sangat banyak cakap... Suka bertanya macam-macam... Kurang pelat berbanding Faris.

3. Dah boleh baca 3 doa: doa sebelum makan, doa tidur dan doa bangun tidur. 

4. Suka ikut saya solat... kalau saya sedang solat, dia juga akan solat di sebelah saya.

5. Saya dah dedahkan Alisya dengan buku 1 Bacalah Anakku... Dia cepat belajar, tapi cepat juga bosan jika belajar dalam tempoh masa yang lama... Sekarang saya dalam proses nak permudahkan agar pembelajaran tu lebih menyeronokkan...  

6. Alisya pun suka baca iqra'... Tapi dia hanya nak dengar sebutan... tak nak pandang buku lagi... Kena guna kaedah lain juga... 

Basically, saya dah cuba dedahkan Alisya dengan buku-buku Bacalah Anakku dan Iqra'... Itu pun sebab saya tengok Alisya berminat untuk belajar dan dia cepat terima apa yang diajar... Lebih-lebih lagi bila dia tengok abangnya baca buku...
 
Apapun, saya doakan agar Alisya panjang umur, sihat tubuh badan... sentiasa dimurahkan rezeki... sentiasa dalam lindungan Allah, sentiasa ingat mama dan abahnya... menjadi anak yang solehah dan semestinya berjaya dunia dan akhirat... Amin...

Entri birthday Alisya, tahun sebelumnya:
Alisya 1 tahun 
Alisya 2 tahun 

Psst: Hadiah Alisya saya update kemudian... "tukang tulis" pun batuk lagi... 
 

Monday, May 20, 2013

Mini Giveaway #4


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari Ibu bukan hanya disambut setahun sekali... Ia adalah sambutan setiap hari tanpa jemu, oleh setiap insan yang bergelar anak... 

Membesar dengan sihat, cemerlang dalam akademik, berjaya dalam karier, dan dapat berbakti kepada kedua ibubapa ketika hari tuanya, adalah impian setiap ibu... Namun jika anak tidak mampu untuk mencapai salah satu, mahupun dua, biarpun tiga... tidak pula ibu marah... malah terus bersabar dan memberikan galakan dan sokongan atas apa jua yang dilakukan oleh si anak...


Untuk Mini Giveaway #4 ini, saya ingin menghadiahkan sebuah buku MESTI BACA, oleh setiap kita yang bergelar anak. 

Ia adalah panduan bagi yang bergelar anak dan ilmu bagi mereka yang bergelar ibu...

Buku berjudul, Dahsyatnya Doa Ibu, terbitan PTS Millennia Sdn Bhd ini, sangat menyentuh hati saya sebagai seorang anak dan  ibu...  

Garapan dan susunan kisah teladan buat saya terfikir akan pelbagai perkara... Bagaimana saya melayan ibu ketika hayatnya? Cukupkah apa yang saya berikan kepadanya atas segala pengorbanannya dulu pada saya?! Macam-macam... Adakalanya tanpa sedar, menitis air mata... 


Sinopsis buku:

Doa ibu setanding dengan doa Nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah sepanjang zaman. Justeru setiap anak wajib mentaati, menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa, tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insan mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan.

* menyingkap dahsyatnya doa ibu
* bukti dahsyatnya doa ibu
* manfaat dan kelebihan doa ibu
* berbakti dan berdoa selepas ibu tiada
* akibat buruk menderhaka kepada ibu

Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata.

Bagi mereka yang ingin memiliki buku ini, sila tinggalkan link blog anda di ruangan komen, sebagai tanda penyertaan. Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 20 Mei 2013, jam 11.59 malam

Selamat Hari Ibu buat semua rakan-rakan blogger yang bergelar ibu... Semoga kita dapat mendidik anak-anak kita dengan baik sehingga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... Didik mereka dengan kasih sayang, agar mereka dapat mendoakan kita nanti... In sha Allah... Amin...



