Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam
ziarah,
Sambung semula cerita di
Hello Kitty Town... Aktiviti yang seronok dibuat oleh AF ketika
berkunjung ke Hello Kitty Town adalah di Cookie Studio.
Di sini
setiap pengunjung dibekalkan dengan sekeping cookie yang telah siap
dibakar. Apa yang perlu dibuat adalah mendekorasi cookie tersebut, seperti dalam gambar ni...
 |
| Yang ni dah tentu hasil kerja mama AF :p |
Faris paling bersemangat
dan paling teliti membuatnya. Tengok la tu... Tak pandang kiri kanan dah... yang penting fokus... Bila dah siap, baru la tersengih-sengih cakap dia punya cantik... :p
 |
| Tekun... Syyhh jangan kacau... |
 |
| Kejap.. kejap... sikit lagi nak cantik... |
 |
| Ok siap... akhirnya baru dia puas hati... |
Alisya?! Sedih sebab dia punya cookie dah tak cantik dah... Tapi ok la, dia tetap enjoy hiaskan cookie tu... Alisya cakap, "adik pandai buat biskut ni mama... tapi tak cantik..." Alahai, tak pe sayang... yang penting Alisya boleh buat...
 |
| Boleh la dari tak buat langsungkan...?! |
Menariknya cookie ni bila dah siap dideko... boleh la dimakan... kalau tak nak makan pun, mereka akan bungkuskan dalam plastik kecil untuk di bawa pulang...
Tapi kami semua makan je di situ... Mula-mula Faris tak nak makan, katanya dah buat cantik-cantik kenapa nak makan... >_< Dah namanya cookie kan... Memang la untuk dimakan... :p Akhirnya dia makan juga...
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.