Wednesday, May 15, 2013

Sunday, May 12, 2013

Hari Sukan Faris...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tahun ni baru la merasa tengok Faris bersukan... Tadika Faris ni (Tadika Ilmu Pintar Murni) bergabung dengan 13 lagi Tadika swasta di area Melaka ni... So, sambutannya memang meriah, diadakan di Dataran Ayer Keroh, Melaka, semalam (11 Mei 2013)... Ramai betul anak-anak yang comel umur 4-6 tahun... Sejuk je mata tengok mereka semua... (^_^)

Seperti acara sukan yang biasa, adalah perbarisan para kontijen (hehe comel je, para kontijen...) ada lima rumah sukan... merah, biru, hijau, kuning dan oren... Faris rumah Merah... (teringat dulu masa sekolah menengah, saya pun rumah Merah...

Cikgu-cikgu mereka pun kreatif sangat... macam rumah biru, kontijen mereka bertemakan Doraemon... siap ada lima sekawan tu... Sizuka, Nobita, Sinyu, Giant... Tak percaya?! Tengok ni...

Comelkan?!
Oh ya, yang baju hitam dok mengadap team Doraemon tu Alisya...
Seronok sangat dia dapat tengok Doraemon tu...


Rumah oren pula... benderanya gambar buah oren yang dibelah... Siap ada sepanduk "Oren Pasti Juara"... hehe comel... 



Ini pula rumah kuning di raja... Semua kontijen tu ala-ala, Prince and Princess... Super comel mereka ni... Tapi Princess yang pegang sepanduk ni, tengah menangis... Sebab takut orang yang ramai hari tu... kesian dia... Alisya pun asyik tanya saya, "Kenapa Princess nangis... Sian dia..." Saya cakap, " tak pe, cikgu ada... cikgu pujuk diakan?" Terus dia angguk!




Rumah hijau tak kurang hebatnya... Siap ada bendera tulis slogan Melaka, "Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau". Teringat Encik hubby pernah cerita, setiap kali ada meeting media, setiap orang yang nak bercakap akan sebut slogan tu dulu... then baru bagi pendapat or usul... (hehe... panjang tu slogannya...!



Inilah kontijen rumah merah... Simple je rumah merah ni... tapi yang bawa sepanduk dengan pengiring tu, memang comel sangat... Sweet... 




Acara sukan untuk kanak-kanak... bukanlah olahragakan... tapi sukaneka yang comel-comel... Antaranya, bawa bola ping pong dengan sudu, masukkan bola dalam bakul, lari dalam guni, menunggang kuda, pecahkan belon... Haih, banyak jugalah acaranya... Faris pula masuk acara lompat gelung... 

 

Cuaca hari tu sangatlah panas terik... Kesian anak-anak yang bersukan tu... ada yang menangis, ada yang excited... ada yang over confident... Macam-macam karenahlah... Yang penting semua happy dan dapat macam-macam hadiah...

Ada beberapa perkara yang saya rasa boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan bagi meningkatkan kelancaran acara sukan sebegini (maybe for next time...)

(a) pihak penganjur Persatuan Tadika-tadika Swasta Melaka, perlulah menyediakan tandas bergerak sepanjang acara sukan berlangsung... oleh kerana tiadanya tandas bergerak, anak-anak dan ibu bapa perlu berjalan jauh untuk ke toilet (sama ada ke toilet Zoo Melaka, mahupun toilet Tasik Ayer Keroh... Jauh!)

(b) Saya lihat hanya ada 2 tong sampah yang disediakan, dan letaknya agak jauh dari khemah para tetamu... akhirnya, tetamu meninggalkan sampah merata-rata... Memadai kot, kalau diikatkan plastik sampah di tiang khemah... kan?!

(c) Acara sukan terlalu banyak, kerana dihadkan 1 atau 2 acara untuk setiap murid... Hal ni menyebabkan kanak-kanak terpaksa menunggu lama di bawah khemah yang panas... kesian mereka... 


Apapun, saya seronok tengok Faris bersukan dan Alisya pun happy, walaupun dia batuk dan selsema... Alisya sibuk kata nak sekolah juga... Sebab seronok tengok kawan-kawan dengan cikgu! By the way, hari sukan Faris ni jatuhnya pada hari lahir Alisya yang ke-3... Next entry la saya cerita pasal birthday girl, Alisya Farha.

Eh, berjaya pula dia buat PEACE!
   
Nota kaki: Buat Ieta yang berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah semalam, dengan iringan doa, moga selamat pergi dan pulang ke tanah air... Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...